Walaupun agak awal, ia sebenarnya adalah fasa yang amat penting untuk anak mula mengenali jenis makanan yang sihat dan patut dimakan setiap hari.
#2. Kenalkan buah kepada anak sebelum usia 2 tahun
Berdasarkan pengalaman Nurul Najibah, Nawfal tidak gemar atau sukar untuk makan buah-buahan yang tidak dikenalinya selepas umur 2 tahun.
Hal ini berkemungkinan disebabkan masih tidak biasa atau agak sukar menerima buah-buahan tersebut.
Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa mula memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada anak sebelum mereka mencapai usia 2 tahun.
Ini supaya anak lebih biasa dengan buah-buahan tersebut sebelum mula mengenali jenis makanan yang lain.
#3. Makan buah bersama anak
Antara rutin atau amalan yang biasa dilakukan oleh suami isteri ini adalah dengan membiasakan makan buah di hadapan anak.
Untuk menarik minat anak makan buah, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh terlebih dahulu dengan kerap memakan buah.
Kesannya, anak juga akan mula mencontohi rutin memakan buah dan akan menimbulkan minat mereka untuk kerap mengambil buah setiap hari.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen