Selain itu, ada juga penyakit lain yang menjadi punca bantut dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya ialah penyakit Crohn dan penyakit seliak.
Malah, masalah jantung dan buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka alami masalah tumbesaran.
5. Hidup dalam kawasan yang kotor

Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami jangkitan disebabkan sistem imun mereka yang lemah. Sebab itulah, keluarga yang miskin dan hidup dalam kawasan yang kotor selalunya mempunyai anak yang mengalami masalah tumbesaran.
Malah, kanak-kanak ini juga lebih cenderung untuk mengalami cirit-birit disebabkan jangkitan. Persekitaran yang kotor juga boleh membuatkan anak-anak tidak berselera untuk makan.
6. Masalah hormon punca bantut
Masalah hormon boleh memberi impak terhadap ketinggian dan juga berat kanak-kanak. Selalunya, mereka yang menghidap masalah ketidakseimbangan hormon mempunyai bentuk badan yang normal, namun nampak lebih muda daripada usia sebenar.
Baca juga:
7. Masalah genetik
Badan yang bersaiz kecil juga boleh berlaku disebabkan masalah genetik. Selalunya, kanak-kanak yang berbadan kecil mempunyai ibu dan bapa yang turut sama berbadan kecil.
Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran disebabkan abnormaliti pada kromosom mereka.
Sebagai contoh, mereka mungkin menghidap penyakit seperti sindrom Turner, Down, atau Rusell-Silver. Semua sindrom ini akan membuatkan penghidapnya mempunyai abnormaliti dari segi fizikal.
8. Masalah psikologikal

Orang dewasa yang mempunyai masalah panik mempunyai hormon tumbesaran di bawah paras normal. Perkara yang sama juga berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah panik, anxiety atau fobia tertentu.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak bahagia dan sering berbalah didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah tumbesaran tubuh badan.
Dalam pada itu, masalah gangguan tidur seperti insomnia, disomnia, parasomnia dan sleep apnea juga boleh menyumbang kepada isu ini.
Malah, jika masalah ini berlarutan, anak mungkin akan mengalami bantut kekal!
Masalah bantut boleh diatasi
Masalah tumbesaran tubuh badan boleh diatasi. Ia juga dapat dielakkan dengan intervensi tertentu daripada pakar dan juga ibu bapa sendiri.
Jika anak anda mempunyai masalah tumbesaran, jumpa doktor secepat mungkin untuk kenal pasti punca bantut. Kemudian, dapatkan rawatan bersesuaian untuk pastikan anak dapat membesar dengan sempurna.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen