Ini mungkin menunjukkan badan mereka terlalu letih untuk menerima sebarang jenis makanan.
Ketika ini, anda perlu memberikan makanan cair atau minuman yang tinggi nutrisi dan pastikan mereka kekal berhidrasi.
Elakkan memberi bayi anda soda atau jus buah-buahan kerana kandungan gulanya yang tinggi boleh menyebabkan mereka mengalami cirit-birit.
Perlukah anda berikan larutan “oral rehydration salt” kepada mereka?
Secara amnya, bayi yang sedang mengalami sakit biasa tidak memerlukan sebarang larutan tambahan.
Oleh itu, ibu bapa hanya perlu memberikan anak anda larutan ini sekiranya bayi anda tidak lagi mampu untuk menelan makanan atau mula menunjukkan kesan muntah-muntah.
Ini akan membantu mereka mendapatkan klorida, potasium, karbohidrat dan elektrolit.
Apa yang perlu diberikan kepada bayi anda yang sedang sakit?
Pakar perubatan menyarankan ibu bapa untuk mengubahsuai sedikit sajian bayi anda bergantung kepada jenis penyakit mereka:
Batuk dan demam selsema: tingkatkan pengambilan vitamin C mereka dengan menambahkan bawang merah, bawang putih dan pelbagai makanan kaya vitamin C yang lain.
Jika bayi anda berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh berikan mereka air suam bercampur madu.
Produk tenusu tidak disarankan kerana ia akan mengakibatkan senak perut dan meningkatkan penghasilan mukus.
Sakit perut: tingkatkan pengambilan cecair dan berikan makanan yang mudah untuk dihadam. Doktor juga mungkin mencadangkan kanak-kanak yang yang mengalami sakit perut untuk mengikut diet BRAT (banana-rice-apple-toast).
Proses penyembuhan
Selera bayi anda akan kembali setelah mereka sembuh. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu tergopoh-gapah dan memaksa mereka untuk mengikut diet sajian yang anda mahukan selagi mereka masih belum bersedia.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk memberikan vitamin atau suplemen bagi mempercepatkan proses penyembuhan bayi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen