backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Mengapa Bayi Di Sarawak Wajib Dapatkan Vaksin JE? Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

Mengapa Bayi Di Sarawak Wajib Dapatkan Vaksin JE? Ini Sebabnya!

Pernah dengar mengenai penyakit Japanese Encephalitis (JE) tak? Menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), vaksin JE ini hanya diberikan kepada bayi di Sarawak sahaja, tetapi mengapa ya?

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Penyakit Japanese Encephalitis

Apa itu penyakit Japanese Encephalitis?

Japanese Encephalitis atau lebih dikenali dengan sebutan JE merupakan jangkitan virus yang disebabkan oleh virus Japanese Encephalitis.

Kebanyakan kes JE berlaku di bahagian Asia dan Pasifik Barat, terutamanya kawasan luar bandar.

Virus yang menyebabkan penularan JE berasal daripada kumpulan Flavivirus dan JE adalah penyakit zoonoses, bermaksud penyakit yang ditularkan kepada manusia oleh haiwan.

Vektor virus ini ialah nyamuk Culex.

Secara amnya, virus ini akan terlebih dahulu menjangkiti nyamuk dan kemudian menular kepada babi, burung dan haiwan lain. 

Seterusnya jangkitan akan berlaku kepada manusia terutamanya yang bekerja di ladang, sawah padi dan kawasan luar bandar.

Simptom-simptom

Memahami simptom dan gejala

Kebanyakan individu yang dijangkiti virus JE adalah asimtomatik atau hanya mengalami gejala ringan.

Namun, terdapat individu yang boleh mendapat simptom atau komplikasi lebih serius seperti keradangan pada lapisan otak yang boleh mengakibatkan kematian.

vaksin JE

Berikut adalah tanda dan gejala yang mungkin berlaku kepada individu yang dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis:

  • Demam panas
  • Menggigil kesejukan
  • Sakit kepala
  • Sakit leher
  • Pening dan muntah
  • Sakit perut
  • Gangguan mental seperti kekeliruan dan perubahan tingkah laku
  • Sakit otot dan sendi
  • Keletihan
  • Kehilangan berat
  • Komplikasi Jangkitan

    Komplikasi jangkitan penyakit JE

    Jangkitan penyakit Japanese Encephalitis boleh menyebabkan komplikasi seperti:

    Pada masa ini, tiada rawatan khusus untuk jangkitan JE, melainkan rawatan sokongan untuk melegakan demam, kesakitan dan sakit sendi, masalah saraf dan penghidratan berterusan. 

    Kadar penyembuhan boleh mengambil masa berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. 

    Namun hampir separuh pesakit yang pulih daripada JE mengalami hilang upaya kekal akibat kerosakan saraf pada saraf tunjang dan otak.

    Manakala dianggarkan 1 daripada 3 pesakit JE maut akibat komplikasi serius.

    vaksin JE

    Keperluan Vaksin JE

    Vaksin JE

    Vaksin Japanese Encephalitis adalah vaksin yang mengandungi virus lemah bagi merangsang sistem imun tubuh untuk menghasilkan antibodi.

    Ia akan mengurangkan risiko mendapat komplikasi disebabkan jangkitan JE sekiranya terdedah kepada virus ini pada masa hadapan.

    Melalui NIP di Malaysia, suntikan imunisasi Japanese Encephalitis akan diberikan sebanyak 2 dos kepada si manja berusia 9 bulan dan 1 tahun 9 bulan di Sarawak sahaja. 

    Ia kerana risiko jangkitan JE masih tinggi di sana berbanding di negeri lain.

    Manfaat vaksin JE

    Mendapatkan suntikan vaksin ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri daripada virus JE, jangkitan serius dan yang boleh mengancam nyawa.

    Dalam masa yang sama adalah penting untuk sentiasa melindungi diri daripada gigitan nyamuk terutamanya ketika melancong atau berada di kawasan luar bandar.

    Individu perlu divaksinasi

    Siapa yang perlu mendapatkan vaksin JE?

    Vaksin Japanese Encephalitis disyorkan untuk individu yang akan pergi atau berada di kawasan berisiko tinggi semasa musim penularan virus JE, seperti:

    • Menginap di kawasan luar badan atau ladang
    • Tinggal lebih daripada 30 hari
    • Merancang aktiviti seperti berbasikal, berkhemah atau aktiviti luar lain dengan tempoh pendedahan berpanjangan kepada nyamuk
    • Menginap di tempat penginapan tanpa penyaman udara, skrin atau kelambu
    • Rancang untuk tinggal di negara di mana jangkitan JE berlaku
    • Kerap melakukan perjalanan ke negara di mana JE berlaku

    Pengambilan vaksin juga perlu dipertimbangkan kepada individu yang:

    • Melancong ke kawasan dengan wabak berterusan
    • Melancong ke kawasan berisiko tetapi tidak mempunyai maklumat khusus tentang destinasi, aktiviti atau tempoh perjalanan

    Baca juga:

    https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/vaksin/suntikan-vaksin-untuk-bayi/

    Kesan sampingan

    Langkah berjaga-jaga untuk suntikan vaksin JE

    Terdapat beberapa langkah berwaspada yang perlu diberikan perhatian sebelum dan selepas mendapat suntikan JE:

    • Bayi atau individu yang mengalami reaksi alahan yang mengancam nyawa selepas mengambil suntikan JE tidak perlu mengambil dos kedua
    • Bayi atau individu yang mempunyai alahan mengancam nyawa terhadap kandungan bahan di dalam vaksin tidak perlu mengambil suntikan
    • Tidak kajian dilakukan tentang kesan suntikan JE ke atas ibu hamil. Jadi sebaiknya ditangguhkan proses vaksinasi terlebih dahulu. Namun jika ibu mengandung perlu ke kawasan endemik JE atas sebab tidak dapat dielakkan, mungkin boleh diberikan suntikan JE setelah mengambil kira kebaikan dan keburukan yang mungkin berlaku. Sebarang keputusan, haruslah dibincangkan bersama doktor Obstetrik & Ginekologi yang merawat ibu hamil tersebut

    Sekiranya bayi atau diri sendiri mengalami sebarang masalah dengan vaksin, pastikan anda memberitahu doktor tentang sejarah alahan dan isu yang dialami sebelum mengambil suntikan.

    Kesan sampingan vaksin JE

    Seperti ubatan lain, suntikan vaksin JE juga boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidak semua individu mengalaminya, seperti:

    • Demam
    • Keletihan
    • Menggigil 
    • Ruam, gatal-gatal dan bengkak di bahagian suntikan
    • Sakit kepala
    • Pening
    • Sakit sendi dan otot
    • Hidung berair
    • Batuk 
    • Sesak nafas
    • Sakit perut
    • Pening dan muntah
    • Cirit-birit

    vaksin JE

    Kebiasaannya, kesan sampingan suntikan JE akan sembuh dalam masa singkat.

    Tindak balas serius selepas suntikan vaksin JE

    Reaksi alahan boleh berlaku selepas individu mendapat suntikan vaksin meninggalkan klinik.

    Jika melihat gejala tindak balas alahan teruk selepas suntikan seperti:

    • Gatal-gatal
    • Bengkak muka dan tekak
    • Kesukaran bernafas
    • Degupan jantung laju
    • Pening atau lemah badan

    Segera hubungi talian kecemasan dan bawa bayi ke klinik atau hospital berdekatan.

    Sekiranya ada keperluan suntikan JE untuk anak, diri dan keluarga terutamanya jika merancang ke kawasan pedalaman, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan