home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Si Manja Asyik Batuk-batuk Saja? Apa Kata Ibu Cuba Tip Berikut Untuk Atasinya, BERKESAN!

Si Manja Asyik Batuk-batuk Saja? Apa Kata Ibu Cuba Tip Berikut Untuk Atasinya, BERKESAN!

Bayi sakit tekak sebab batuk? Pasti anda susah hati, kan? Lagi-lagi semasa musim pandemik ini! Bertenang, ada petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi yang mungkin dapat membantu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi sakit tekak

Masalah selesema dan batuk adalah perkara normal bagi anak kecil, jadi buat anda yang pertama kali bergelar parents, usah bimbang.

Umumnya, pendedahan kepada kuman dan melawannya membantu pengembangan sistem imun mereka.

Batuk yang dialami biasanya akan berlanjutan hingga tempoh 2 minggu.

Tiada apa yang boleh anda lakukan bagi menghilangkan masalah bayi sakit tekak ini, selain membantu mereka untuk berasa selesa dan mendapatkan rehat bagi proses penyembuhan.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi

Selalunya untuk menghilangkan batuk yang dialami, bayi haruslah sentiasa terhidrat, tenang dan mendapat tidur yang lena.

Berikut antara cara yang boleh dicuba bagi membantu mengatasi masalah bayi sakit tekak:

#1. Ubat titis hidung

Ubat titis hidung atau saline nasal drop merupakan antara petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi.

Tetapi apa kaitan batuk dengan hidung?

Begini, lendir pada hidung boleh mengalir turun ke bahagian belakang hidung dan tekak sehingga menyebabkan titisan selepas-hidung (post-nasal drip).

Ia merengsakan tekak dan menghasilkan batuk basah (batuk berkahak) dengan bunyi bergetar di saluran udara atas (bukan bahagian dada).

Si manja mungkin tidak menyukai sensasi titisan ubat yang masuk ke hidung atau mereka mungkin akan bersih. Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Baca juga:

#2. Pengambilan cecair, antara petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi

Memastikan anak sentiasa terhidrat sangat penting, terutamanya ketika mereka sakit.

Air membantu tubuh mereka melawan penyakit dan menjadikan saluran udara lembap dan kuat.

Jika si manja mengalami dehidrasi, lendir dan rembesan lain mungkin kering dan sukar dikeluarkan.

Ini bermakna ibu disarankan untuk menyusukan bayi atau memberikan susu formula dengan kerap mengikut keperluan anak.

Untuk bayi berusia 6 bulan ke atas, ibu boleh berikan tambahan air dan jus tanpa gula.

#3. Penyedut hidung

Anda boleh mencuba untuk menyedut lendir daripada hidung si kecil bagi mengelakkan berlaku kerengsaan pada tekak dan saluran udara.

Selepas menitiskan ubat titis hidung, ambil penyedut hidung (bulb syringe) dan picit untuk mengeluarkan angin terlebih dahulu.

Dalam keadaan masih memicit penyedut, masukkan antara ¼ hingga ½ inci penyedut ke dalam lubang hidung bayi. Talakan ia pada bahagian belakang atau sisi hidung.

Kemudian lepaskan picitan untuk membolehkan lendir disedut keluar.

Pastikan anda membersihkan penyedut sebelum mengulanginya pada lagi sebelah lubang hidung.

Jangan lakukan petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi ini terlalu kerap kerana ia boleh merengsakan hidung mereka!

petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi

#4. Berikan madu

Madu antara pemanis semula jadi yang dapat membantu atasi masalah bayi sakit tekak. Ini kerana ia mempunyai sifat antibakteria dan membantu melawan jangkitan.

Pun begitu, bayi bawah setahun tidak boleh diberikan madu kerana risiko botulisme – jangkitan yang menyerang saraf.

Untuk si manja lebih setahun, anda boleh berikan sesudu madu atau dicampurkan dengan air suam – memudahkan anak menelan madu dan juga sebagai fungsi menghidrat.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi #5. Gunakan pelembap udara

Menggunakan pelembap udara (humidifier) juga dapat membantu dengan memudahkan bayi mengeluarkan batuk berkahak atau mengatasi kekeringan pada tekak.

petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi

Pilihan lain adalah menjadikan bilik air sebagai bilik stim dengan memasang pancuran air panas dan pastikan pintu tertutup.

Keadaan itu akan mewujudkan kelembapan. Duduk di dalamnya bersama si kecil selama 10-15 minit.

Wap tersebut akan membantu melega serta melancarkan kahak dan lendir pada saluran pernafasan anak.

6. Elakkan punca kerengsaan

Bersih dan singkirkan sebarang perengsa yang boleh cetuskan asma atau alahan pada bayi seperti asap rokok, habuk atau kulat.

Elakkan membawa bayi keluar ketika kualiti udara teruk.

Boleh ke berikan ubat selesema & batuk ?

Mesti ada ibu yang terfikir selain daripada petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi di atas, adakah boleh untuk memberikan ubat batuk dan selesema kepada si kecil?

Jawapannya tidak boleh. Sebarang ubat selesema dan batuk tidak boleh diberikan kepada bayi yang berusia di bawah 2 tahun.

petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi

Kesimpulannya

Bayi biasanya akan mengalami selesema dan batuk hingga 8x setahun.

Pastinya selepas beberapa kali melaluinya, anda akan lebih memahami dalam menentukan apa yang dapat membantu melegakan batuk yang dialami si kecil.

Jika petua di atas tidak berkesan meredakan masalah yang dialami, anda disarankan membawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan diagnosis dengan pakar.

Mengetahui penyebabnya akan membolehkan anda mengenal pasti rawatan rumah yang dapat membantu bayi berasa lebih selesa dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Ia juga membolehkan intervensi awal diberikan jika melibatkan masalah perubatan serius.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 03/08/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor