Kadar degupan jantung seseorang boleh menjadi berbahaya jika terlalu rendah atau terlalu tinggi. Banyak faktor sekeliling yang mempengaruhinya. Jom ketahui lebih lanjut mengenai denyutan jantung normal manusia.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kadar degupan jantung seseorang boleh menjadi berbahaya jika terlalu rendah atau terlalu tinggi. Banyak faktor sekeliling yang mempengaruhinya. Jom ketahui lebih lanjut mengenai denyutan jantung normal manusia.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Setiap individu perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi menentukan kadar degupan jantung normal mereka semasa berehat dan bersenam.
Ia penting untuk membantu memahami jika berlaku perubahan pada denyutan nadi yang membahayakan.
Menurut American Heart Association (AHA), kadar degupan jantung normal adalah 60-100 denyutan seminit (bpm) bagi kebanyakan individu dewasa.
Pun begitu, ramai individu mempunyai kadar degupan jantung di luar jangkauan dan masih sihat sepenuhnya, contohnya seperti atlet profesional dengan kadar sangat rendah iaitu, 40 bpm.
Kadar denyutan jantung seseorang akan meningkat ketika sedang aktif bersenam.
Kadar tertinggi yang dapat dicapai oleh jantung adalah kadar denyut jantung maksimum. Ia akan menurun seiring peningkatan usia, termasuklah kadar denyutan jantung normal atau ideal, ataupun sasaran semasa bersenam.
Bagi kebanyakan individu dewasa, sasaran dan kadar degupan jantung maksimum adalah:
(degupan / minit)
(degupan / minit)
Usia (Tahun) | Degupan jantung sasaran | Purata degupan jantung maksimum |
20 | 100-170 | 200 |
30 | 95-162 | 190 |
35 | 93-157 | 185 |
40 | 90-153 | 180 |
45 | 88-149 | 175 |
50 | 85-145 | 170 |
55 | 83-140 | 165 |
60 | 80-136 | 160 |
65 | 78-132 | 155 |
70 | 75-128 | 150 |
Peningkatan kadar degup jantung semasa bersenam bergantung kepada banyak faktor, seperti intensiti senaman.
Sekiranya degupan jantung berada di luar angka di atas semasa bersenam, ia biasanya tidak berbahaya.
Manakala semasa tidur, kadar denyutan akan menurun berbanding kadar rehat normal 60-100 bpm.
Kadar jantung juga boleh menurun di bawah 60 bpm apabila tidur nyenyak, khususnya bagi individu dengan degup jantung sangat rendah ketika berjaga.
Kanak-kanak, khususnya anak kecil cenderung mempunyai kadar degupan jantung lebih tinggi berbanding dewasa.
Jadual berikut menunjukkan kadar denyutan jantung normal bagi kanak-kanak semasa terjaga dan tidur:
(degupan / minit)
(degupan / minit)
Usia | Denyutan jantung normal ketika berjaga | Denyutan jantung normal ketika tidur |
Bawah 28 hari | 100–205 | 90–160 |
1–12 bulan | 100–190 | 90–160 |
1–2 tahun | 98–140 | 80–120 |
3–5 tahun | 80–120 | 65–100 |
6–11 tahun | 75–118 | 58–90 |
12–15 tahun | 60–100 | 50–90 |
Baca juga:
Pelbagai faktor boleh mempengaruhi degup jantung individu.
Dalam kebanyakan kes, kadar jantung yang tinggi atau sangat rendah akan jadi berbahaya apabila tiada sebab yang jelas.
Boleh berlaku kerana:
Individu yang berada dalam kegelisahan mungkin mempunyai kadar degupan lebih tinggi daripada 100 bpm, terutama semasa serangan panik.
Kesakitan boleh mengakibatkan kadar denyutan naik lebih tinggi.
Denyutan jantung meningkat pada individu hamil apabila melakukan aktiviti yang memerlukan lebih banyak tenaga kardiovaskular.
Kehamilan juga boleh menyebabkan jantung berdebar atau degupan tidak teratur.
Turut boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung, terutamanya jika mengalami demam panas.
Pengambilan minuman berkafein meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah.
Sesetengah ubat seperti serotonin boleh mengubah kadar degupan. Hubungi doktor jika kadar denyutan berubah secara tiba-tiba setelah pengambilan ubat baharu.
Seperkara perlu diketahui, kadar degupan akan makin meningkat jika anda jadi panik melihat bacaan degupan jantung anda. Sebaliknya, anda perlu bertenang dan menilai jika peningkatan itu berbahaya atau tidak.
Jika ia berlaku atas sebab yang jelas seperti sakit atau demam, rawatlah terlebih dahulu puncanya untuk melihat adakah degup jantung kembali normal.
Semakin rendah kadar degup jantung rehat, menunjukkan tahap otot jantung sihat.
Namun, jika terlalu rendah bagi mereka yang tidak bersukan atau sihat, ia petanda keadaan yang menjejaskan sistem elektrik jantung.
Penurunan degupan jantung secara mendadak di bawah tahap normal atau semasa berehat, mungkin menandakan sepsis – jangkitan sistemik berpotensi mengancam nyawa, pendarahan otak atau kegagalan sistem elektrik jantung.
Individu yang ada penyakit, mengalami pendarahan berlebihan, ataupun kecederaan serius, pengsan atau pening; jika bacaan kadar jantung rendah, ini menunjukkan keadaan kecemasan.
Faktor berikut boleh menyebabkan keadaan tersebut:
Pengambilan ubatan tertentu juga boleh menyebabkan kadar denyutan jantung rendah.
Bagi kebanyakan individu kadar degupan jantung terlalu tinggi atau rendah secara konsisten mungkin disebabkan masalah kesihatan seperti:
Kadar degup secara konsisten di luar tahap ideal boleh menyebabkan komplikasi.
Tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan:
Tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan:
Lama-kelamaan, tahap jantung tinggi dan rendah boleh merosakkan jantung.
Kadar degupan sangat rendah juga boleh merosakkan jantung dan organ lain. Ia cenderung berlaku dengan keadaan tekanan darah rendah atau tanda kejutan lain.
#UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen