home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Malaria, Sejenis Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk - Ini 5 Cara Mencegahnya!

Malaria, Sejenis Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk - Ini 5 Cara Mencegahnya!

Dunia kini sedang dilanda pandemik COVID-19. Namun, kita tidak boleh mengabaikan kewujudan pelbagai penyakit lain seperti denggi dan melakukan langkah pencegahan malaria.

Malaria khususnya, adalah penyakit bawaan nyamuk yang kita perlu ambil perhatian.

Bersempena dengan Hari Malaria Sedunia, 25 April 2021 ini, kami sediakan beberapa petua atau langkah pencegahan malaria, ayuh kita lihat bersama!

Baca lebih lanjut tentang Penyakit Berjangkit di sini.

Apa itu malaria?

pencegahan malaria

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, haruslah kita tahu serba sedikit mengenai penyakit ini.

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk Anopheles yang boleh membawa maut.

Parasit yang bertanggungjawab menyebarkan virus ini melalui nyamuk ke manusia dikategorikan di dalam genus Plasmodium.

Dikatakan terdapat kira-kira 100 jenis parasit dari genus ini yang boleh menjangkiti bukan sahaja manusia malahan pelbagai spesies lain.

Terdapat 5 jenis parasit dari genus ini yang boleh menjangkiti dan menjejaskan manusia.

Setelah masuk ke tubuh badan, ia akan menjadikan manusia sebagai host sebelum memusnahkan sel darah merah.

Sehingga kini, masih ada beberapa buah negara yang tidak mempunyai vaksin untuk merawat penyakit ini termasuklah Amerika Syarikat.

Di Malaysia, ubat Chloroquine digunakan untuk melawannya.

Namun, mencegah adalah lebih baik dari mengubati bukan?

Langkah pencegahan malaria yang terbukti efektif!

pencegahan malaria

Jangan hanya fokus kepada COVID-19 sahaja ya?

Penyakit ini juga mungkin boleh terjadi jika kita kurang beri perhatian kepadanya! Ini dia beberapa cara cegah malaria yang terbukti efektif:

#1. Tidur di dalam kelambu untuk pencegahan malaria

Ya, ia memang kedengaran agak seperti kebudak-budakan. Namun, inilah yang sepatutnya dilakukan.

Jika anda tidak berjaya mencari kelambu bersaiz besar, mungkin anda boleh membuatnya sendiri di rumah?

Cuma pastikan kelambu DIY anda itu memiliki ruang pengudaraan yang bagus ya?

#2. Pastikan pakaian menutupi keseluruhan kulit

Tidak perlulah anda memakai purdah atau niqab di dalam rumah.

Cukup sekadar anda mengenakan pakaian yang menutupi majoriti kulit sahaja.

Caranya, pakai baju lengan panjang, seluar panjang, sarung tangan atau sarung kaki!

Disebabkan cuaca di Malaysia yang agak panas, mungkin kalian boleh kenakan pakaian yang berwarna cerah dan berfabrik nipis serta lembut.

#3. Tutup pintu dan tingkap ketika berada di dalam rumah

Kita sedia maklum punca malaria adalah disebabkan oleh vektor berupa serangga nyamuk.

Oleh itu, kita perlu memastikan agar ia berada jauh dari kita.

Ketika berada di dalam rumah, pastikan kalian sentiasa tutup pintu dan tingkap untuk mengelakkan ia masuk ke dalam rumah.

Ini adalah langkah yang paling efektif.

Untuk lebih selamat, mungkin anda perlu tutup juga celah-celah lubang terutamanya yang berada di tempat yang tinggi.

Cuma pastikan anda masih mampu mendapatkan pengudaraan yang baik.

#4. Spray aerosol ke tempat pembiakan nyamuk malaria

Sama seperti nyamuk Aedes, nyamuk Anopheles juga akan membiak di tempat air bertakung.

Oleh itu sentiasalah kemas kawasan dalam dan luar rumah anda terutamanya pasu, baldi, kolah atau mana-mana sahaja tempat yang boleh menakung air.

Selain itu, gunakan spray aerosol ke tempat pembiakan nyamuk ini sebelum anda masuk ke sesuatu tempat di dalam kawasan rumah.

Cuma, pastikan anda tidak menggunakannya secara keterlaluan ya?

Ini kerana spray aerosol ini adalah berbahaya terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan bayi.

#5. Ambil vaksin atau ubat mencegah malaria

Ini adalah cara merawat malaria yang paling utama.

Di Malaysia, terdapat Chloroquine yang digunakan untuk merawat Malaria.

Lebih mengejutkan, ubat ini juga dicadangkan sebagai alternatif untuk merawat virus korona baharu yang sedang melanda dunia kini.

Sekiranya anda ingin keluar melancong ke negara yang berisiko tinggi menyebarkan malaria, pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan vaksin atau ubat.

Akhir kata, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan jika anda mengesyaki diri terjangkiti penyakit bawaan nyamuk ini atau apa sahaja jenis penyakit lain.

Gunakan tips yang kami kemukakan ini sebagai salah satu cara mencegah malaria yang kalian boleh amalkan.

Mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.medicalnewstoday.com/articles/150670#what_is_malaria
  2. https://www.healthxchange.sg/men/health-scares-outbreaks/malaria-prevention-tips
  3. https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/primary-care/malaria/treatments/prevention.html
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/malaria/symptoms-causes/syc-20351184
  5. https://www.verywellhealth.com/how-malaria-is-treated-4160926
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 21/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan