Arthritis jenis ini lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.
Kanak-kanak dengan keradangan ini akan terjejas 5 atau lebih sendi yang lebih kecil seperti tangan dan kaki.
Biasanya, sendi yang terjejas berada di kedua-dua belah badan. Pun begitu, polyarticular juga boleh mempengaruhi bahagian sendi yang besar.
- Systemic
Lebih kurang 20% kanak-kanak dengan JA mempunyai jenis sistematik.
Keradangan ini akan menyebabkan bengkak, sakit dan mengehadkan pergerakan pada sekurang-kurangnya 1 sendi.
Gejala tambahan lain adalah termasuk ruam dan keradangan organ dalam seperti jantung, hati, limpa dan kelenjar getah bening (lymph node).
Mereka juga akan mengalami demam panas 38℃ setiap hari selama tempoh 2 minggu atau lebih.
Jika tidak mendapat rawatan yang betul dan secukupnya, kanak-kanak dengan radang sendi remaja sistematik boleh mengalami keradangan sendi di banyak sendi lain.
Lebih malang lagi, mereka juga terdedah kepada risiko untuk mengalami masalah arthritis kronik yang berterusan sehingga dewasa.
Risiko isu kesihatan disebabkan radang sendi remaja
Sendi
Ia boleh menyebabkan sendi tampak merah atau bengkak, terasa kebas, sakit, lembut dan hangat. Keadaan tersebut akan menyukarkan pergerakan atau melakukan aktiviti harian.
Gejala yang dialami akan bertambah buruk selepas bangun pagi atau selepas duduk dalam 1 posisi bagi tempoh yang lama.
Kulit
Isu kesihatan yang boleh timbul kesan daripada JA adalah kulit menjadi:
- Ruam merah bersisik (psoriatik)
- Ruam merah jambu (sistematik)
- Ruam berbentuk kupu-kupu pada batang hidung dan pipi (lupus)
- Tompokan kulit tebal dan mengeras (scleroderma).

Mata
Keradangan sendi ini turut boleh menyebabkan mata mengalami kekeringan, kesakitan, kemerahan dan sensitif terhadap cahaya serta masalah melihat dengan baik disebabkan oleh uveitis (radang mata kronik).
Organ dalaman
Radang pada sendi juga boleh menjejaskan organ dalaman seperti saluran pencernaan (cirit-birit dan kembung), paru-paru (sesak nafas) dan jantung.
Rawatan untuk artritis remaja
Hakikatnya tidak penawar untuk juvenile arthritis.
Namun dengan diagnosis awal dan rawatan agresif, aktiviti atau simptom berkaitan isu kesihatan ini boleh dikurangkan.
Rawatan untuk masalah radang sendi remaja biasanya merangkumi senaman dan ubatan. Pelan perubatan adalah bergantung kepada jenis keradangan yang dialami.
Secara umumnya, tujuan utama rawatan adalah untuk:
- Meredakan simptom, mengawal kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup
- Mengurangkan bengkak
- Meningkatkan mobiliti dan kekuatan sendi
- Mengelakkan kerosakan dan komplikasi sendi
- Melambatkan atau menghentikan keradangan dan mencegah perkembangan penyakit
- Mengurangkan kesan kesihatan jangka masa panjang
Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat keradangan sendi ini. Sesetengah ubatan itu berfungsi untuk mengawal aktiviti penyakit dan melegakan simptom.
Teruskan hidup dengan juvenile arthritis
Terdapat banyak pilihan rawatan dan kesemuanya adalah bagi mendorong pengurangan simptom arthritis.
Rawatan yang dilakukan juga adalah untuk menjaga kualiti hidup anak agar dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain.