backup og meta

8 Sebab Anak Boleh Alami Masalah Pernafasan, Punca 'Last' Sekali Paling Bahaya, AWAS!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/08/2023

    8 Sebab Anak Boleh Alami Masalah Pernafasan, Punca 'Last' Sekali Paling Bahaya, AWAS!

    Masalah pernafasan adalah keadaan yang biasa berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak. Namun, apakah punca sesak nafas dan sakit dada yang si manja alami?

    Umumnya, saluran pernafasan manusia terbuka serta membolehkan oksigen masuk dan karbon dioksida keluar.

    Keadaan ini juga menjadikannya tempat masuk yang mudah bagi kuman yang berpotensi menjadi punca penyakit.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    8 masalah pernafasan kanak-kanak yang kerap terjadi

    Keadaan gangguan yang mungkin menjadi punca sesak nafas dan sakit dada yang dialami anak anda:

    1. Influenzapunca sesak nafas dan sakit dada

    Juga disebut sebagai flu, influenza adalah virus yang biasanya menyebabkan demam panas selama 5 hingga 7 hari, berserta simptom lain seperti sakit otot, keletihan, batuk dan hidung berair.

    Komplikasi daripada flu adalah radang paru-paru (pneumonia). Jika mengalaminya, si kecil akan dimasukkan ke wad kerana jangkitan bakteria sekunder.

    Flu adalah keadaan yang berbahaya bahkan boleh meragut nyawa, terutamanya pada kanak-kanak kecil.

    2. Selesema biasa

    Turut berpunca daripada virus, selesema atau jangkitan pernafasan atas ini adalah sebab utama anak sering tidak hadir ke sekolah.

    Gejala biasa yang boleh dialami merangkumi:

  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Bersin
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • 3. Asmamasalah pernafasan

    Asma adalah antara punca sesak nafas dan sakit dada. Ia boleh mengakibatkan:

    Kanak-kanak juga lebih cenderung mengalami alahan selain daripada penyakit asma.

    Umumnya, serangan asma boleh dipicu oleh pelbagai faktor, seperti menyedut habuk, debunga atau terdedah kepada alergen seperti bulu binatang peliharaan.

    Asma boleh menyebabkan anak berisiko lebih tinggi mengalami bronkitis atau radang paru-paru.

    4. Sinusitis

    Juga disebut jangkitan sinus, sinusitis adalah keradangan atau pembengkakan tisu yang melapisi sinus.

    Selalunya disertai selesema, flu atau mungkin dicetuskan oleh alahan.

    Sinusitis boleh menyebabkan:

    • Kesakitan dan tekanan di muka, terutama di belakang mata dan hidung
    • Hidung rasa tersumbat
    • Batuk dan hidung berair
    • Kesan penggunaan ubat titisan hidung yang boleh menyebabkan sakit tekak, nafas berbau dan mual atau muntah

    Bagi anak kecil, gejala yang dialami mungkin lebih lama berbanding individu dewasa.

    5. Punca sesak nafas dan sakit dada – Bronkitis

    punca sesak nafas dan sakit dada

    Merupakan keradangan bronkus atau saluran pernafasan besar pada paru-paru. Ia biasanya disebabkan oleh virus dan boleh berkembang setelah demam atau selesema.

    Batuk berterusan adalah gejala klasik yang boleh berlanjutan selama 3 hingga 4 minggu. Selain batuk berkahak, gejala lain mungkin termasuk:

    • Hidung berair
    • Kesakitan dada dan kesesakan
    • Demam dan menggigil
    • Berasa tidak selesa atau letih
    • Berdehit
    • Sakit tekak

    Kanak-kanak dengan bronkitis lebih cenderung menelan kahak daripada mengeluarkannya.

    Anak yang menghidap asma atau alahan mahupun mereka dengan sinusitis kronik berisiko lebih tinggi terkena bronkitis.

    6. Kroup

    Turut disebut sebagai laringotracheobronchitis, biasanya disebabkan oleh virus. Ia cenderung berlaku kepada anak di bawah usia 4 tahun.

    Masalah pernafasan yang dialami ini akan menyebabkan pembengkakan pada trakea (saluran udara) dan laring (kotak suara).

    Bengkak menghalang aliran udara masuk secara bebas ke paru-paru dan menimbulkan bunyi atau suara berdehit tinggi ketika menyedut nafas dalam.

    Jika anak mengalami kroup, suara mereka mungkin terdengar lebih serak daripada biasa. Simptom lain adalah batuk kuat dan kesukaran bernafas.

    7. Radang tekak punca sesak nafas dan sakit dada

    punca sesak nafas dan sakit dada

    Strep throat antara masalah yang sering terjadi pada anak kecil. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptokokus.

    Dianggarkan 3 daripada 10 kanak-kanak dengan keadaan sakit tekak akan mengalami radang tekak. Manakala bagi individu dewasa pula, hanya 1 daripada 10 akan mengalami gangguan pernafasan ini.

    Strep harus diberi perhatian serius dan dirawat secepat mungkin pada kanak-kanak mahupun individu dewasa.

    Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

    Ini termasuklah demam reumatik, merupakan keadaan keradangan serius yang mempengaruhi jantung, sendi, sistem saraf dan kulit.

    Ia juga boleh menyebabkan penyakit jantung reumatik dan penyakit buah pinggang.

    Punca sesak nafas dan sakit dada 8: Pneumonia

    Masalah pernafasan pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan paru-paru dan boleh menjadi keadaan berbahaya.

    Tanda-tanda anak alami pneumonia

    • Nafas laju
    • Demam tinggi dan menggigil
    • Batuk
    • Keletihan
    • Sakit di dada, terutamanya ketika bernafas

    Gejalanya mungkin kurang jelas pada kanak-kanak berbanding orang dewasa, bermaksud ia lebih sukar untuk didiagnosis.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa radang paru-paru menyumbang 15% daripada semua kematian kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

    Virus, bakteria atau kulat boleh menjadi penyebabnya. Penyakit radang paru-paru  juga mungkin timbul setelah anak anda mengalami demam, selesema atau radang tekak.

    Pemeriksaan doktor

    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan mengenai penjagaan sesuai untuk masalah pernafasan yang dialami anak, sila bincangkannya dengan pakar pediatrik. Doktor boleh tentukan punca sesak nafas dan sakit dada yang anak alami.

    Pastikan anda berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang ubat kepada si kecil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan