home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja

Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja

Ramai yang beranggapan bahawa setiap penyakit yang menunjukkan simptom demam perlu diberikan antibiotik.

Walau bagaimanapun, antibiotik hanya berkesan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria sahaja.

Oleh sebab itulah doktor akan melakukan ujian makmal bagi mengetahui punca sebenar di sebalik penyakit tersebut.

Ia bagi mengelakkan pemberian antibiotik pada situasi yang tidak perlu. Jika ia dipreskripsikan secara melulu, masalah bakteria rintang antibiotik boleh timbul.

Memahami apa itu antibiotik boleh memberikan gambaran kepada pesakit berkenaan dengan situasi bagaimana ia sesuai untuk diambil.

Seperti rawatan lain, antibiotik juga boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pesakit.

Bagi kanak-kanak yang sering mengalami kesan sampingan tersebut, ibu bapa pasti akan berasa risau dan keliru.

Adakah rawatan antibiotik memberikan kebaikan atau mudarat kepada anak?

Sempena Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia yang berlangsung 12 hingga 18 November ini, kami bawakan artikel mengenai kesan sampingan antibiotik dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Jika anda tahu apa itu antibiotik, anda perlu fahami kesan sampingan lazim

apa itu antibiotik

Penting untuk kita tahu berkenaan dengan kesan sampingan dan apa itu antibiotik supaya tindakan selanjutnya boleh diambil oleh doktor.

Antara kesan sampingan apa itu antibiotik lazim adalah seperti berikut.

#1 Cirit-birit berpunca daripada antibiotik

Dianggarkan 25 peratus kanak-kanak yang mengambil antibiotik akan mengalami cirit-birit.

Ia merupakan salah satu kesan sampingan paling biasa dialami ketika sedang dalam rawatan antibiotik atau beberapa minggu selepas antibiotik sudah dihabiskan.

Segelintir individu beranggapan bahawa antibiotik spesifik seperti Augmentin dan erythromycin merupakan dalang di sebalik simptom tersebut.

Hakikatnya mana-mana antibiotik pun boleh menyebabkan kesan sampingan yang sama.

#2 Tindak balas alergi

Jika anda pernah mengalami ruam yang berupa gegata selepas mengambil ubat antibiotik, itu merupakan salah satu kesan sampingan lazim yang boleh dialami pesakit.

Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang mendapat ruam sedemikian selepas mengambil antibiotik, ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Sebagai contoh, bagi kanak-kanak yang mengalami jangkitan virus, pemberian antibiotik boleh menyebabkan simptom tersebut sering dikelirukan dengan simptom yang boleh disebabkan oleh virus itu sendiri.

Oleh sebab itulah pemeriksaan penting bagi mengenal pasti punca jangkitan sebelum antibiotik boleh dipreskripsikan.

#3 Tindak balas hasil daripada interaksi dengan ubat-ubatan lain

Ruam yang terbentuk boleh disebabkan oleh tindak balas antibiotik dengan ubat lain (sekiranya pesakit mengambil lebih daripada satu ubat).

Keadaan ini sering disalah anggap sebagai alergi ubat walhal ia bukan satu bentuk tindak balas alergi.

Walau bagaimanapun, kesan yang dialami oleh pesakit kebiasaannya tidak begitu teruk dan ia tidak menyebabkan tindak balas anafilaktik yang boleh membawa maut.

#4 Jangkitan yis

Terdapat kes di mana kanak-kanak yang mengambil ubat antibiotik didiagnosis dengan jangkitan yis.

Ia merupakan jangkitan kulat yang boleh berlaku pada bahagian badan yang berlainan disertakan dengan ruam sekitar mulut atau kemaluan.

#5 Gigi kuning, masalah yang berlaku akibat pengambilan antibiotik

Suatu ketika dahulu, kita tahu bahawa ubat antibiotik yang berasaskan tetracycline boleh menyebabkan masalah gigi kuning pada kanak-kanak.

Oleh sebab itulah ubat yang seumpama dengannya tidak dipreskripsikan kepada kanak-kanak di bawah umur 8 tahun.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan ubat antibiotik amoxicilin oleh bayi pada 6 bulan pertama selepas lahir turut menyebabkan masalah gigi kuning kelak.

#6 Demam, boleh berlaku akibat pengambilan antibiotik

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa antibiotik boleh menyebabkan simptom demam terutamanya jika mereka diberikan melalui laluan intravena (IV).

Namun begitu anda tidak perlu risau. Kesan sampingan sebegini kebiasaannya akan hilang selepas anak anda selesai menghabiskan antibiotik yang perlu diambil.

Apa itu antibiotik: kesan sampingan selepas mengambil antibiotik

apa itu antibiotik

Terdapat situasi di mana, kanak-kanak yang mengambil antibiotik mengalami simptom teruk.

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah mempunyai kadar rujukan yang paling tinggi ke Jabatan Kecemasan berikutan masalah yang berkaitan dengan kesan sampingan ubat.

Antara kesan sampingan yang boleh dialami si kecil adalah seperti berikut:

  1. Tindak balas anafilaktik yang mengancam nyawa.
  2. Sindrom Steven Johnson.
  3. Toxic epidermal necrolysis (TEN).
  4. Masalah berkaitan dengan sistem muskuloskeletal.
  5. Jangkitan bakteria Clostridium difficile.
  6. Sindrom red man.
  7. Masalah pendengaran.
  8. Radang esofagus kesan daripada kesukaran menelan pil antibiotik.
  9. Sensitif terhadap cahaya.
  10. Lupus.
  11. Tekanan darah tinggi.

Bagi mengelakkan kesan sampingan daripada berlaku berikutan pengambilan antibiotik, pastikan anda:

  1. Memberikan anak anda probiotik.
  2. Beri anak segelas air untuk menelan pil antibiotik yang besar.
  3. Awasi si manja daripada kesan sampingan antibiotik yang boleh disebabkan oleh cahaya matahari.
  4. Habiskan antibiotik mengikut arahan doktor.
  5. Beritahu kepada doktor jika anak anda ada mengambil ubat lain sebelum mereka mempreskripsikan antibiotik.
  6. Simpan antibiotik seeloknya.
  7. Jika perlu makan sebelum mengambil antibiotik, turuti nasihat tersebut bagi mengelakkan kesan sampingan.

Konklusi

Penting bagi anda sebagai ibu bapa untuk memahami apa itu antibiotik dan kesan sampingan yang boleh berlaku disebabkan olehnya.

Sekiranya anak anda mengalami sebarang kesan sampingan teruk selepas mengambil antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria, bawa mereka berjumpa doktor dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Adverse Drug Events from Antibiotics. (https://www.cdc.gov/medicationsafety/adverse-drug-events-specific-medicines.html). Diakses pada 5 November 2020.
  2. Antibiotic associated diarrhea in children. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19556659/). Diakses pada 5 November 2020.
  3. Update on the Management of Antibiotic Allergy. (https://e-aair.org/DOIx.php?id=10.4168/aair.2010.2.2.77). Diakses pada 5 November 2020.
  4. Amoxicillin Use during Early Childhood and Fluorosis of Later Developing Tooth Zones. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4556648/). Diakses pada 5 November 2020.
  5. Clostridium difficile in children: to treat or not to treat? (https://pghn.org/DOIx.php?id=10.5223/pghn.2014.17.2.80) Diakses pada 5 November 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 27/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x