Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, campurkan madu dengan jus lemon atau air halia untuk menambahkan dos vitamin C, minyak pati dan antioksidan.
Namun begitu, ibu bapa diingatkan untuk tidak menggunakan ramuan ini buat bayi yang berusia 12 bulan ke bawah kerana madu mengandungi botulinum spores – sejenis bakteria yang bertanggungjawab terhadap kes keracunan makanan dalam kalangan kanak-kanak.
2. Ubat titis hidung
Ubat titis hidung diperlukan untuk memudahkan anak anda menghembus mukus atau hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Anda boleh membelinya di farmasi atau hanya membuatnya di rumah.
Caranya, campurkan air, garam yang tidak beriodin serta serbuk penaik. Namun begitu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat titis hidung buatan sendiri ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang lain.
3. Wap air, antara cara hilangkan batuk budak
Rawatan wap air boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah memanaskan air yang telah dicampur dengan balsem yang disarankan oleh doktor.
Caranya, hanya tempatkan muka anak anda dekat dengan wap air yang keluar daripada campuran balsem dan air tadi, serta biarkan mereka menghidunya.
Jika anda mahukan cara yang lebih mudah, hanya sapukan balsem pada dada dan leher mereka.
4. Cara hilangkan batuk budak dengan pelembap udara

Batuk boleh terjadi disebabkan oleh cuaca dan juga udara yang tercemar. Pelembap udara boleh menyediakan udara panas dan beruap untuk membantu melegakan batuk anak anda.
Jika anda tidak mempunyai pelembap kabut hangat, anda boleh curahkan air panas di dalam tab mandian dan duduk bersama anak anda di hadapan pancuran air panas selama 15 minit.
5. Rawat batuk anak tidak berhenti dengan air
Jika anak anda mendapat demam selesema, berikannya minum banyak air untuk membantu menipiskan mukus, kemudian memulihkan masalah hidung berair serta melegakan sakit tekak mereka.
Pakar mempercayai bahawa pengambilan air yang lebih banyak akan merendahkan suhu badan kanak-kanak selain melembutkan mukus atau hingus yang tersekat di dalam tekak mereka yang sebenarnya merupakan punca utama batuk itu berlaku.
6. Posisikan kepala di kedudukan yang tinggi
Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 1 tahun, letakkan beberapa bantal di belakangnya, bahu dan kepala agar dia dapat tidur dalam kedudukan yang sedikit tegak, membolehkan pernafasan lebih mudah.
Untuk bayi, letakkan bantal di bawah tilam katilnya untuk menaikkan kawasan di mana dia meletakkan kepalanya.
Cara hilangkan batuk budak #7. Stimkan ruang bilik
Jadikan bilik mandi anda sebagai bilik stim, seperti yang disyorkan oleh William Sears, M.D., Pakar Kanak-kanak dan Pengarang The Baby Book serta berpuluh-puluh buku penjagaan kanak-kanak yang lain.
Wap membantu melegakan kesakitan dada dan hidung, menjadikannya lebih mudah untuk kanak-kanak untuk batuk.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen