Kroup biasanya bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan selesema seperti hidung berair dan demam.
Suara kanak-kanak yang terjangkiti pula akan bertukar menjadi kasar dan garau serta mengalami batuk yang teruk.
Disebabkan ini, tekak kanak-kanak akan berisiko untuk membengkak sekali gus menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan akan mengeluarkan bunyi stridor (bunyi mencicit yang kuat) ketika sedang bernafas.
Jika anak anda sudah menunjukkan tanda-tanda ini, anak anda mungkin mengalami jangkitan kroup!
Sekiranya anak anda mengalami kesukaran untuk bernafas atau mengalami stridor, anda perlu mendapatkan khidmat rawatan doktor dengan segera.
Penggunaan ubat-ubatan seperti corticosteroids dan epinephrine atau rawatan lain adalah penting meluaskan kembali saluran pernafasan anak anda.
Selain itu, anda juga perlu segera membawa anak anda berjumpa doktor sekiranya:
- Kulit anak anda menjadi kebiru-biruan atau kelabu pada bahagian hhidung, mulut atau kuku
- Anak anda mempunyai masalah untuk menelan makanan pejal
- Anak anda berumur kurang daripada 6 bulan
- Anak anda mengalami demam yang berpanjangan sehingga 3 hari
Jika anak anda tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang serius namun anda mengesyaki mereka dijangkiti kroup, segera bawa anak anda berjumpa doktor untuk mengelakkan simptom bertambah teruk.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan kroup akan sembuh dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Penggunaan antibiotik sangat membantu kerana jangkitan ini berpunca daripada virus, bukan bakteria.
Cara untuk menangani jangkitan kroup ini adalah serupa dengan cara menangani selesema yang biasa, iaitu:
- Beri anak anda minum lebih banyak air putih
- Gunakan cool-mist humidifier di dalam rumah anda untuk melembabkan udara
- Gunakan saline drops atau nasal rinse untuk melegakan sesak nafas – kunjungi sauna atau cipta suasana sauna dalam bilik mandi rumah anda dan luangkan masa bersama anak anda di dalamnya kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menghirup udara yang lembab
- Gunakan acetaminophen atau ibuprofen untuk membuat anak anda berasa lebih selesa – pastikan anak anda sentiasa dalam keadaan yang tenang kerana mereka akan lebih sukar untuk bernafas sekiranya mereka sedang tertekan, takut atau sedih
- Jangan mengambil ubat batuk dalam dos yang berlebihan kecuali jika doktor menyarankan anda berbuat demikian
Kini anda telah mengetahui apa itu penyakit kroup dengan jelas. Jika ada yang bertanya apa itu penyakit kroup, kongsikan maklumat ini kepada mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen