Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Adakah anda mengalami sakit tekak berpanjangan?

Cuba tanya diri anda sendiri, sudah berapa lama anda mengalami sakit tekak?

2 hari? 2 minggu? Atau lebih teruk lagi, 2 bulan?

Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit tekak. Tetapi, sakit tekak selalunya berlaku hanya selama beberapa hari, bukannya berlarutan selama berbulan-bulan!

Jika anda mengalami gejala sakit tekak berpanjangan, anda mungkin sebenarnya sedang mengalami tindak balas alergi.

Sakit tekak simptom biasa demam dan alergi

sakit tekak berpanjangan

Sakit tekak merupakan salah satu simptom demam dan reaksi semua jadi badan terhadap alergi.

Ketika anda mengalami sakit tekak atau gatal tekak, anda mungkin juga mengalami simptom lain seperti hidung berair, batuk atau kerap bersin.

Jika anda mengalami semua simptom ini pada jangka masa yang pendek, jangan risau, anda mungkin mengalami demam biasa.

Tetapi, jika simptom ini diikuti dengan rasa gatal-gatal ataupun sakit mata dan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, anda mungkin sedang mengalami reaksi alergi.

Selalunya, alergi tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Simptomnya akan kekal sehinggalah alergen itu tidak lagi berada dalam tubuh badan anda.

Apa itu alergi?

Alergi ialah tindak balas negatif badan kepada sesuatu bahan tertentu. Selalunya, bahan ini merupakan bahan biasa yang tidak menimbulkan iritasi atau kesan alahan kepada orang lain.

Ada pelbagai bahan yang boleh menjadi alergen. Sebagai contoh, anda boleh alah kepada habuk, debunga, kulapuk, makanan, dan binatang seperti kucing, anjing ataupun lipas.

Semua bahan ini boleh memicu tindak balas alergi.

Anda akan kerap bersin, mata berair dan rasa gatal tekak.

Selalunya, seseorang itu akan mengalami alahan jika keluarganya juga mengalami alahan yang sama. Berbeza dengan demam, alahan tidak boleh berjangkit kepada orang lain.

Demam atau alahan, bagaimana hendak bezakan?

Pertama sekali, anda perlu tahu simptom-simptom utama demam.

Demam selesema selalunya berlaku selama 3-14 hari diikuti simptom seperti suhu badan yang tinggi, sakit kepala, sakit badan dan rasa penat atau letih yang amat sangat.

Tetapi, simptom alahan pula boleh berkekalan selama berminggu-minggu. Reaksi kepada alergi boleh berlangsung selama mana anda terdedah kepada alergen tersebut.

Walaupun simptom alergi dan demam kadangkala sukar untuk dibezakan, namun masih ada beberapa simptom yang ekslusif kepada demam dan alahan sahaja.

Sakit mata, nafas berbunyi dan gatal-gatal ataupun ruam pada kulit merupakan simptom alahan.

Sakit dada, sakit badan, demam dan kepenatan merupakan simptom untuk demam selesema biasa.

Cuba cari perbezaan antara simptom yang anda alami untuk kenal pasti sama ada anda demam atau sedang mengalami alahan.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti tentang punca gatal tekak yang anda alami, berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Rawatan untuk demam dan alergi

Demam biasa akan beransur-ansur pulih jika anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Ubat demam yang dijual di farmasi juga boleh digunakan untuk merawat demam.

Tetapi, alergi tidak akan pulih selagi anda tidak dapat mengenal pasti punca sebenar alahan anda.

Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan berjumpa doktor untuk merawat penyakit yang sedang anda alami.

Jangan cuba diagnosis diri anda sendiri ya! Setiap individu mempunyai simptom alahan yang berbeza-beza.

Walaupun anda mungkin menghadapi alergi yang sederhana, ada sesetengah kes alergi yang boleh menyebabkan anaphylaxis – satu kondisi berbahaya yang boleh membawa maut.

Jika anda sudahpun mengenal pasti punca anda terkena alahan, cuba untuk jauhkan diri anda daripada menyentuh bahan tersebut.

Anda mengalami sakit tekak berpanjangan? Cuba tip ini untuk kurangkan keradangan

gatal tekak

Langkah yang terbaik untuk mengelakkan alergi adalah dengan cara mengelakkan diri daripada bersentuhan secara fizikal dengan alergen tersebut.

Jika anda alah kepada habuk, debunga ataupun kulapuk, cuba pastikan tempat tinggal anda bersih daripada habuk dan debu.

Tutup tingkap dan tinggal di dalam rumah jika keadaan luar rumah penuh dengan alergen.

Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit tekak.

Amalkan minum air suam untuk melegakan kesakitan. Minum air juga amat digalakkan untuk pesakit sakit tekak kerana tekak kering akan menyebabkan sakit menjadi lebih teruk.

Elakkan minum minuman bergas ataupun mengandungi kafein. Kafein boleh menyebabkan kerongkong anda menjadi gatal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

Tahukah anda, ada individu yang akan alami alahan kulit jika mereka terdedah dengan minyak wangi? Alahan jenis ini berbahaya dan perlukan perhatian doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Alahan, Alahan Kulit 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Asma, Kesihatan Pernafasan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

Alahan juga boleh tercetus melalui barang kemas anda seperti alahan emas dan perak. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Adakah ia hanya berpunca daripada emas?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Alahan, Alahan Kulit 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Selalu Bersin & Hidung Tersumbat Waktu Bangun Tidur? Anda Mungkin Alami Alahan Pagi!

Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk ialah antara reaksi alergi yang boleh terjadi. Tapi bagaimana pula jika ia hanya berlaku waktu pagi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Alahan, Alahan Hidung & Mata 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
sakit ketika seks

Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
manfaat air suam

Ini Yang Selalu Ibu Pesan Kalau Sakit Tekak, Banyakkan Minum Air Suam! Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
kulit kering sekitar mulut

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan