Sebarang perubahan kepada virus influenza yang terdapat di Malaysia dipantau rapi oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Berdasarkan trend yang direkodkan, rakyat Malaysia mungkin boleh menarik nafas lega kerana peningkatan kes ILI sejak bulan jun 2019 berada dalam julat yang normal.
Insiden yang diperhatikan ini adalah hampir sama dengan trend pada tahun-tahun sebelumnya. Lebih melegakan lagi, pemantauan genetik virus-virus ini juga tidak menunjukkan sebarang mutasi yang mampu mencetuskan virus influenza yang baru.
Keperluan suntikan flu

Virus-virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen mereka. Oleh itu, kebanyakan ubat antivirus yang lama seperti amantadine, tidak lagi berkesan dalam melawan penyakit ini.
Berbeza dengan demam atau selesema yang biasa, influenza bukanlah jangkitan yang boleh hilang dengan masa atau dengan sekadar mendapatkan rehat yang mencukupi.
Tambahan lagi, di Malaysia, penularan wabak influenza tidak mempunyai musim kerana ia boleh berlaku sepanjang tahun. Untuk itu, suntikan flu adalah langkah perlindungan yang sangat penting dalam mencegah keterjadiannya.
Kumpulan populasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza adalah:
- Kanak-kanak bawah usia 5 tahun (khususnya bawah usia 2 tahun)
- Wanita mengandung
- Warga emas berusia 65 tahun dan ke atas
- Pesakit yang menghidap penyakit kronik
- Individu yang menghidap penyakit respiratori
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen