backup og meta

Selalu Pening Masa Puasa? Mungkin Tekanan Darah Anda Rendah..Ini Panduan Bacaan BP

Tekanan darah rendah berapa yang dianggap berbahaya sering menjadi persoalan, terutamanya ketika berpuasa. Perubahan corak makan, kurang minum air dan pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan tekanan darah menurun. Jika tidak dikawal, keadaan ini boleh mengganggu aktiviti harian dan meningkatkan risiko pengsan semasa puasa. Untuk memahami risikonya, kita perlu fahami dahulu bacaan tekanan darah yang normal.

Selalu Pening Masa Puasa? Mungkin Tekanan Darah Anda Rendah..Ini Panduan Bacaan BP

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Berapa bacaan BP yang normal?

Bacaan tekanan darah normal bagi orang dewasa biasanya berada sekitar 120/80 mmHg

Bacaan ini menunjukkan jantung dan salur darah berfungsi dengan baik untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Secara umum, bacaan normal boleh dikategorikan seperti berikut:

  • Sistolik (atas): 90-120 mmHg
  • Diastolik (bawah): 60-80 mmHg

Semasa berpuasa, sedikit penurunan tekanan darah boleh berlaku dan masih dianggap normal selagi tiada simptom seperti pening atau pengsan.

Tekanan darah rendah berapa: berapa bacaan tekanan darah rendah?

tekanan darah rendah berapa
Alat memeriksa tekanan darah.

Tekanan darah rendah biasanya ditakrifkan apabila bacaan berada di bawah 90/60 mmHg

Bacaan ini menjawab persoalan tekanan darah rendah berapa yang perlu diberi perhatian, khususnya jika disertai simptom.

Tanda tekanan darah rendah termasuk:

  • Pening atau rasa melayang
  • Pandangan kabur
  • Loya atau muntah
  • Rasa lemah secara tiba-tiba
  • Pengsan, terutama ketika berdiri

Semasa puasa, tekanan darah boleh turun dengan lebih ketara akibat dehidrasi.

Kenapa berlaku tekanan darah rendah?

Terdapat beberapa punca utama tekanan darah rendah ketika berpuasa, antaranya:

  • Kurang pengambilan air antara waktu berbuka dan sahur
  • Kehilangan garam mineral (elektrolit) melalui peluh
  • Berbuka atau sahur dalam kuantiti terlalu sedikit
  • Pengambilan ubat darah tinggi tanpa pelarasan dos
  • Masalah kesihatan sedia ada seperti penyakit jantung atau gangguan hormon

Keadaan ini menyebabkan aliran darah ke otak berkurang, lalu mencetuskan simptom tidak selesa.

Kenapa BP low ketika puasa?

tekanan darah rendah berapa
Lakukan pemeriksaan tekanan darah jika anda berasa seperti hendak pengsan.

Kenapa BP low sering berlaku ketika puasa berkait rapat dengan perubahan fisiologi badan.

Apabila tempoh tanpa makan dan minum menjadi panjang, isipadu darah boleh menurun.

Antara faktor penyumbang:

  • Paras cecair badan menurun (dehidrasi)
  • Salur darah mengembang untuk menjimatkan tenaga
  • Paras gula darah rendah yang menjejaskan kestabilan tekanan darah
  • Berdiri terlalu cepat selepas duduk atau baring

Oleh itu, pesakit yang mudah pening disarankan bangun secara perlahan.

Adakah darah rendah boleh membawa maut?

Soalan ini sering timbul, terutamanya dalam kalangan warga emas dan pesakit kronik. 

Secara umum, tekanan darah rendah jarang membawa maut secara langsung, tetapi boleh menjadi berbahaya jika tidak dirawat.

Risiko serius termasuk:

  • Kecederaan akibat jatuh atau pengsan
  • Kekurangan bekalan oksigen ke otak
  • Kegagalan organ jika berpanjangan
  • Risiko lebih tinggi pada pesakit jantung dan buah pinggang

Jika tekanan darah rendah berapa pun disertai simptom teruk, pesakit dibenarkan berbuka demi keselamatan kerana menjaga nyawa adalah keutamaan dalam Islam.

Cara mengurangkan risiko tekanan darah rendah ketika berpuasa

Untuk mengelakkan masalah ini sepanjang Ramadan, amalkan langkah berikut:

  • Minum air secukupnya antara berbuka hingga sahur
  • Ambil makanan seimbang dengan garam mineral mencukupi
  • Elakkan berdiri secara mendadak
  • Rujuk doktor untuk pelarasan ubat
  • Berbuka segera jika pening teruk atau hampir pengsan

Langkah ini membantu mengekalkan tekanan darah pada paras selamat sepanjang puasa.

tekanan darah rendah berapa
Jenis-jenis tekanan darah rendah.

Kesimpulan

Memahami tekanan darah rendah berapa yang berisiko penting bagi memastikan puasa dilakukan dengan selamat. 

Dengan pemantauan bacaan BP, hidrasi mencukupi dan pengurusan ubat yang betul, kebanyakan individu masih boleh berpuasa tanpa komplikasi serius.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Low Blood Pressure – When Blood Pressure Is Too Low. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/the-facts-about-high-blood-pressure/low-blood-pressure-when-blood-pressure-is-too-low. Diakses Disember 15, 2025. 

Low Blood Pressure (Hypotension). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21156-low-blood-pressure-hypotension. Diakses Disember 15, 2025.

Low blood pressure (hypotension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-blood-pressure/symptoms-causes/syc-20355465. Diakses Disember 15, 2025.

Low Blood Pressure. https://www.nhlbi.nih.gov/health/low-blood-pressure. Diakses Disember 15, 2025.

Low blood pressure (hypotension). https://www.healthdirect.gov.au/low-blood-pressure-hypotension. Diakses Disember 15, 2025.

Versi Terbaru

15/12/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Puasa Tapi Hypo? Jaga-jaga… Ini Tanda Paras Gula Darah Jatuh Teruk!

Ibu Menyusu Risau Susu Kurang Masa Puasa? Baca Dulu Sebelum Panik


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan