Daripada anda cakap “peluk papa/mama” yang berbentuk arahan, minta izin mereka “Papa/mama nak peluk, boleh?”. Anda merupakan pelindung kepada anak anda. Jika balik beraya, di saat berjumpa dengan saudara mara, pastikan tiada yang memaksa untuk peluk atau cium anak anda.
Pada tahap umur tertentu, pastikan mereka menjaga batasan lelaki dan perempuan dan jika berlaku pergaduhan atau gurau senda melampau, hentikannya dengan kadar segera.
3. Pastikan mereka memahami konsep sentuhan selamat

Mungkin ada di antara kita yang tidak memberitahu berkenaan dengan sentuhan selamat kepada anak-anak. Namun, di tadika, kebiasaannya mereka akan didedahkan dengan konsep tersebut. Bagaimana caranya untuk anda memastikan bahawa mereka faham akan konsep yang diajar?
Tanya kepada mereka setelah pulang dan pastikan apa yang mereka jelaskan betul. Jika tidak, anda perlu membetulkan konsep tersebut. Sentuhan selamat merupakan perisai kepada anak-anak untuk mengetahui jika sesuatu interaksi fizikal itu normal atau tidak.
Ia boleh membantu mengurangkan risiko si kecil mengalami penderaan seksual.
4. Gunakan buku teks jika anda ragu
Jika anak anda bertanyakan soalan berkenaan dengan seks dan anda tidak pasti, gunakan buku teks sebagai panduan. Mungkin ramai yang berasa anak mereka terlalu muda untuk memahami berkenaan dengan topik seks dan alat sulit, namun berita mengenai kes rogol dan isu gangguan seksual yang semakin meningkat amat membimbangkan.
Perkara yang boleh anda lakukan adalah untuk menerangkan perihal seks kepada si kecil anda apabila mula timbul rasa ingin tahu dalam diri mereka.
5. Tukarkan teknik nasihat ‘tidak boleh’ kepada perkara yang boleh dilakukan oleh mereka
Apa yang sukar diterima oleh anak adalah apabila ibu bapa menggunakan nasihat berkenaan dengan perkara yang tidak boleh dibuat oleh mereka. Ia merupakan teknik yang salah dan ia boleh meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan anak untuk cuba melakukan perkara yang menjadi larangan.
Daripada anda cakap “Tidak boleh buat hubungan seks”, tukarkan kepada “Boleh buat hubungan seks selepas kahwin”.
Konklusi
Kanak-kanak perlu diberitahu berkenaan dengan alat sulit dan perkara berkaitan dengan seks pada usia muda. Ia bukan sahaja dapat memberikan gambaran awal malah melindungi mereka daripada jenayah penderaan atau rogol kanak-kanak.
Jika anda tidak pasti berkenaan dengan bagaimana cara terbaik untuk menerangkan perihal ini kepada anak, rujuk pakar kesihatan. Pendidikan awal terhadap kanak-kanak dapat membentuk kesihatan psikologi dan seksual yang sihat kelak.
Hello Health Grouptidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: