Cirit birit kanak kanak adalah keadaan yang boleh berlaku secara tiba-tiba dan mencetuskan kerisauan dalam kalangan ibu bapa, terutamanya apabila ia disertai dengan muntah atau dehidrasi.
Artikel Ditaja Oleh 
Cirit birit kanak kanak adalah keadaan yang boleh berlaku secara tiba-tiba dan mencetuskan kerisauan dalam kalangan ibu bapa, terutamanya apabila ia disertai dengan muntah atau dehidrasi.

Dalam kebanyakan kes, ia bersifat ringan dan boleh hilang sendiri.
Namun, ibu bapa masih perlu tahu bagaimana untuk bertindak pantas bagi mengelakkan dehidrasi selain menyokong sistem penghadaman anak agar lebih kuat dalam jangka masa panjang.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kenapa anak cirit birit? Biasanya ia disebabkan oleh jangkitan virus seperti rotavirus, perubahan dalam diet, atau intoleransi makanan 1.
Keadaan ini menyebabkan najis menjadi cair dan keluar dengan kerap.
Jika tidak dikawal, keadaan ini boleh menyebabkan anak kehilangan banyak cecair dan garam penting dalam badan.
Menariknya, ramai ibu bapa tertanya-tanya, anak cirit birit tapi aktif, adakah ia sesuatu yang normal?
Jawapannya adalah ya! Selagi anak kelihatan ceria, masih mahu makan dan minum, dan tidak menunjukkan tanda dehidrasi, ia mungkin bukan situasi kecemasan.
Namun, pemantauan masih tetap perlu dilakukan.
Kini anda telah tahu kenapa anak cirit birit.
Kenapa kanak-kanak cirit birit dan apakah simptomnya??
Walaupun anak cirit birit tapi aktif, anda masih perlu risau tentang isu dehidrasi.
Dehidrasi ialah salah satu risiko terbesar apabila anak mengalami cirit-birit, terutamanya jika mereka masih kecil dan kurang mampu mengawal pengambilan cecair.
Kehilangan air yang berlebihan tanpa diganti segera boleh memberi kesan serius kepada kesihatan si kecil.
Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa mengenal pasti tanda-tanda awal dehidrasi supaya tindakan segera dapat diambil.
Berikut ialah tanda-tanda dehidrasi yang perlu diperhatikan 2:
Jika ibu bapa mengesan salah satu atau lebih tanda di atas, langkah rehidrasi segera seperti pemberian larutan ORS dan air kosong harus diberikan 3.

Pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dipertimbangkan terutama jika keadaan tidak bertambah baik.
Dalam kebanyakan kes, berapa lama cirit birit kanak kanak berlangsung bergantung pada puncanya 4.
Jika disebabkan jangkitan virus, biasanya ia akan hilang dalam 3 hingga 7 hari.
Namun, jika berlarutan lebih seminggu atau disertai dengan darah dalam najis, muntah berterusan, atau demam panas, segera dapatkan nasihat doktor 4.
Berikut adalah panduan asas untuk membantu anak yang mengalami cirit-birit 5:
Pemakanan yang betul semasa anak cirit-birit sangat penting bagi membantu memulihkan keseimbangan bendalir dalam badan dan menyokong sistem penghadaman.

Selepas berlakunya cirit birit kanak kanak, sistem penghadaman mereka mungkin mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Ini kerana keseimbangan bakteria baik dalam usus boleh terganggu, menyebabkan anak lebih mudah mengalami ketidakselesaan perut atau penghadaman yang tidak lancar dalam beberapa hari selepas itu 6 7.
Di sinilah peranan pemakanan yang betul dan pemilihan susu yang sesuai amat penting.
Memberikan anak nutrien yang mudah dihadam serta membantu memulihkan mikroflora usus dapat mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan risiko masalah berulang 8 9.
Dalam hal ini, susu formula bukan sekadar pemberi tenaga untuk anak anda, tetapi juga berfungsi sebagai penyokong penting kepada sistem pertahanan tubuh dari dalam, terutamanya di bahagian usus.
Salah satu pilihan yang boleh membantu ibu bapa ialah susu seperti Friso® Gold yang dirumus dengan ciri-ciri khusus untuk menyokong sistem penghadaman dan perlindungan usus anak.
Friso® Gold dirumus khas untuk menyokong perlindungan usus dan sistem penghadaman kanak-kanak agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran seperti cirit birit kanak kanak, perubahan diet, dan aktiviti fizikal yang aktif.
Antara kelebihan utama Friso® Gold termasuklah:
Dengan kelebihan ini, Friso® Gold bukan sekadar susu biasa.
Ia membantu membekalkan kekuatan dari dalam dengan menyokong penghadaman, melindungi usus, dan memastikan si manja dapat pulih serta membesar dengan sihat, walaupun selepas mengalami episod kesihatan seperti cirit-birit.
Cirit birit kanak kanak adalah satu perkara yang biasa.
Namun, jika tidak dikendalikan dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi serius seperti dehidrasi.
Selain langkah-langkah asas seperti rehidrasi dan pemakanan ringan, menyokong perlindungan usus anak melalui susu seperti Friso® Gold dapat membantu mempercepatkan pemulihan dan melindungi sistem penghadaman mereka.
Dengan nutrien yang mudah dihadam, perlindungan usus dan teknologi pemprosesan unik, Friso® memberikan sokongan dari dalam untuk anak anda kembali aktif, ceria dan membesar secara semula jadi.
Oleh itu, jika anak cirit birit tapi aktif, anda boleh pertimbangkan pemberian susu ini sebagai suplemen sokongan untuk mereka.
Untuk sebarang perkara berkaitan kesihatan atau perubatan, sentiasalah merujuk kepada doktor atau profesional penjagaan kesihatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
19/06/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz