backup og meta

Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2022

    Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Baca lebih lanjut tentang Keibubapaan di sini.

    Bayi boleh mengalami masalah kekurangan air

    Untuk beberapa bulan pertama kehidupan, bayi hanya bergantung kepada diet cecair, sama ada melalui penyusuan susu badan atau susu formula

    Walaupun si manja kerap menyusu, tetapi ada risiko untuk mereka mengalami masalah kekurangan air atau penyahhidratan, sama seperti individu dewasa. 

    Dehidrasi atau penyahhidratan bermaksud bayi anda kehilangan terlalu banyak air dan tidak dapat minum (susu) secukupnya untuk menggantikannya dengan segera.

    Saiz tubuh yang kecil menjadikan mereka lebih mudah kehilangan air dan mengalami penyahhidratan.

    Dalam kes serius, ia boleh membahayakan jika tidak dirawat.

    Jadi adakah sebarang tanda dehidrasi pada anak yang boleh ibu kenal pasti?

    Tanda dehidrasi pada anak

    Umumnya, tanda dehidrasi pada anak dehidrasi berbeza bergantung kepada jumlah kehilangan air yang dialami anak.

    Ia juga berbeza pada bayi baru lahir, bayi dan kanak-kanak.

    Tanda dehidrasi pada anak baru lahir:
    1. Bahagian ubun-ubun bayi tenggelam. 
    2. Tidur terlalu lama (lebih daripada kebiasaan walaupun untuk seorang bayi). 
    3. Mata kelihatan tenggelam. 
    4. Menangis dengan hanya sedikit atau tiada air mata.
    5. Meragam.
    6. Tangan dan kaki yang sejuk atau berubah warna.
    7. Kulit berkedut.
    Tanda dehidrasi pada bayi dan kanak-kanak:
    1. Tiada keinginan bermain.
    2. Penat atau meragam.
    3. Lampin kering untuk tempoh 6 jam atau lebih.
    4. Mata tenggelam.
    5. Tangisan tanpa atau sedikit air mata.
    6. Mulut kering.
    7. Sembelit atau sukar/kurang membuang air besar (jika masalah kekurangan air disebabkan tidak minum air secukupnya).
    8. Tangan sejuk.
    9. Pernafasan pantas.
    10. Degupan jantung yang laju.

    tanda dehidrasi pada anak

    Punca dehidrasi pada anak

    Bayi baru lahir

    Bayi baru dilahirkan sering mengalami sedu apabila pertama kali belajar menghisap susu. 

    Mereka juga mungkin berdepan kesukaran untuk menelan dan mencerna susu.

    Hakikatnya, bayi yang mengalami masalah berkaitan lekapan puting dan kesukaran menghisap susu adalah situasi biasa. 

    Disebabkan itu, adakalanya bayi kehilangan berat badan pada minggu pertama kehidupan mereka. 

    Punca lain:

    • Bekalan susu ibu rendah pada minggu awal selepas bersalin
    • Bayi tidak dapat menyedut susu dengan baik pada puting ibu atau puting botol
    • Bayi kerap terjeluak atau muntah susu
    • Susu badan ibu tidak seimbang atau bercampur air dan garam (keadaan jarang berlaku)
    Bayi dan kanak-kanak

    Bayi yang sudah besar dan kanak-kanak mempunyai punca kehilangan air yang hampir sama.

    Kebiasaannya berlaku apabila mereka tidak sihat seperti selesema, sakit perut, dan mengalami intoleransi atau alahan kepada makanan. Ini boleh mengakibatkan dehidrasi.

    Faktor penyebab lain:

    • Cirit-birit
    • Muntah
    • Berpeluh
    • Demam
    • Keadaan terlalu panas

    tanda dehidrasi pada anak

    Rawatan rumah cegah tanda dehidrasi pada anak

    Kaedah untuk cegah penyahhidratan bergantung kepada penyebabnya dan umur anak, seperti:

    Penyusuan badan lebih kerap

    Lakukan penyusuan secara berkala walaupun si manja mungkin mengalami masalah dalam teknik lekapan. 

    Biarkan bayi anda mencuba untuk menyusu dan berehat sebentar apabila mereka tampak letih.

    Cuba menyusukan anak kembali selepas 15 minit atau lebih. 

    Gunakan botol susu atau dropper feeding

    Jika bayi sukar menyusu badan, pamkan susu dan berikannya menggunakan botol atau dropper feeding.

    Andai susu badan tidak mencukupi, berikan susu formula sebagai tambahan. Ini pastinya dapat membantu mengatasi dehidrasi.

    Cuba susu formula berbeza

    Sekiranya bayi menyusu susu formula, anda boleh cuba menukarkan jenama lain dan lihat perbezaannya pada bayi.

    Pakaian malam yang ringan

    Seandainya anak mudah mengalami peluh pada waktu malam atau ketika tidur, pakaikan pakaian yang membolehkan mereka mudah bernafas.

    Penggunaan air suam

    Sekiranya si kecil mengalami demam, tuamkan badan mereka menggunakan air suam. Ia dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan air dalam badan. 

    Aiskrim

    Untuk mengatasi masalah dehidrasi, berikan anak lebih banyak cecair dan aiskrim pastinya pilihan terbaik.

    Hasilkan ais krim sendiri daripada jus atau puri buah-buahan.

    tanda dehidrasi pada anak

    Makanan berjus

    Jika tidak mahu berikan aiskrim, maka anda boleh membiarkan anak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Terdapat pelbagai pilihan buah-buahan seperti tembikai, oren, timun atau tomato. 

    Kesimpulan 

    Bayi dan kanak-kanak mudah terdedah untuk mengalami kekurangan air kerana faktor saiz tubuh yang kecil.

    Tanda dehidrasi pada anak boleh terjadi apabila mereka mengalami cirit-birit atau muntah.

    Penyahhidratan yang serius boleh berlaku dan ia keadaan bahaya untuk si kecil.

    Lakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya si manja demam panas atau mengalami simptom kehilangan air.

    [health_tool_article id=”75895″]

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan