Sejak kebelakangan ini kerap anak demam on off tapi aktif, adakah ia keadaan yang perlu dibimbangkan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Sejak kebelakangan ini kerap anak demam on off tapi aktif, adakah ia keadaan yang perlu dibimbangkan?
Demam berlaku apabila suhu badan melebihi 38°C. Sekiranya anak mengalami beberapa kali demam dalam satu tempoh masa, ia dikenali sebagai demam berulang atau recurring fever.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Demam adalah sebahagian daripada sistem pertahanan semula jadi badan. Sistem pertahanan atau imun ini adalah bahagian badan yang berfungsi untuk melawan penyakit. Apabila sistem ini dicetuskan, suhu badan akan menjadi panas.
Lazimnya, purata suhu badan normal adalah sekitar 37° C. Demam berlaku apabila suhu meningkat kepada 38°C atau lebih tinggi.
Jika mengukur suhu badan anak secara oral atau di ketiak, bacaannya mungkin turun sehingga 1°C. Untuk mendapatkan bacaan suhu paling tepat, ambil suhu anak secara rektal.
Demam berulang adalah demam yang berlaku secara berulang dalam satu tempoh masa. Ada kalanya ia boleh digambarkan sebagai episodik – bermakna datang dan pergi.
Demam berulang atau on off ini merupakan demam yang kembali dalam corak. Sebagai contoh, si kecil mungkin mengalami demam setiap bulan.
Demam yang datang dan pergi ini biasanya dialami si kecil di bawah usia 5 tahun. Peningkatan suhu akan berlangsung selama beberapa hari dan kemudian hilang untuk seketika. Anak adalah sihat dan bertingkah laku seperti biasa dalam selang waktu tersebut.
Keadaan ini adalah salah satu gejala utama sindrom demam berkala (periodic fever syndrome). Ia adalah penyakit yang mengakibatkan si kecil demam dalam corak dijarakkan dari masa ke masa, tanpa mempunyai jangkitan virus atau bakteria.
Baca juga:
Perbezaan utama antara demam klasik dan demam berulang adalah kekerapan ia berlaku.
Untuk demam on off ini, seseorang individu akan mengalami demam berlarutan selama beberapa hari, bertambah baik, hilang dan kemudiannya demam kembali semula selepas satu tempoh masa apabila mereka sudah berasa sihat.
Demam ini akan terus berlaku dan kembali dari masa ke masa. Suhu badan akan menjadi lebih tinggi tanpa sebarang jangkitan virus atau bakteria. Manakala bezanya, demam biasa sering dikaitkan dengan jangkitan atau virus.
Demam boleh berlaku atas pelbagai sebab, seperti:
Suhu badan juga boleh menjadi lebih tinggi pada masa berlainan dalam sehari atau selepas anak bermain (melibatkan pergerakan fizikal) secara aktif. Biasanya ia hanya meningkat beberapa darjah daripada suhu biasa dan akan turun semula selepas tempoh masa singkat.
Sebaliknya demam on off ini tidak disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Ia kadangkala disebabkan oleh kecacatan genetik. Jika demam dikaitkan dengan sindrom demam berkala, suhu badan lebih tinggi mungkin disebabkan oleh salah satu isu genetik ini.
Terdapat beberapa jenis sindrom demam berkala, termasuk:
Gejala demam berulang sangat serupa dengan demam biasa, termasuklah:
Jika si kecil demam, anda mungkin akan menyedari mereka tampak lebih kepenatan berbanding biasa.
Tanda-tanda lain demam pada anak adalah:
Apa yang pasti setiap bayi dan kanak-kanak adalah berbeza. Si kecil mungkin mengalami banyak gejala atau mungkin langsung tidak menunjukkan sebarang ketidakselesaan.
Biasanya anak demam on off tapi aktif ini akan bertingkah laku seperti biasa, bermain dan kekal dalam mood yang baik.
Demam berulang dirawat seperti demam biasa. Pengambilan acetaminophen adalah satu cara untuk menguruskan sebarang gejala ketidakselesaan dan mengurangkan suhu, sangat bagus buat si kecil.
Pun begitu, pastikan anda berbincang dengan doktor sebelum memberikan ubat ini kepada si kecil. Jumlah dos yang perlu diberikan anak adalah berbeza berdasarkan berat dan usia anak.
Acetaminophen biasanya boleh diberikan kepada si kecil sejak lahir. Manakala selepas anak berumur 6 bulan, anda boleh memberikan mereka ibuprofen.
Rehat adalah satu bahagian penting dalam pemulihan demam. Jika anak tampak lebih letih daripada biasa, biarkan mereka berehat.
Pengambilan cecair adalah penting semasa demam. Jadi pastikan anak terus minum air dan cecair lain semasa demam untuk mengelakkan dehidrasi.
Penting untuk memantau anak sepanjang mereka demam. Pantau kekerapan anak minum dan buang air kecil. Awasi sebarang perubahan corak dalam pernafasan – terutamanya jika mereka tampak lebih sukar bernafas.
Jika keadaan anak demam on off berlanjutan selama lima hari, lakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak (pediatrik) bagi mendapatkan lebih kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen