Bagaimana untuk menentukan waktu tidur bayi 0-3 bulan, ya? Umumnya, setiap bayi adalah unik dan ini bermakna mereka juga mempunyai corak tidur berbeza berbanding yang lain. Ada bayi yang akan tidur untuk tempoh lama dan terdapat juga sebaliknya. Berapa jam baby newborn tidur? Lihat di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Fahami tempoh waktu tidur bayi 0-3 bulan
Berapa jam baby newborn tidur? Adakah normal bayi tidur lama?
Bayi baru lahir hingga berusia 3 bulan harus mendapatkan tidur antara tempoh 14-17 jam dalam masa 24 jam.
Biasanya si manja akan dapat menyesuaikan diri dengan rutin tidur siang untuk 2-3 kali, diikuti dengan tempoh tidur malam lebih lama selepas menyusu lewat malam.
Tempoh waktu tidur bayi mengikut umur antara baru lahir hingga berusia 2 tahun:
Jumlah jam tidur: 16 jam (tidur malam: 8-9 jam, siang: 8 jam)
Bayi 1 bulan
Jumlah jam tidur: 15.5 jam (tidur malam: 8-9 jam, siang: 7 jam)
Bayi 3 bulan
Jumlah jam tidur: 15 jam (tidur malam: 9-10 jam, siang: 4-5 jam)
Bayi 6 bulan
Jumlah jam tidur: 14 jam (tidur malam: 10 jam, siang: 4 jam)
Bayi 9 bulan
Jumlah jam tidur: 14 jam (tidur malam: 11 jam, siang: 3 jam)
Waktu tidur bayi 1-2 tahun
Jumlah jam tidur: 14 jam (tidur malam: 11 jam, siang: 3 jam)
Bayi 1 tahun setengah
Jumlah jam tidur: 13.5 jam (tidur malam: 11 jam, siang: 2.5 jam)
Bayi 2 tahun
Jumlah jam tidur: 13 jam (tidur malam: 11 jam, siang: 2 jam)
Adakah normal bayi tidur lama? Jawapannya adalah ya.
Jam tidur bayi 0-3 bulan: Bilakah bayi bersedia untuk tidur?
Anda boleh membantu bayi tidur dengan mengenal pasti tanda mereka bersedia untuk melelapkan mata.
Si manja mungkin menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk tidur dengan:
- Menggosok mata
- Menguap
- Termenung
- Meragam
Persekitaran semasa waktu tidur bayi 0-3 bulan
Antara perkara yang boleh dilakukan bagi menyokong waktu tidur bayi 0-3 bulan:
- Tutup sebarang gangguan seperti televisyen atau gajet lain
- Pastikan lampu malap dan persekitaran senyap
- Pakaikan pakaian selesa untuk tidur
- Pastikan bilik sejuk dan nyaman
- Susukan mereka dan tukarkan lampin baharu
- Sentiasa pastikan ruang tidur bayi selamat dan posisi tidur bayi telentang
Waktu tidur bayi 0-3 bulan: Bantu si manja lena
Sesetengah bayi suka dibedung. Ia sesuai dilakukan sehingga mereka mampu bergolek sendiri – dalam lingkungan usia 3 hingga 4 tahun.
Jika anda membuaikan bayi untuk tidur malam, si manja juga akan menjangkakan untuk dibuai apabila terjaga pada waktu malam.
Cara terbaik, adalah untuk meletakkan si manja ke dalam katil bayi semasa mereka dalam keadaan mengantuk. Cara ini dapat membantu bayi belajar untuk tidur sendiri.
Sesetengah bayi akan menggeliat, merengek dan menangis sedikit sebelum tertidur dengan sendirinya.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]
Sekiranya itu situasi yang dialami, anda boleh membiarkan si manja bersendirian selama beberapa minit – untuk menenangkan diri – melainkan jika ia berlaku kerana bayi lapar atau sakit.
Jika terdapat kemungkinan bayi akan bangun pada awal pagi untuk menyusu, beberapa perubahan kecil mungkin membantu.
Ibu mungkin boleh mengejutkan bayi untuk menyusu pada lewat malam, mengikut kesesuaian jadual tidur kalian.
Contohnya, jika bayi tidur selepas sesi penyusuan sekitar jam 7 malam dan akan bangun kembali pada pukul 2 pagi untuk menyusu.
Mungkin anda boleh mengejutkan si kecil sekitar jam 11 malam dan tidurkan bayi selepas itu. Mereka mungkin akan bangun menyusu pada pukul 5 atau 6 pagi keesokan hari.
Tetapi pastikan ia dilakukan secara konsisten untuk membiasakan bayi dengan rutin ini.
Hadkan interaksi malam semasa waktu tidur bayi 0-3 bulan
Bagaimana anda berinteraksi dengan bayi sekiranya mereka bangun pada waktu malam?
Ia bukanlah sesuatu keadaan luar biasa untuk bayi terjaga seketika, merengek dan menggeliat sebelum tertidur kembali.
Jika anda cenderung untuk segera mendapatkan bayi, cuba untuk bertenang seketika dan biarkan si manja menenangkan diri mereka.
Selalunya, bayi boleh tidur semula dengan sendirinya. Sebaliknya jika anda membangunkan mereka, ia boleh menyukarkan si manja untuk tidur kembali.
Jika bayi bangun dan perlu disusukan atau menukar lampin, pastikan interaksi yang dilakukan pada tahap minimum.
Elakkan bermain, menghidupkan lampu atau melakukan apa sahaja yang menandakan ‘sudah tiba masa untuk bangun dan aktif’.
Jam tidur bayi 0-3 bulan: Peraturan semasa tidur
Membiarkan si manja tidur secara meniarap semasa waktu tidur bayi 0-3 bulan meningkatkan risiko halangan tidur dan menghirup semula karbon dioksida sendiri. Mereka juga berisiko untuk lemas pada tilam yang lembut jika menghadap ke bawah.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan untuk sentiasa memastikan bayi tidur secara menelentang bagi mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Elakkan juga untuk meletakkan sebarang item di dalam buaian atau katil bayi yang boleh menghalang pernafasan mereka seperti selimut, stuffed animal dan bantal.
Bersedia terima kebenaran
Setiap ibu bapa akan berharap bayi akan tidur sepanjang malam.
Namun hakikatnya anda perlu bersabar kerana si manja perlu membiasakan diri dengan rutin jam tidur bayi 0-3 bulan yang baharu.
Tempoh melelapkan mata juga adalah berbeza secara dramatik bagi setiap anak kecil. Jadi elakkan untuk membuat perbandingan tabiat tidur si manja dengan bayi lain.