Kos
Pada mulanya, anda mungkin mendapati lampin kain adalah lebih mahal daripada lampin pakai buang. Namun, jika anda mempertimbangkan kos dalam jangka panjang, sebenarnya lampin kain adalah lebih murah, terutama jika anda memilih lampin boleh laras untuk si kecil anda.
Kemudahan
Bagi kriteria ini, tidak dapat dinafikan yang lampin pakai buang adalah yang paling memudahkan ibu bapa. Lampin bayi ini membuatkan segala-galanya menjadi lebih mudah. Ini kerana anda tidak perlu untuk mencuci lampin, berbanding dengan lampin kain yang memerlukan anda untuk mencuci dan membasmi kuman pada setiap cucian. Jika lampin pakai buang yang digunakan telah penuh, anda hanya perlu menanggalkannya dan terus membuangnya, kemudian memakaikan si manja anda lampin baru yang lain.
Keselesaan berpanjangan
Tiada yang boleh melawan lampin pakai buang apabila ia berkaitan dengan keselesaan untuk tempoh yang lama. Walaupun lampin kain juga membuatkan bayi anda rasa selesa, tetapi ia bukanlah untuk tempoh yang panjang. Sebaik sahaja lampin kain penuh atau telah digunakan, anak anda akan rasa sedikit tidak selesa dan terganggu.
Sebaliknya, lampin pakai buang adalah lebih baik kerana lapisan gel penyerapan pada lampin boleh mengendalikan jumlah air kencing yang lebih banyak, tanpa menjadi tepu, sekali gus membiarkan kulit bayi kekal kering lebih lama.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen