Luruskan lengan kanan si manja dan tarik kain belah kanan ke atas badannya dan letakkan pada bawah bahagian kiri.
#Langkah 5: Kemaskan bedung
Beberapa perkara penting perlu diingatkan, kain bedung baby mestilah boleh membuatkan bayi rasa selesa dan tidak terlalu ketat.
Anda boleh pastikan ia tidak ketat dengan memasukkan dua atau tiga jari di antara dada bayi dan kain.
Lipatan pada bahagian pinggul juga seharusnya sedikit longgar untuk membolehkan bayi mengerakkan kakinya dengan bebas.
Jika si kecil lebih suka membebaskan tangannya, tiada salah untuk membiarkan sama ada sebelah atau kedua-dua belah tangan mereka bebas daripada dibaluti kain bedung.
Adakah kaedahnya sama untuk swaddling bayi pramatang?
Ya, anda boleh menggunakan cara balutan kain bedung yang sama untuk bayi pramatang.
Tetapi, anda boleh pertimbangkan untuk meletakkan kedua-dua tangan mereka di atas dada berbanding meluruskannya di sisi.
Ia dikatakan lebih memberikan keselesaan buat sesetengah bayi yang lahir tidak cukup bulan ini.
Penggunaan bedung bayi moden, selamatkah?
Sememangnya penggunaan kain bedung baby sama ada bedung bayi moden atau kain selimut biasa tidak sepenuhnya bebas daripada bahaya.

Walau bagaimanapun menurut American Academy of Pediatrics (AAP), swaddling mendorong bayi untuk tidur lebih lena selagi ia dilakukan dengan cara betul dan bersesuaian dengan panduan tidur yang selamat.
Beberapa perkara perlu dititikberatkan seperti:
- Bedung dengan kemas dan selesa tetapi jangan terlalu longgar atau ketat
- Pastikan bayi sentiasa dibaringkan dalam keadaan menelentang
- Suhu bilik perlu dipastikan selesa. Membedung boleh menyebabkan bayi berasa terlalu panas, sekali gus meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mendadak (SIDS)
Bayi tidak suka dibedung
Sejujurnya tidak semua bayi suka dibedung kerana mereka berasa seperti disekat dan akan berusaha untuk membukanya.
Jadi, sekiranya penggunaan kain bedung baby hanya akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa, usah lakukannya.
Jika si manja lebih selesa dibedung dengan tangan yang bebas, biarkan begitu sahaja.
Sekurang-kurangnya, anda masih boleh membedung bayi, bukan?

Kain bedung baby: Masa menghentikan penggunaannya
Jadi pada usia berapa anda harus berhenti menggunakan bedung bayi moden?
Anda boleh menghentikannya apabila bayi menjadi lebih aktif dan sudah mula bergolek. Ia mungkin berlaku seawal usia bayi 2 bulan.
Namun, walaupun bayi sudah tidak dibedung, penggunaan kain selimut masih tidak digalakkan kerana risiko SIDS masih wujud.