Bayi tertidur ketika proses penyusuan berlangsung adalah satu keadaan biasa. Jadi apakah cara sendawakan bayi ketika tidur? Ini jawapannya…
Bayi tertidur ketika proses penyusuan berlangsung adalah satu keadaan biasa. Jadi apakah cara sendawakan bayi ketika tidur? Ini jawapannya…

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Tidak kira menyusu badan atau botol, situasi bayi tertidur ketika proses penyusuan adalah perkara normal.
Apabila berasakan perut semakin kenyang, si manja akan menjadi lebih santai dan hisapan susu semakin perlahan. Kesannya? Bayi tidur tidak sendawa.
Keadaan ini lebih cenderung untuk berlaku pada waktu malam ketika keinginan untuk bayi tertidur adalah tinggi.
Walaupun si kecil tampak nyenyak, namun bagi sesetengah bayi, mereka perlu disendawakan untuk mengeluarkan angin sebelum tidur.
Proses dan cara sendawakan bayi ketika tidur adalah sama dengan bayi yang masih berjaga. Cuma anda mungkin perlu memperlahankan pergerakan agar mereka tidak terjaga.
Jadi apakah cara sendawakan bayi ketika tidur?
Berikut terdapat beberapa posisi yang sesuai untuk membantu bayi tertidur sendawa, iaitu:
Bayi yang mengantuk akan cenderung untuk menghisap susu dengan banyak. Anda boleh bantu untuk menyendawakan si manja untuk mengelakkan kehadiran gas.
Cuba sendawakan anak ketika anda mengubah payudara untuk proses penyusuan.
Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan sebentar proses penyusuan sebelum susu habis untuk menyendawakan mereka.
Ia bukan sahaja membantu memberikan lebih banyak ruang untuk susu tetapi ia juga mengelakkan daripada berlakunya muntah susu.
Posisi ini sesuai untuk cara sendawakan bayi ketika tidur nyenyak. Ibu boleh juga menggunakan kaedah ini untuk bangunkan bayi, meneruskan proses penyusuan. Caranya:

Jika anda mahukan bayi terjaga, lakukan henjutan ringan sewaktu mereka bersandar pada bahu. Kaedah ini juga salah satu cara sendawakan bayi dengan cepat.
Meletakkan bayi pada dada boleh memberikan lebih keselesaan. Posisi ini juga membantu mengekalkan bayi tidur selepas menyusu.
Cara sendawakan bayi ketika tidur ini sesuai untuk bayi yang bersaiz kecil.
Jika anda sudah berada dalam keadaan duduk ketika menyusukan si manja, posisi meriba ini sesuai untuk memastikan bayi tertidur tidak terjaga ketika cubaan menyendawakan mereka.

Umumnya, untuk membuatkan bayi sendawa banyak kali hanya memerlukan masa antara 1 atau 2 minit. Ada kalanya bayi mungkin sendawa apabila anda mengalihkan kedudukan bayi.
Kaedah lain yang membantu menyendawakan bayi yang sering tertidur ketika menyusu adalah dengan menghentikan proses penyusuan. Lakukannya apabila mereka tampak mengantuk.
Cuba untuk sendawakan mereka sebelum meletakkan mereka di tempat tidur.
Anda mungkin rasa bayi tidur tidak sendawa itu bukan perkara penting, tetapi ia sebenarnya boleh membantu bayi untuk berasa selesa dan mengelakkan kembung perut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
12/08/2024
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin