backup og meta

Ini Cara Merawat & Mencegah Bayi Daripada Alami Kembung Perut, Ibu Cubalah!

Ini Cara Merawat & Mencegah Bayi Daripada Alami Kembung Perut, Ibu Cubalah!

Masalah perut bayi kembung dan sering kentut, ada kalanya boleh mendatangkan kerisauan di hati ibu. Jom fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Perut bayi kembung dan sering kentut

Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan gas antara 13 hingga 21 kali setiap hari.

Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.

Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan. 

Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu – sama ada terus daripada payudara ibu atau botol susu.

Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.

Bayi baru lahir juga mungkin mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.

punca bayi kembung perut

Makanan turut jadi punca bayi kembung perut 

Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan yang anda makan turut menjadi punca bayi mengalami kembung.

Contoh makanan seperti:

  • Makanan tinggi serat, terutamanya makanan yang mengandungi bran – lapisan luar bijirin yang keras
  • Buah seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum
  • Buah sitrus
  • Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis
  • Sayuran berkanji seperti kentang
  • Makanan berkanji seperti pasta
  • Produk tenusu
  • Coklat, minuman soda dan kafein

Tip membantu masalah bayi kembung

Ibu boleh mencuba petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering kentut:

1. Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut

Jika perut bayi menjadi berangin disebabkan penyusuan botol, cubalah pelbagai jenis puting susu dan kombinasi botol.

punca bayi kembung perut

Puting lembut, berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi dapat membantu mengelakkan aliran udara berlebihan semasa bayi menyusu

Pastikan juga aliran susu yang mengalir adalah perlahan untuk membolehkan bayi mempunyai cukup masa menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.

Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.

2. Posisi penyusuan

Semasa menyusu badan atau susu formula, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut. 

Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka. 

Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas yang membolehkan si manja bersendawa.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

3. Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu

Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.

Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.

Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.

Posisi sendawa bantu atasi punca bayi kembung perut 

Antara kaedah melegakan perut si manja berangin adalah dengan mencuba cara menyendawakan bayi.

Menyendawakan bayi akan dapat membantu membuang sebahagian udara yang ditelan bayi semasa menyusu.

Baca juga:

Cubalah salah satu posisi berikut:

  1. Di bahu

Ibu duduk dalam keadaan tegak dan pegang bayi ke dada. 

Sandarkan dagu si manja pada bahu dan pastikan anda memberikan sokongan pada bahagian punggung bayi dengan tangan. 

Tepuk perlahan bahagian belakang bayi menggunakan sebelah lagi tangan.

  1. Baring di paha

Untuk mencuba posisi ini bagi mengatasi punca bayi kembung perut adalah dengan membaringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha.

Angkatkan sedikit bahagian dada si kecil dan berikan sokongan menggunakan tangan anda. Pastikan anda memegang si manja dengan selamat.

Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk secara perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa. 

punca bayi kembung perut

  1. Duduk

Pegang bayi seperti mendudukkan mereka di atas pangkuan anda. Bongkokkan sedikit tubuh bayi ke hadapan.

Gunakan tangan untuk memberikan sokongan pada kepala dan dada.

Sebelah yang lain pula, lakukan tepukan atau gosokan perlahan di belakang badan si manja.

4. Pemilihan makanan bersesuaian

Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.

Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.

Seandainya bayi minum susu formula, cubalah untuk menukar jenama lain. Jika tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Guide to common infant conditions. https://www.healthhub.sg/live-healthy/1954/guide-to-common-infant-conditions. Accessed August 18, 2021. 
  2. Infant gas relief. https://flo.health/being-a-mom/your-baby/baby-care-and-feeding/infant-gas-relief. Accessed August 18, 2021. 
  3. Condition.https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=bz1073. Accessed August 18, 2021. 
  4. Common condition in newborn. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Common-Conditions-in-Newborns.aspx. Accessed August 18, 2021. 
  5. Baby is bloated. https://sleepbaby.org/baby-is-bloated/ Accessed August 18, 2021.  

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Elak Anak Perut Kembung? Mama, Ini Cara Berkesan Sendawakan Bayi Lepas Menyusu!

Bagaimana Sendawakan Bayi Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan