home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

No 3 & 5 KESALAHAN Sering Dibuat Time Dukung Baby!

No 3 & 5 KESALAHAN Sering Dibuat Time Dukung Baby!

Tahniah, anda sudah berjaya melepasi fasa kehamilan dan proses kelahiran bayi. Kini tibalah masa untuk menimba pengalaman menjaga bayi baru lahir.

Tetapi malangnya anda berasa bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Hello Doktor ada petua cara penjagaan bayi baru lahir, khususnya untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu dan ayah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara menjaga bayi baru lahir

Bagi anda yang kurang menghabiskan masa bersama anak kecil, pastinya akan berasa mereka sangat lemah dan sukar untuk diuruskan.

Hakikatnya, ia tidaklah sesukar mana.

Pun begitu, terdapat beberapa cara menjaga bayi baru lahir yang asas untuk diamalkan dan harus dielakkan, seperti:

#1. Basuh tangan @ guna gel pembersih tangan

Menjaga kebersihan untuk persekitaran si kecil yang baru dilahirkan mustahak.

Ini kerana sistem imun mereka masih dalam proses perkembangan dan ini sekali gus menjadikan si manja berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Sebelum memegang bayi, pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya menggunakan gel pembersih tangan.

Amalan ini juga perlu diterapkan kepada tetamu yang hadir terutamanya jika mereka seorang perokok.

menjaga bayi baru lahir

Pastikan juga mereka tidak peluk bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 minit selepas merokok.

Ini kerana toksin daripada rokok masih berada pada nafas, kulit dan pakaian mereka.

Jika si manja adalah bayi pramatang, penjagaan kebersihan perlu lebih diberikan perhatian.

Jauhkan bayi daripada individu yang mengalami cirit-birit dan muntah, batuk, selesema atau flu.

Baca juga:

Cara menjaga bayi baru lahir #2. Sokongan kepala dan leher

Kenapa pentingnya untuk memberikan sokongan kepada kepala bayi?

Ini kerana jika tiada sokongan kepala ia boleh mengakibatkan kecederaan.

Bayi baru lahir mempunyai otot kepala dan leher yang lemah dan hanya ada sedikit kekuatan untuk gerakkan bahagian itu.

Jadi sekiranya kepala si manja tidak disokong, terutamanya ketika mendukung atau mengangkat bayi, ia berkemungkinan akan terlentok ke belakang atau ke depan sekali gus menjadikan keadaan tersebut tidak selamat untuk mereka.

Sokongan pada bahagian kepala ini biasanya berlanjutan untuk tempoh sekitar 3 hingga 4 bulan.

Selain itu, sebarang pergerakan kepala bayi yang mendadak turut akan mengaktifkan refleks Moro – tindak balas mengejut.

Ia merujuk kepada tindak balas motor yang tidak disengajakan yang dikembangkan bayi sejurus dilahirkan dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan tertekan.

menjaga bayi baru lahir

#3. Menggoncang bayi ketika bermain atau marah

Jika anda perlu bangunkan bayi, elakkan daripada menggoncang si manja. Sebaiknya, geletek tapak kaki mereka atau cara paling mudah, berikan ciuman penuh kasih sayang.

Gegaran berisiko menyebabkan pendarahan pada otak dan juga kematian. Ini kerana bayi mempunyai kepala yang agak besar, berat bersama otot leher yang lemah.

Jika goncangan dilakukan, otak akan berbolak-balik di dalam tengkorak dan mengakibatkan pendarahan serta kerosakan.

Bayi juga mungkin berhenti bernafas yang boleh menyebabkan kerosakan otak bertambah teruk.

Gegaran dan goncangan yang dilakukan kepada bayi juga meletakkan mereka dalam risiko untuk mengalami tulang patah.

#4. Keselamatan bayi di dalam kereta sorong, carrier dan car seat

Penggunaan carrier atau kerusi bayi amat digalakkan, bahkan ia boleh menjamin keselamatan si manja ketika di dalam kenderaan.

Walau bagaimanapun, sebaiknya hadkan pemanduan pada jalan yang tidak rata sehingga boleh menyebabkan bayi melambung-lambung.

Selain itu, elakkan juga daripada melompat, melantun, berlari atau menggoncang bayi di dalam carrier bagi mencegah berlaku sebarang kecederaan otak, leher atau belakang badan mereka.

Pastikan juga tali pinggang keselamatan dipasang dengan sebaiknya dan bayi berada dalam keadaan kemas dan selesa di tempat duduk khas.

menjaga bayi baru lahir

Cara menjaga bayi baru lahir #5. Bayi belum bersedia untuk permainan atau pergerakan kasar

Bayi memang suka bermain.

Tidak kira permainan apa yang dimainkan bersama seperti peek-a-boo atau mungkin sekadar bernyanyi, paling penting ia perlu membuatkan si manja berasa selamat.

Pasti anda pernah melihat parents melambungkan bayi mereka ke udara dan si kecil mengekek-ngekek ketawa, betul tak?

Walaupun mereka suka dilambung tetapi hakikatnya perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya dan kecederaan yang tidak disengajakan.

Jadi sekiranya anda terfikir untuk melakukan perkara yang sama, sebaiknya elakkan.

Selain melambung bayi, berikut beberapa lagi cara bermain yang harus dihindari, seperti:

  • Mengayun bayi dengan tangan mereka
  • Melambung bayi dengan kuat pada lutut anda
  • Berpusing dengan bayi ketika mereka dalam pegangan anda

Lakukan yang terbaik dalam menjaga bayi baru lahir

Apabila membaca perkongsian ini, pastinya anda berasa sukar untuk menjaga si manja, betul tak?

Tetapi sebenarnya, anda cuma perlu memikirkan segalanya secara logik, adakah perbuatan yang ingin dilakukan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada bayi atau tidak.

Jika terdapat sebarang keraguan, bertanyakan kepada yang lebih berpengalaman atau mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 2 minggu lalu
x