Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ibu Ayah, Jom Fahami Perkembangan Asas Bayi 0-12 Bulan Ini
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/03/2024
Bercakap mengenai bayi baru lahir, sudah tentu aspek tumbesaran dan perkembangan menjadi fokus utama, bukan? Ayuh mommy daddy, kita fahami terlebih dahulu perkembangan bayi mengikut bulan, barulah tak susah hati jika anak masih belum berjalan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Bayi baru lahir
Dari bayi kecil tidak berdaya hingga menjadi seorang anak kecil yang aktif, ia hanyalah memerlukan tempoh masa 12 bulan untuk melalui fasa transformasi luar biasa ini.
12 bulan terasa lama, bukan?
Tetapi percayalah, tempoh 365 hari itu sangat singkat. Apatah lagi saat melibat bayi baru lahir anda membesar dan mengalami perubahan dan perkembangan menarik setiap hari.
Dalam masa sama sebagai ibu bapa baharu, pastinya anda dan pasangan tertanya-tanya apakah yang boleh dijangkakan dalam perihal perkembangan bayi mengikut bulan dan bagaimana untuk menentukan sama ada mereka berada tepat dilandasan atau sebaliknya.
Ini kerana setiap anak akan membesar mengikut tempoh masa dan acuan mereka yang tersendiri. Bahkan, ia takkan sama seperti adik-beradik mereka yang lain.
Umumnya, titik perkembangan (milestones) adalah pusat pemeriksaan melibatkan tingkah laku atau fizikal dalam perkembangan anak semasa membesar.
Manakala keupayaan (ability) adalah kemahiran tambahan yang harus dikembangkan oleh anak.
Jom kita tengok perkembangan bayi mengikut bulan bagi tahun pertama kehidupan mereka.
Perkembangan bayi mengikut bulan: 0 hingga 3 bulan
Pada peringkat perkembangan bayi 0-3 bulan ini, tubuh dan otak bayi baru lahir akan belajar untuk hidup di dunia luar.
Si manja mungkin akan mula untuk:
Perkembangan fizikal
Tahap perkembangan bayi baru lahir mengikut bulan.
Menjangkau dan mengambil objek, memanipulasi barang permainan dan item lain dengan tangan
Duduk dengan sokongan bersama kawalan kepala yang hebat
Tip merangsang kecerdasan otak anak anda.
Perkembangan bayi mengikut bulan: 7 hingga 12 bulan
Pada tempoh kedua bagi tahun pertama ini, si kecil akan menjadi anak yang semakin aktif.
7 hingga 9 bulan
Selepas mempelajari bahawa mereka boleh menuju ke sesuatu tempat dengan bergolek, kemudian anak akan mula belajar pula cara bergerak ke depan dan belakang.
Dalam fasa ini, si manja boleh:
Mula merangkak. Ini termasuklah scooting – melakukan pergerakan menyeret punggung atau army crawling dan merangkak biasa dengan pergerakan tangan serta kaki. Ada juga bayi yang mungkin tidak melalui fasa merangkak, sebalik terus memulakan langkah pertama daripada scooting
Duduk tanpa sokongan
Bertindak balas terhadap perkataan biasa yang didengari seperti namanya. Si manja juga akan memberi respons berhenti apabila mendengar perkataan “Tidak” dan memandang kepada anda. Mereka akan mula menyebut ‘Mama’ dan ‘Dada’
Gemar dengan aktiviti bertepuk tangan atau permainan seperti peek-a-boo
Mula belajar untuk berdiri
Perkembangan bayi mengikut bulan: 10 hingga 12 bulan
Tahap perkembangan bayi mengikut bulan bagi tahun pertama bayi ini dianggap sebagai fasa peralihan.
Pada tempoh ini, mereka akan belajar untuk:
Mula menyuap diri sendiri. Si manja pada fasa perkembangan ini akan mula menguasai pergerakan pincer grasp – di mana mereka boleh memegang benda kecil seperti biskut di antara ibu jari dan jari telunjuk
Berjalan sekeliling rumah menggunakan kaki dengan memegang perabot
Melafazkan 1 atau 2 perkataan. ‘Mama’ dan ‘Dada’ menjadi panggilan khusus untuk ibu bapa. Ada anak akan mula mengucapkan 3 patah perkataan menjelang ulang tahun pertama
Menunjukkan objek yang diingini untuk mendapatkan perhatian anda
Mula meniru perbuatan anda atau menggunakan sesuatu objek dengan betul seperti berpura-pura bercakap di telefon
Mula melakukan langkah pertama. Biasanya sekitar usia setahun, tetapi situasi boleh berbeza bergantung kepada anak itu sendiri
Perkembangan anak yang berusia 1 tahun.
Kesimpulan
Apa yang perlu dilakukan jika berasakan anak tidak mencapai tahap pertumbuhan atau perkembangan sepatutnya? Pertama sekali, percayakan naluri anda. Sekiranya benar-benar rasa ada sesuatu yang tidak kena, berbincanglah dengan doktor. Pengesanan awal adalah yang terbaik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.