backup og meta

Perut Kembung Sebab Makan Banyak? Ini 10 Makanan Yang Boleh Bantu Detoks Badan!

Sempena tahun baru, pasti ramai antara kita yang memasang azam untuk mengamalkan pemakanan sihat dan cuba untuk detoks badan

Perut Kembung Sebab Makan Banyak? Ini 10 Makanan Yang Boleh Bantu Detoks Badan!

Manakan tidak, mungkin ramai di antara kita yang berasa kembung atau kurang selesa akibat pengambilan makanan yang berlebihan. 

Kek, daging berlemak, makanan bergoreng dan minuman manis adalah sebahagian daripada juadah lazim yang ‘ditelan’ semasa sambutan tahun baru. 

Untuk kembali sihat, anda mungkin tertanya-tanya, apakah cara terbaik untuk detoks badan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu detoks badan?

Minum air yang sesuai untuk detoks badan.
Minum air yang sesuai untuk detoks badan.

Detoks merujuk kepada proses detoksifikasi atau membersihkan toksin dari badan.

Walaupun badan kita secara semula jadi mempunyai sistem detoksifikasi melalui hati, ginjal dan kulit, sesetengah makanan boleh membantu meningkatkan keberkesanan proses ini. 

Makanan-makanan ini dapat menyokong organ detoksifikasi badan, meningkatkan penghadaman dan memulihkan keseimbangan nutrien selepas pengambilan makanan yang berlebihan.

Namun, penting untuk diingat bahawa ‘detoks’ bukanlah satu penyelesaian ajaib.

Ia bukan sekadar tentang pembuangan toksin tetapi juga memulakan tabiat makan yang lebih sihat.

Makanan untuk membantu detoks badan

Berikut adalah senarai makanan yang boleh membantu pembuangan toksin dari badan:

1. Lemon

Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang dapat membantu hati memecahkan toksin. 

Untuk detoks, anda boleh cuba minum segelas air suam dengan perahan lemon pada waktu pagi untuk merangsang sistem pencernaan.

2. Sayur-sayuran hijau

Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli dan sawi adalah sumber klorofil yang tinggi

Klorofil dapat membantu membersihkan hati, meningkatkan pengeluaran hempedu dan meneutralkan toksin dalam badan. 

Cuba tambahkan sayur-sayuran ini dalam diet anda sebagai salad. Anda juga boleh cuba buat smoothies sayur-sayuran!

3. Teh hijau untuk detoks 

Teh hijau kaya dengan antioksidan terutamanya katekin yang dapat membantu menyokong fungsi hati. 

Selain itu, ia juga membantu badan kekal hidrat yang penting untuk proses detoksifikasi.

4. Bawang putih

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang membantu hati mengaktifkan enzim detoksifikasi. 

Ia juga mempunyai sifat antiradang dan antibakteria. 

Tambahkan bawang putih segar dalam masakan harian anda untuk manfaat kesihatan.

5. Halia, sebagai detoks

Halia terkenal dengan sifat anti-radang dan kemampuannya untuk merangsang sistem pencernaan. 

Ia membantu melegakan perut yang kembung dan meningkatkan pengeluaran enzim pencernaan. 

Anda boleh membuat teh halia atau menambah hirisan halia dalam hidangan harian anda.

Apa lagi makanan yang bagus untuk diambil?

6. Buah beri

Buah beri seperti blueberry, raspberry dan cranberry kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat toksin. 

Selain itu, buah beri juga kaya dengan serat yang membantu melancarkan pembuangan toksin dari badan. 

7. Avokado

Avokado mengandungi glutathione, sejenis antioksidan yang membantu hati menyahtoksin bahan kimia berbahaya. 

Lemak sihat dalam avokado juga menyokong penyerapan vitamin larut lemak yang penting untuk tubuh.

8. Air kelapa

Air kelapa adalah minuman detoks semula jadi. Selain memastikan badan kekal hidrat, ia juga membekalkan elektrolit yang penting untuk proses detoksifikasi. 

Air kelapa juga rendah kalori, menjadikannya pilihan minuman yang sihat.

9. Bijian penuh

Bijian penuh seperti quinoa, oat dan beras perang kaya dengan serat yang membantu membersihkan usus besar. 

Serat ini mampu memudahkan pembuangan toksin dari badan. 

10. Timun

Timun mempunyai kandungan air yang tinggi dan dapat membantu memastikan badan kekal hidrat dan menyokong fungsi ginjal. 

Malah, timun juga rendah kalori. Jadi, ia sesuai dijadikan snek untuk mereka yang ingin menguruskan badan. 

Tabiat lain yang membantu detoks badan

Minum air secukupnya untuk detoks badan.
Minum air secukupnya untuk detoks badan.

Selain pengambilan makanan tertentu, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh menyokong proses detoks badan anda:

  • Minum air yang cukup: Kekal hidrat adalah penting untuk membantu ginjal membuang toksin
  • Senaman: Aktiviti fizikal membantu meningkatkan peredaran darah dan peluh yang merupakan salah satu cara badan membuang toksin
  • Tidur cukup: Tidur yang berkualiti memberi masa kepada badan untuk memperbaiki sel dan menyingkirkan bahan berbahaya
  • Elakkan makanan proses: Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan lemak tepu untuk mengurangkan beban pada organ detoks
  1. Makanan seperti lemon, sayur hijau, teh hijau dan buah beri membantu badan pulih dan membina semula tenaga selepas perayaan.
  2. Detoks badan sebenar adalah proses berterusan yang memerlukan pemakanan seimbang, senaman dan tidur yang cukup.
  3. Jadikan makanan yang menyokong detoks ini sebahagian daripada diet harian anda dan bukan hanya selepas tahun baru atau musim perayaan.
  4. Amalkan gaya hidup sihat untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang masa.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Benefits of Detoxifying Your Body. https://www.globalhealingcenter.org/detox/benefits-of-detoxing.html. Accessed on 12 January 2025.
  2. Detoxification and Cleansing. https://www.womenshealth.gov/healthy-living/detoxification-and-cleansing. Accessed on 12 January 2025.
  3. Healthy Eating for Natural Detoxification. https://www.eatright.org/food/nutrition/healthy-eating/healthy-eating-for-natural-detoxification. Accessed on 12 January 2025.
  4. Supporting Your Body’s Detox System. https://www.acefitness.org/education-and-resources/lifestyle/blog/7835/supporting-your-body-s-natural-detoxification-system. Accessed on 12 January 2025.
  5. The Role of Nutrition in Detoxification. https://www.nutrition.org.uk/nutritionscience/life/detoxification-and-nutrition.html. Accessed on 12 January 2025.

Versi Terbaru

21/08/2025

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Detoks Kaki Boleh Hilangkan Punca Toksin Dalam Badan, Benarkah?

Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Fatin Zahra · Dikemas kini 21/08/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan