Kenapa bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba, sedangkan semalam tiada masalah dan proses penyusuan berjalan dengan baik sahaja?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kenapa bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba, sedangkan semalam tiada masalah dan proses penyusuan berjalan dengan baik sahaja?
Sudah tentu keadaan sebegini boleh mendatangkan kebimbangan di hati anda sebagai seorang ibu. Apatah lagi apabila anda turut menyedari si kecil kurang menyusu berbanding biasa.
Adakah keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan?
Bertenang ibu! Umumnya, situasi bayi tidak mahu menyusu ini dikenali sebagai nursing strike atau mogok menyusu.
Ayuh, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Lebih banyak info tentang Keibubapaan, dapatkannya di sini.
Apa yang dimaksudkan nursing strike atau mogok menyusu ini sebenarnya?
Keadaan ini merujuk kepada tempoh masa bayi yang menyusu badan, secara mendadak menolak untuk menyusu.
Tingkah laku ini biasanya bermula apabila si kecil melangkah ke usia 3 bulan dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.
Biasanya bayi yang mogok ini akan menolak apabila diberikan payudara tetapi tampak tidak tenang, meragam serta merengek kerana tidak diberikan susu.
Ada kalanya mogok menyusu ini disalah ertikan sebagai tanda si manja sudah bersedia untuk bercerai susu.
Ibu harus faham bahawa bayi jarang untuk weaning off sebelum berusia 2 tahun.
Bahkan sekiranya si manja sedang melalui fasa bercerai susu ini, ia seharusnya berlaku secara perlahan-lahan dengan pengurangan kekerapan sesi penyusuan dan bukannya secara mendadak.
Baca juga:
Masalah bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor.
Sering kali tindak balas ini adalah sementara yang melibatkan faktor luaran. Pun begitu, dalam sesetengah kes, puncanya tidak dapat dikenal pasti.
Berikut antara beberapa pencetus mogok menyusu yang paling biasa terjadi:
Satu lagi perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai faktor menyebabkan bayi mogok menyusu adalah aliran susu terlalu kuat.
Keadaan itu di mana susu masuk dengan banyak ke dalam mulut si manja sehingga menyukarkan mereka mengawalnya, sekali gus terus menolak payudara.
Tidak kira apa pun puncanya, berdepan situasi bayi mogok menyusu pastinya perkara yang tidak menyeronokkan.
Lebih-lebih lagi apabila bayi sukar menenangkan diri dan tidak gembira. Anda sebagai ibu juga mungkin berasa kecewa.
Seperkara perlu ibu ingat adalah si manja bukan menolak diri anda.
Percayalah proses penyusuan akan kembali kepada normal, cuma mungkin memerlukan sedikit masa.
Berikut 5 tip yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan ini:
Berikan lebih banyak hubungan kulit ke kulit dengan membaringkan si manja lebih kerap ke dada anda.
Sentuhan ini dipercayai sebagai penghilang tekanan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah pada ibu.
Ibu boleh cuba memerahkan beberapa titis susu pada puting sebagai cara untuk ‘memancing’ bayi untuk menyusu.
Apabila bayi menghisap puting dan merasai susu, ia mungkin secara tidak langsung akan mencetuskan keinginan bayi untuk menyusu.
Baca juga:
Untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan ini, apa kata ibu cuba menukar posisi penyusuan yang berbeza.
Jika sebelum ini ibu biasa menyusukan si manja dengan duduk di kerusi, cubalah untuk menyusu sambil berbaring.
Lakukan penyusuan di dalam bilik yang tenang dan selesa.
Elakkan sebarang gangguan bunyi bising seperti bunyi daripada televisyen yang boleh menyebabkan fokus bayi pada penyusuan terganggu.
Masa terbaik untuk mengatasi mogok menyusu ini adalah dengan membawa bayi menyusu apabila mereka dalam keadaan hampir tidur, sudah tidur atau baru terjaga.
Cara terbaik untuk mengelakkan keadaan bayi tidak mahu menyusu badan adalah dengan melakukannya secara perlahan-lahan dan hindari daripada memaksa.
Biasanya bayi akan menyusu apabila disuakan puting walaupun ketika tidur lena.
Paling penting apabila berdepan situasi bayi mogok menyusu, ibu perlu bertenang dan bersabar.
Percayalah dengan kesabaran itu, keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen