home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tangani Anak Kerap Terjaga Malam

Tangani Anak Kerap Terjaga Malam

Anak anda kerap terjaga malam dan mereka mencari anda di bilik? Anda mungkin akan bertanyakan mengapa mereka tidak lena tidur sepanjang malam. Dalam topik ini, kita akan dapat mengetahui mengapa anak kerap terjaga malam dan bagaimana menangani situasi ini.

Mengapa anak anda kerap terjaga malam?

Menurut pakar, terjaga malam adalah sebahagian daripada kitaran tidur yang biasanya dialami kanak-kanak dan juga orang dewasa. Akan tetapi, penidur yang baik tahu bagaimana untuk kembali tidur tanpa bantuan. Malangnya, kanak-kanak sulit untuk menanganinya. Jika anak anda memanjat ke katil anda di tengah malam, itu tandanya mereka memerlukan bantuan anda untuk kembali lelap. Selain itu, ketakutan kanak-kanak seperti takut dengan raksasa, hantu, atau benda lain boleh membuatkan anak anda sukar untuk tidur kembali. Pada usia 3 hingga 6 tahun, kenak-kanak cenderung untuk berlari keluar dari bilik mereka apabila mendapat mimpi buruk.

Bagaimana untuk membantu kanak-kanak menangani perkara ini?

Berikut ada beberapa tip untuk anda cuba bagi membantu anak anda menanganinya.

Bantuan tidur. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah dengan tidur. Mereka rasa tidak selesa atau tidak relaks apabila terjaga malam dan tiada bantuan tidur di tangan. Bantuan tidur boleh jadi seperti patung haiwan, puting bayi, atau barangan istimewa bagi kanak-kanak. Oleh itu, bagi menangani perkara ini, anda boleh memperkenalkan bantuan tidur secara beransur-ansur kepada anak anda. Anda boleh ajar mereka tidur sambil dipeluk dengan anak patung kegemaran mereka ataupun memainkan muzik lembut bagi merangsang tidur mereka. Juga, ingatlah untuk pergi meninggalkan mereka dari bilik sebelum mereka tertidur. Ini mungkin sukar buat permulaan, tetapi bersabarlah dan jadikannya sebagai rutin tidur.

Konsisten dengan rancangan anda. Jika anda merancang untuk membantu anak anda kembali tidur, kekal konsisten dengan perancangan ini. Contohnya, rancangan anda adalah menetapkan sempadan, jadi cuba kekalkannya. Kekal kuat dan pastikan mereka kembali di katil mereka, berikan ciuman, dan kemudian tinggalkan mereka di bilik.

Bantu anak anda menghadapi ketakutan mereka. Normal apabila kanak-kanak takutkan gelap. Anda boleh bantu anak anda menghadapi ketakutan mereka dengan cara memasang lampu malam di bilik tidur mereka, jadi mereka masih boleh melihat di dalam bilik. Selain itu, cuba bacakan buku kepada anak anda sebelum tidur supaya kanak-kanak boleh melupakan ketakutan mereka.

Biarkan anak anda membuat pilihan katil sendiri. Anda boleh membantu anak anda berminat untuk tidur dengan cara membiarkan mereka untuk memilih katil mereka sendiri. Antaranya seperti memilih cadar, bantal, ataupun bentuk katil yang mereka inginkan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa untuk mendekorasi katil bersama anak-anak anda. Kemudian, barulah anak anda akan rasa selesa dengan bilik dan katil mereka.

Tawarkan ganjaran. Kadangkala, anda boleh berikan ganjaran pada anak anda atas usaha mereka. Ia boleh jadi mainan patung yang baru. Ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk tidur sendiri di dalam bilik mereka.

Kompromi. Anda boleh berkongsi bilik tidur dengan anak anda pada masa-masa tertentu. Letakkan mereka di atas tilam lembut di bilik anda juga boleh membantu.

Anda mungkin berminat membaca artikel ini:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Dealing with late-night visits from your child. https://www.babycenter.com/0_dealing-with-late-night-visits-from-your-child_64933.bc. Accessed July 10, 2017

How to deal with late-night visits from your child. https://www.bundlesofjoy-shopping.co.uk/blog/item/how-to-deal-with-late-night-visits-from-your-child. Accessed July 10, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 14/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x