backup og meta

Ini Tanda-tanda Anda Perlu Tukar Pengasuh Dengan Segera!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/10/2023

    Ini Tanda-tanda Anda Perlu Tukar Pengasuh Dengan Segera!

    Menyerahkan anak kepada jagaan orang yang baru anda kenali bukanlah suatu yang menggembirakan. Apatah lagi, saban hari media memaparkan lambakan berita tentang kekejaman pengasuh budak yang mendera bayi dan kanak-kanak.

    Sudah tentu setiap ibu bapa akan berasa risau akan keselamatan anak mereka.

    Justeru itu, teruskan membaca artikel ini sehingga habis kerana kami akan kongsikan mengenai langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil ketika menghantar anak anda kepada pengasuh.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

    Tanda-tanda anda perlu tukar pengasuh

    Bagi memastikan anak anda berada di bawah jagaan pengasuh yang betul, anda mungkin perlu melakukan ‘pengintipan’. Anak anda mungkin berada pada pengasuh budak yang salah jika mempunyai ciri-ciri yang berikut:

    #1. Kanak-kanak mengalami tantrum

    Dia takut setiap kali anda ingin menghantarnya ke rumah pengasuh. Kanak-kanak akan menangis atau menunjukkan tantrum setiap kali anda ingin menghantar mereka ke sana.

    pengasuh budak

    #2. Pengasuh budak kurang berkomunikasi

    Pengasuh kelihatan berahsia tentang rutin harian anak anda. Sepatutnya, rutin anak di rumah pengasuh bukanlah perkara rahsia untuk ibu.

    Selepas pulang berkerja, sudah tentu anda ingin tahu apa yang dilalui oleh anak anda di rumah pengasuh.

    Jika pengasuh anak anda tidak memberitahu anda tentang perkara tersebut, sama ada dia kurang dalam berkomunikasi ataupun ada sesuatu yang dirahsiakannya.

    #3. Anak anda banyak mengalami kecederaan

    budak cedera

    Tugas seorang pengasuh adalah untuk menjaga anak anda, bermakna pengasuh perlu memerhatikan dan memantau keselamatan anak anda sepanjang kanak-kanak berada dalam jagaannya.

    Jika anak anda banyak kali mengalami kemalangan atau kecederaan di rumah pengasuh, ini adalah sesuatu yang perlu anda awasi.

    #4. Pengasuh budak enggan mengikut arahan

    Pengasuh bayi harian tidak mengikut permintaan anda. Sudah tentu anda ada cara sendiri untuk mendidik anak anda seperti dari segi pemakanan, tidur dan keselamatan anak.

    Jika pengasuh bertindak seperti dia yang lebih tahu untuk membesarkan anak anda, jadi ini mungkin alasan untuk anda tukar pengasuh anak.

    #5. Anak anda tidak terurus

    budak main kotor

    Anak anda kelihatan tidak terurus dan kotor. Kanak-kanak memang gemar main kotor.

    Namun, jika setiap kali anda mengambil anak dalam keadaan kotor dengan lampin tidak ditukar, ini mungkin tanda-tanda anda perlu mencari pengasuh lain untuk anak anda. 

    #6. Pengasuh tidak mengikut rutin makan dan tidur anak

    Anak anda kerap lapar dan letih setiap kali anda mengambilnya balik. Ini mungkin petanda pengasuh tidak mengikut rutin makan dan tidur siang anak anda.

    #7. Naluri anda berasa aneh

    Naluri anda mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada pengasuh.

    Jika anda mempunyai perasaan yang buruk tentang pengasuh, lebih baik anda ikut naluri anda.

    Lebih baik jika anda menukar pengasuh anak dan mencari orang yang lebih sesuai untuk menjaga anak anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan