backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Pil Perancang Keluarga Bukan Untuk Elak Hamil Saja, Tapi Ini 7 Kebaikannya Yang Lain!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/05/2022

    Pil Perancang Keluarga Bukan Untuk Elak Hamil Saja, Tapi Ini 7 Kebaikannya Yang Lain!

    Kesan pil perancang keluarga mempunyai keberkesanan sehingga 99.9% sekiranya diambil dengan betul bagi tujuan kawalan kelahiran.

    Pil ini juga dianggap sebagai salah 1 kaedah paling popular dalam kalangan mereka yang ingin merancang keluarga.

    Namun, adakah anda tahu, kesan pil perancang keluarga ini bukan hanya bertindak untuk mengelakkan kehamilan semata-mata?

    Jika anda ingin tahu apakah manfaat lain pil perancang kehamilan, sila lihat apa yang telah kami sediakan di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    7 manfaat & kesan pil perancang keluarga

    Mungkin ada yang tidak tahu manfaat lain pil perancang kehamilan terhadap tubuh anda. Berikut adalah antara 7 manfaat pil ini kepada wanita.

    #1. Mengawal kitaran haid

    kesan pil perancang

    Salah 1 kaedah kawalan kelahiran yang melibatkan hormon adalah melalui penggunaan pil perancang keluarga.

    Pil ini berkemungkinan boleh menyeimbangkan turun naik hormon sewaktu seseorang wanita itu sedang mengalami haid.

    Ia membantu dalam pelbagai isu berkaitan kitaran period seperti haid yang tidak teratur mahupun pendarahan yang terlalu banyak.

    Selain itu, pil perancang kehamilan juga boleh membantu mengawal simptom sindrom ovari polikistik (PCOS) seperti tumbuhnya jerawat atau rambut yang berlebihan. 

    #2. Kesan pil perancang – Mengurangkan kesakitan akibat haid

    Sekitar 31% wanita didapati terus menggunakan pil perancang keluarga disebabkan kesannya dalam mengurangkan kesakitan semasa haid

    Artikel berkaitan:

    Pil ini juga boleh bertindak menghalang ovulasi daripada berlaku. Apabila seseorang wanita itu tidak berovulasi, maka rahim tidak akan mengalami kontraksi yang biasanya menyebabkan kekejangan yang sangat menyakitkan. 

    Sekiranya anda mempunyai haid yang menyakitkan, pil perancang keluarga juga boleh bertindak sebagai penahan sakit sewaktu anda period.

    #3. Menghilangkan jerawat yang disebabkan oleh hormon

    kesan pil perancang

    Antara penyebab kepada munculnya jerawat bagi seseorang individu ialah keadaan hormon yang tidak stabil. Oleh itu, jerawat akan muncul dengan banyak sewaktu zaman remaja.

    Bagi mengelakkan jerawat tumbuh dengan banyak, pil perancang kehamilan boleh digunakan untuk mengawal kestabilan hormon.

    Pil perancang yang mengandungi kedua-dua estrogen dan progesterone adalah jenis pil yang paling berkesan untuk menghalang pertumbuhan jerawat secara terkawal.

    #4. Mengurangkan risiko untuk mendapat kanser rahim

    Antara salah 1 manfaat pil perancang kehamilan dalam jangka masa panjang ialah ia dapat mengurangkan risiko kanser rahim daripada berlaku.

    Wanita yang mengambil pil perancang ini mempunyai risiko hanya 50% bagi mendapat kanser rahim.

    Yang menariknya, kesan pil ini masih boleh bertahan sehingga 20 tahun selepas anda berhenti mengambilnya.

    Selain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko kanser ovari bagi wanita.

    #5. Mengurangkan risiko untuk mendapat ketulan atau cyst pada ovari

    Cyst ovari adalah sejenis kantung atau ketulan yang dipenuhi dengan cecair yang berlaku pada ovari sewaktu berlakunya ovulasi.

    Ia tidaklah membahayakan kesihatan namun ia boleh memberikan rasa sakit atau tidak selesa pada seseorang wanita.

    Wanita yang mempunyai sindrom ovari polikistik (PCOS) biasanya mempunyai banyak cyst bersaiz kecil pada ovari mereka.

    Apabila ovulasi dapat dihalang melalui penggunaan pil perancang kehamilan, maka ia juga secara tidak langsung dapat mengelakkan cyst ini daripada berlaku.

    Ia juga dapat menghalang cyst yang lama daripada tumbuh kembali.

    #6. Membantu mengawal endometriosis daripada berlaku

    Endometriosis adalah 1 keadaan di mana dinding tisu pada rahim yang disebut sebagai endometrium tumbuh di kawasan lain yang tidak sepatutnya.

    Artikel berkaitan:

    Tisu ini kemudiannya akan menyebabkan pendarahan ketika anda mengalami haid.

    Sekiranya pendarahan berlaku pada kawasan di mana darah mudah keluar daripada tubuh anda, ia akan menyebabkan keradangan dan juga kesakitan. 

    Pil perancang keluarga ini membantu anda mengawal endometriosis daripada berlaku kerana ia akan mengelakkan kedatangan haid. 

    #7. Kesan pil perancang – Mengawal migrain akibat haid

    kesan pil perancang

    Migrain adalah 1 keadaan sakit kepala yang teruk dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding kaum lelaki.

    Sebahagian besar puncanya adalah disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak stabil.

    Pakar perubatan berpendapat, migrain akibat haid mempunyai kaitan dengan penurunan hormon estrogen dan juga progesterone sebelum bermulanya kitaran haid.

    Penggunaan pil perancang dapat membantu seseorang wanita mengawal kadar hormon mereka daripada menurun yang boleh menyebabkan migrain.

    Bukan semua orang boleh mengambil pil perancang keluarga

    Walaupun manfaat dan kesan pil perancang keluarga ini kelihatan sangat berkesan, namun tidak semua orang sesuai mengambil pil ini.

    Sekiranya anda adalah seorang perokok atau berumur 35 tahun ke atas, kesan pil perancang ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan juga risiko darah beku.

    Pil perancang kombinasi 2 hormon juga boleh memberikan kesan yang sama walaupun anda bukanlah seorang perokok.

    Selain itu, pil ini juga boleh menyebabkan beberapa kesan atau simptom secara fizikal mahupun emosi.

    Sekiranya anda ada mengalami beberapa kesan sampingan hasil daripada pengambilan pil perancang, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat kepastian. 

    Doktor akan membantu anda menentukan kaedah mana yang paling berkesan untuk anda selain memaklumkan tahap risiko yang mungkin berlaku jika anda mengambilnya. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan