backup og meta

Mama, Ini 4 Milk Booster Terbaik Semula Jadi Bantu Tambah Susu Badan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/10/2022

    Mama, Ini 4 Milk Booster Terbaik Semula Jadi Bantu Tambah Susu Badan!

    Apakah milk booster terbaik untuk tambah susu badan? Ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu baharu.

    Isu tidak cukup susu badan sememangnya tidak asing dalam kalangan wanita lepas bersalin.

    Rujukan kepada pakar boleh bantu anda untuk mengenal pasti sebab di sebalik berlakunya masalah tersebut.

    Pun begitu, pasti anda tertarik untuk mencuba produk milk booster yang banyak tular atas talian demi memastikan bekalan susu badan anda cukup untuk si manja yang sedang membesar. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini. 

    Bagaimana produk milk booster boleh tambah susu badan?

    milk booster terbaik

    Kunci kepada fungsi biologi ini terletak pada hormon prolaktin, hormon yang dihasilkan oleh organ kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.

    Fungsi utamanya untuk membesarkan payudara dan menghasilkan susu untuk bayi baru lahir.

    Sebagai contoh, ubat domperidone yang pernah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) boleh menyebabkan paras hormon prolaktin meningkat bagi merangsang penghasilan susu badan.

    Walau bagaimanapun, setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.

    Domperidone mungkin berkesan namun apabila tujuan penggunaan sudah tercapai, dos penggunaan akan dikurangkan perlahan-lahan.

    Ia bagi memastikan penghasilan susu badan berada pada tahap yang konsisten di samping mengelakkan kebergantungan kepada ubat.

    Baca juga:

    Kesan sampingan seperti pening kepala, sakit perut dan kering mulut sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna.

    Itulah sebabnya kebanyakan individu suka untuk mencuba produk herba.

    Di Malaysia, produk tambah susu badan berkonsepkan bahan herba dan makanan sunnah menjuarai carta jualan.

    Walau bagaimanapun, kesahihan maklumat yang disampaikan boleh menjadi isu.

    Milk booster terbaik: Cara semula jadi 

    Alangkah mudahnya jika kita tahu cara semula jadi untuk tambah susu badan.

    Oleh sebab kebanyakan produk milk booster di Malaysia diperkuatkan hanya dengan testimoni dan bukannya kajian saintifik, keberkesanannya boleh menjadi persoalan.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan kempen penyusuan eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan.

    Isu susu badan boleh menjadi halangan kepada para ibu untuk merealisasikan misi KKM.

    Bagi mereka yang mengalami masalah tersebut, boleh cuba tip di bawah untuk tingkatkan susu badan secara semula jadi.

    #1 Berikan susu badan sekerap mungkin, milk booster terbaik

    Mungkin macam tak menjawab soalan, namun ada penjelasan di sebaliknya.

    Hormon yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu badan akan terembes apabila puting ibu dihisap oleh bayi-  dikenali sebagai fenomena “let-down”.

    Konsepnya lebih kepada keseimbangan di antara permintaan dan bekalan susu.

    Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyaklah jumlah susu badan yang akan dihasilkan.

    Menyusu 8 hingga 12 kali sehari boleh bantu badan untuk memastikan bekalan susu berada pada paras optimum.

    milk booster terbaik

    #2 Pam susu semasa anak anda tidak menyusu 

    Jika anak anda tidak menyusu, penggunaan pam payudara boleh bantu mengekalkan jumlah susu badan yang optimum.

    Anda boleh cuba tip milk booster terbaik di bawah:

    1. Pam payudara selepas sesi penyusuan badan bagi mengeluarkan lebihan susu.
    2. Jika anak anda terlepas waktu menyusu kerana tidur atau mereka tidak berasa lapar, pam susu anda pada waktu itu.
    3. Anda boleh pam susu badan ketika anak anda sedang minum susu dalam botol (sama ada susu badan yang telah dipam atau susu formula).

    #3 Guna kedua-dua belah payudara, cara milk booster terbaik

    Cara yang paling mudah adalah untuk mencatat atau menggunakan aplikasi telefon pintar bagi merekodkan payudara mana yang anda guna semasa sesi penyusuan lepas.

    Jika bayi anda berhenti menghisap payudara dan mereka masih berjaga, cuba susukan dengan payudara sebelah.

    Kalau mereka masih menghisap, boleh jadi susu pada sebelah payudara sudah tidak keluar.

    Rangsangan untuk mengeluarkan susu boleh bantu ibu meningkatkan jumlah susu badan tanpa bantuan farmakologi.

    Kajian juga telah membuktikan penggunaan pam payudara terhadap kedua dua payudara boleh merangsang penghasilan susu.

    Milk booster terbaik#4 Ambil makanan atau herba

    milk booster terbaik

    Walaupun tiada kajian secara spesifik mengaitkan mana-mana diet dengan keupayaan untuk tambah susu badan, terdapat bahan yang terbukti boleh mencapai objektif tersebut.

    ‘Galactagogue’ boleh merangsang penghasilan susu badan dan sering digunakan dalam biskut yang dijual di pasaran.

    Walau bagaimanapun, saintis perlu mengkaji dengan lebih mendalam bagi membuktikan ketepatan dapatan kajian lepas.

    Sebelum anda mula mengambil sebarang makanan atau herba, eloklah bertanya kepada doktor terlebih dahulu.

    Ia bagi memastikan tiada elemen makanan yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda semata-mata untuk tambah susu badan.

    Konklusi

    Ada beberapa jenis milk booster terbaik yang terbukti berkesan oleh kajian saintifik namun penggunaannya boleh memberikan kesan sampingan memandangkan ia melibatkan pengambilan ubat.

    Di Malaysia, penggunaan produk milk booster yang menggunakan ramuan semula jadi untuk tambah susu badan hanya terbukti berkesan melalui testimoni dan bukannya kajian saintifik.

    Oleh itu, sebagai pengguna, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk jika perlu.

    Sebaik-baiknya, guna pendekatan lain yang tersenarai di atas bagi meningkatkan keupayaan anda menghasilkan susu badan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan