backup og meta

Ini 11 Punca Si Manja MOGOK Untuk Menyusu, Ibu Sila Periksa!

Ini 11 Punca Si Manja MOGOK Untuk Menyusu, Ibu Sila Periksa!

Kenapa bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba, sedangkan semalam tiada masalah dan proses penyusuan berjalan dengan baik sahaja? 

Sudah tentu keadaan sebegini boleh mendatangkan kebimbangan di hati anda sebagai seorang ibu. Apatah lagi apabila anda turut menyedari si kecil kurang menyusu berbanding biasa.

Adakah keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan?

Bertenang ibu! Umumnya, situasi bayi tidak mahu menyusu ini dikenali sebagai nursing strike atau mogok menyusu.

Ayuh, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Lebih banyak info tentang Keibubapaan, dapatkannya di sini.

Bayi tidak mahu menyusu badan kerana mogok?

bayi tidak mahu menyusu badan
Kenali sebab bayi tidak mahu menyusu badan.

Apa yang dimaksudkan nursing strike atau mogok menyusu ini sebenarnya?

Keadaan ini merujuk kepada tempoh masa bayi yang menyusu badan, secara mendadak bayi tidak mahu minum susu.

Tingkah laku ini biasanya bermula apabila si kecil melangkah ke usia 3 bulan dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.

Biasanya bayi yang mogok ini akan menolak apabila diberikan payudara tetapi tampak tidak tenang, meragam serta merengek kerana tidak diberikan susu.

Ada kalanya mogok menyusu ini disalah ertikan sebagai tanda si manja sudah bersedia untuk bercerai susu.

Ibu harus faham bahawa bayi jarang untuk weaning off sebelum berusia 2 tahun

Bahkan sekiranya si manja sedang melalui fasa bercerai susu ini, ia seharusnya berlaku secara perlahan-lahan dengan pengurangan kekerapan sesi penyusuan dan bukannya secara mendadak.

Sebab bayi tidak mahu menyusu badan

Masalah bayi tidak mahu susu badan secara tiba-tiba ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor.

Sering kali tindak balas ini adalah sementara yang melibatkan faktor luaran. Pun begitu, dalam sesetengah kes, puncanya tidak dapat dikenal pasti.

Berikut antara beberapa sebab kenapa bayi tdak mahu minum susu:

  • Anda menukar jenis deodoran, sabun, minyak wangi, losen atau perkara-perkara lain yang mengakibatkan wujud ‘bau’ berbeza daripada kebiasaannya kepada si kecil
  • Anda berdepan tekanan sama ada melibatkan kerja atau kehidupan harian seperti sudah kembali bekerja atau masalah kewangan keluarga
  • Si kecil mengalami penyakit atau kecederaan yang membuatkan penyusuan menjadi tidak menyelesakan. Contohnya jangkitan telinga, hidung tersumbat serta jangkitan fungus atau luka pada mulut
  • Bayi mengalami sakit gusi kerana sedang melalui fasa pertumbuhan gigi
  • Anda mengubah corak penyusuan disebabkan beberapa faktor seperti memulakan pekerjaan baharu, mula menghantar bayi kepada pengasuh atau kerap menangguhkan penyusuan badan kerana sibuk
  • Anda memberikan tindak balas mengejut yang kuat apabila si kecil secara tidak sengaja menggigit puting. Bayi tidak mahu menyusu badan mungkin kerana ketakutan
  • Anda kembali hamil dan bekalan susu semakin berkurangan
  • Anda dalam fasa ovulasi dan bekalan susu mungkin berkurangan buat sementara waktu
  • Anda kurang mengepam susu apabila berjauhan dengan bayi
  • Berada dalam keadaan tidak sihat atau mengambil sebarang ubat termasuk beberapa kaedah kawalan kelahiran, yang boleh memberikan kesan negatif kepada bekalan susu 

Satu lagi perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai faktor menyebabkan bayi tidak mahu minum susu adalah aliran susu terlalu kuat.

Keadaan itu di mana susu masuk dengan banyak ke dalam mulut si manja sehingga menyukarkan mereka mengawalnya, sekali gus terus menolak payudara.

bayi tidak mahu menyusu badan
Kenali tanda bayi anda tumbuh gigi.

Atasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan

Tidak kira apa pun puncanya, berdepan situasi bayi mogok menyusu pastinya perkara yang tidak menyeronokkan. 

Lebih-lebih lagi apabila bayi sukar menenangkan diri dan tidak gembira. Anda sebagai ibu juga mungkin berasa kecewa.

Seperkara perlu ibu ingat adalah si manja bukan menolak diri anda. 

Percayalah proses penyusuan akan kembali kepada normal, cuma mungkin memerlukan sedikit masa. 

Berikut 5 tip yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan ini:

Atasi bayi tidak mahu menyusu badan #1. Sentuhan kulit ke kulit

bayi tidak mahu menyusu badan
Amalkan sentuhan pada bayi anda agar si comel anda lebih selesa.

Berikan lebih banyak hubungan kulit ke kulit dengan membaringkan si manja lebih kerap ke dada anda.

Sentuhan ini dipercayai sebagai penghilang tekanan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah pada ibu. 

#2. Perahkan beberapa titis susu

Ibu boleh cuba memerahkan beberapa titis susu pada puting sebagai cara untuk ‘memancing’ bayi untuk menyusu.

Apabila bayi menghisap puting dan merasai susu, ia mungkin secara tidak langsung akan mencetuskan keinginan bayi untuk menyusu.

Atasi bayi tidak mahu menyusu badan  #3. Tukar posisi penyusuan

Untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu susu badan ini, apa kata ibu cuba menukar posisi penyusuan yang berbeza.

Jika sebelum ini ibu biasa menyusukan si manja dengan duduk di kerusi, cubalah untuk menyusu sambil berbaring.

4. Kurangkan gangguan

Lakukan penyusuan di dalam bilik yang tenang dan selesa. 

Elakkan sebarang gangguan bunyi bising seperti bunyi daripada televisyen yang boleh menyebabkan fokus bayi pada penyusuan terganggu.

Atasi bayi tidak mahu menyusu badan #5. Pemilihan masa

Masa terbaik untuk mengatasi mogok menyusu ini adalah dengan membawa bayi menyusu apabila mereka dalam keadaan hampir tidur, sudah tidur atau baru terjaga

Cara terbaik untuk mengelakkan keadaan bayi tidak mahu susu badan adalah dengan melakukannya secara perlahan-lahan dan hindari daripada memaksa.

Biasanya bayi akan menyusu apabila disuakan puting walaupun ketika tidur lena.

Paling penting apabila berdepan situasi bayi mogok menyusu, ibu perlu bertenang dan bersabar. 

Percayalah dengan kesabaran itu, keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Nursing strikes. https://www.llli.org/breastfeeding-info/nursing-strikes/. Accessed May 29, 2021. 
  2. Breastfeeding strike. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/breastfeeding-strike/faq-20058157. Accessed May 29, 2021. 
  3. Breastfeeding. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4662758/. Accessed May 29, 2021. 
  4. Nursing strikes. https://www.laleche.org.uk/nursing-strikes/. Accessed May 29, 2021.
  5. Is Your Baby on a Nursing Strike? https://www.naturalchild.org/articles/guest/alisa_ikeda.html. Accessed May 29, 2021. 

 

Versi Terbaru

14/03/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 6 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan