Apabila si kecil berusia 7 bulan, sebenarnya ibu perlu menawarkan makanan yang lebih bertekstur berbanding puri semata-mata. Tetapi apakah jenis dan resepi makanan bayi 7 bulan yang sesuai untuk ibu berikan?
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Peralihan kepada makanan bayi 7 bulan
Jika bayi telah beralih daripada susu ibu kepada makanan pepejal, mungkin ibu boleh mencuba panduan pemilihan makanan untuk si kecil usia 7 bulan ini.
Umumnya, pada 6 bulan pertama kehidupan, bayi hanya akan mengambil susu ibu atau susu formula untuk mendapatkan nutrisi lengkap mereka.
Namun, selepas mencecah usia 6 bulan, keperluan nutrisi mereka akan meningkat dan tiba masanya untuk diperkenalkan makanan pepejal.
Memastikan perubahan perlahan dan memperkenalkan makanan satu demi satu adalah penting. Sebaiknya tawarkan makanan yang mudah dihadam – seperti puri. Pastikan ia kekal dalam kuantiti yang kecil dan sentiasa waspada terhadap risiko anak tercekik.
Untuk membantu bayi membiasakan diri dengan tekstur dan rasa yang berbeza, anda kemudiannya boleh beralih kepada makanan yang dilenyekkan atau jejari (finger food), apabila mereka bersedia – biasanya ketika berusia 7 bulan.
Ini membantu mereka belajar cara mengunyah, menggerakkan makanan pejal dalam mulut dan menelan makanan.
Anda juga boleh memberikan bayi sudu dan membiarkan mereka mencuba menyuap makanan sendiri.
Pilihan makanan bayi 7 bulan terbaik
Selepas memperkenalkan beberapa jenis makanan pepejal kepada bayi ketika mereka berusia 6 bulan, anda boleh mempelbagaikan pilihan secara perlahan-lahan dan menggabungkan lebih banyak variasi menjelang bulan berikutnya.
Setiap jenis makanan yang keras perlu dimasak untuk melembutkannya. Kemudian ia boleh dilenyekkan atau dikisar mengikut tekstur bersesuaian buat bayi. Anda juga boleh memberikannya sebagai makanan jejari.
Ini adalah beberapa pilihan makanan pepejal yang menarik untuk si comel 7 bulan:
1. Buah-buahan
Pastikan dibuang biji serta kulit buah yang keras. Pilihan yang boleh diberikan seperti:
- Pisang
- Beri biru
- Kiwi
- Oren
- Epal
- Raspberi
- Mangga
- Pir
- Strawberi
- Nanas
- Betik
- Tembikai
- Pic
- Plum
2. Sayur-sayuran, sesuai sebagai makanan bayi 7 bulan
Tawarkan pelbagai jenis sayuran, termasuklah yang mempunyai rasa pahit:
- Brokoli
- Lada benggala
- Kacang pis
- Bunga kubis
- Bayam
- Kacang buncis
- Asparagus
- Kangkung
- Lobak merah
- Avokado
- Labu butternut
- Kubis
3. Makanan berkanji
Bijirin boleh dicampurkan dengan susu ibu atau formula untuk melembutkannya.
- Kentang
- Ubi keledek
- Nasi
- Pasta
- Bubur
- Oat
- Mil jagung (corn meal)
- Jagung
- Quinoa
- Roti bakar
- Roti
- Chapati
- Roti pita
Antara jenis makanan bayi 7 bulan #4. Kumpulan protein
Selain protein, makanan ini mengandungi nutrien lain yang berguna seperti zat besi dan zink, amat penting untuk bayi.
Makanan protein termasuk:
- Ayam
- Ayam belanda
- Daging lembu
- Kambing
- Ikan (pastikan tiada tulang)
- Telur
- Lentil
- Kekacang seperti kacang kuda
- Tauhu
5. Produk tenusu
Makanan tenusu dipasteur seperti yogurt dan keju penuh krim adalah makanan yang sesuai untuk bayi.
Susu lembu dipasteur (penuh krim), susu kambing atau biri-biri, boleh digunakan dalam masakan atau dicampur dengan makanan, tetapi tidak boleh diberikan sebagai minuman sehingga bayi berusia setahun.
6. Minuman
Ketika makan, berikan bayi seteguk air masak daripada cawan. Belajar menghirup air adalah kemahiran baharu dan lebih baik daripada menghisap botol, tujuannya agar merangsang pertumbuhan gigi si kecil.
Apabila bayi mula mengambil lebih banyak makanan pepejal, mereka akan semakin kurang menyusu.
Resepi makanan bayi 7 bulan
Kebanyakan bayi akan mula tumbuh gigi pada usia 7 bulan. Walaupun masih dalam proses pertumbuhan gigi, mereka mempunyai gusi kuat – membolehkan mereka mengunyah makanan jejari untuk masa yang lama.
Berikut adalah beberapa resipi untuk si manja 7 bulan yang boleh ibu cuba:
Penkek gandum
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- ¼ cawan gula perang
- Air – mengikut keperluan
- 1 sudu teh jintan hitam
Cara penyediaan snack untuk bayi 7 bulan:
- Gaul rata tepung gandum dan gula perang.
- Kemudian gaulkan dengan air sehingga adunan mencapai konsistensi separa pepejal.
- Masukkan jintan hitam ke dalam adunan dan gaulkan. Biarkan adunan semalaman atau untuk beberapa jam sebelum dijadikan penkek.
- Panaskan sedikit minyak di dalam pan dan tuangkan adunan.
- Pastikan ia masak pada kedua-dua belah bahagian.
- Potong mengikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dihidangkan kepada bayi.
Jejari ayam
Bahan-bahan:
- Dada ayam tanpa kulit
- ½ jus lemon
Cara penyediaan:
- Ambil dada ayam tanpa kulit dan potong menjadi kepingan nipis bersaiz sederhana.
- Panaskan ketuhar hingga 200°C.
- Letakkan hirisan ayam dalam dulang dan perahkan beberapa titis jus lemon padanya.
- Bakar ayam selama 25 minit. Setelah dibakar, anda boleh mengisar atau memberikannya sebagai makanan jejari.
Jejari telur dadar, salah satu resepi makanan bayi 7 bulan
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang merah – dikupas dan dicincang
- 1 biji telur
- 1 atau 2 sudu teh minyak
Cara penyediaan:
- Pukul telur dan masukkan bawang merah. Pukul adunan.
- Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan. Kemudian tuang adunan dan biarkan masak.
- Biarkan telur dadar sejuk sebelum dipotong nipis dan dihidangkan kepada bayi.
Avokado pisang lenyek
Bahan-bahan:
- ½ biji avokado
- 1 biji pisang – dikupas kulit
Cara penyediaan snack untuk bayi 7 bulan:
- Keluarkan isi buah avokado daripada kulitnya dan letakkan ke dalam mangkuk. Masukkan pisang ke dalamnya dan lenyekkan.
- Anda boleh menambah susu ibu atau susu formula ke dalam adunan sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba resepi makanan bayi 7 bulan yang dikongsikan ini!
[embed-health-tool-baby-poop-tool]