Penyediaan makanan bayi 8 bulan adalah cabaran untuk para ibu baru. Mana tidaknya, ibu perlu bertindak kreatif bagi menghasilkan makanan selain puri yang perlu diberikan kepada si manja.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Penyediaan makanan bayi 8 bulan adalah cabaran untuk para ibu baru. Mana tidaknya, ibu perlu bertindak kreatif bagi menghasilkan makanan selain puri yang perlu diberikan kepada si manja.
Ia sangat penting bagi memastikan selera makan anak bertambah dan berat badan meningkat secara konsisten dan sihat.
Para ibu dan bapa perlu tahu, ada beza penyediaan makanan bayi apabila sudah mencecah usia 8 bulan.
Bayi berusia 8 bulan sudah berjaya merangkak dan baru hendak mula menarik badannya. Dalam kesungguhan mencapai perkembangan ini, selera makan si bayi mungkin berkurangan.
Ibu perasan menu lama sudah tidak menarik perhatian si manja. Fikiran mula runsing hendak fikirkan resepi baru untuk naikkan selera anak semula.
Ayuh baca artikel ini dan ketepikan semua kerisauan anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sekarang masanya untuk menambah perisa dan pepejal dalam makanan bayi 8 bulan agar cepat gemuk.
Oleh sebab gigi geraham masih belum ada untuk menghancurkan makanan sehingga umur 12 ke 18 bulan, maka pastikan makanan tersebut dikisar hancur terlebih dahulu.
Makanan bayi 8 bulan sepatutnya boleh ditelan dengan hanya kunyahan gusi.
Buah-buahan dan sayuran perlulah dimasak menjadi lembik terlebih dahulu kecuali pisang dan buah aprikot sebelum terus dihancurkan menggunakan pengisar khas makanan bayi atau dilenyekkan dengan garpu.
Daging, ayam, ikan dan sumber protein lain seperti telur perlulah dimasak terlebih dahulu dan dijadikan puri untuk bayi anda.
Bayi 8 bulan adalah di tahap ingin mula bergerak dan dalam kesibukan ingin melakukan ‘kerja’ ini, bayi anda mungkin jarang berasa lapar.
Secara ideal, bayi umur ini ingin makan 3 kali sehari dan snek di antara waktu makan. Snek bukan bermaksud makanan ringan, tetapi makanan yang lebih solid dan berbentuk.
Ada juga bayi yang hanya makan sekali sehari dan anda tidak perlu risau. Cuma perhatikan reaksi bayi anda apabila dia lapar dan berilah makan.
Pastikan anda memberi makanan yang seimbang dan mengandungi sayuran, sumber protein dan buah-buahan. Jangan lupa berikan keperluan susu badan ibu atau susu formula bayi seperti biasa.
Berhati-hati juga agar tidak berlebihan memberi makanan bayi 8 bulan agar cepat gemuk.
Pertama sekali, pastikan bayi anda tiada alahan pada bijirin, oat dan sumber kanji lain. Cuba dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Pastikan tekstur lembut selepas dibancuh dan tidak berbiji.
Para ibu bapa boleh cuba kombinasi 2 hingga 3 jenis buah yang bayi anda suka. Jika tekstur buah yang tidak lembut, maka boleh dimasak dulu kemudian dilenyek.
Bagi buah-buahan yang dijadikan makanan bayi 8 bulan, boleh cuba diberi terus tanpa perlu dimasak. Jadikan ia berbentuk puri dengan mengisar dan melenyek buah tersebut.
Jenis buahan yang disarankan adalah pisang, kiwi, avokado dan tembikai. Buah-buahan merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran bayi.
Ketika bayi berumur 6 bulan, digalakkan memberi sayuran yang dimasak lembut dan dijadikan bentuk puri sebelum diberi kepada bayi.
Kini, mencecah 8 bulan, bayi boleh menerima sayur solid bersaiz kecil atau campuran beberapa jenis sayur dalam makanannya. Antaranya brokoli, lobak, kubis bunga, kentang dan labu.
Selain memasukkan ayam atau daging di dalam bubur bayi, boleh juga telur dijadikan omelet yang boleh dicampur dengan sayur. Ini cara yang baik untuk selitkan sayur dalam hidangan anak.
Bahan-bahan yang diperlukan
Cara penyediaan
Bahan-bahan yang diperlukan
Cara penyediaan
Bahan-bahan yang diperlukan
Cara penyediaan
Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi 8 bulan yang dikongsi di luar sana.
Buatlah pilihan yang bijak dan jangan takut untuk mencuba!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen