home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Manfaat Avokado Kepada Bayi, Membantu Perkembangan Otak & Sistem Imun Si Manja

Manfaat Avokado Kepada Bayi, Membantu Perkembangan Otak & Sistem Imun Si Manja

Buah avokado mungkin menjadi pilihan pertama para ibu ketika ingin memperkenalkan bayi mereka kepada buah-buahan. Anda juga mungkin akan melakukan perkara yang sama jika tahu manfaat avocado kepada bayi anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Manfaat avocado kepada bayi

1. Perkembangan otak, kesihatan jantung dan faedah lain

manfaat avocado

Avokado adalah makanan berkalori tinggi yang mengandungi sehingga 160 kalori setiap 100 gram. 75 hingga 80 peratus daripada kalorinya berasal daripada lemak.

Walau bagaimanapun, majoriti lemak dalam avokado adalah asid oleik – sejenis lemak tak tepu (monounsaturated fat) yang memainkan peranan penting dalam pembentukan, fungsi, dan perkembangan otak serta sistem visual.

Memandangkan 2 tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah waktu pertumbuhan intelek utama mereka berlaku, avokado menjadi salah satu sumber makanan yang paling penting untuk ditambah dalam diet setiap kanak-kanak.

Tahap lemak tak tepu mono juga terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung dan meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak lain seperti vitamin A, E, D, dan K.

2. Manfaat avocado – Peningkatan imuniti

Avokado sarat dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang menjadikannya salah satu sumber makanan terbaik untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh seseorang apatah lagi dengan rasanya yang enak.

Malah, dalam hanya satu hidangan avokado bayi boleh mendapat.

  • 60 miligram folat (15 peratus daripada keperluan harian): Folat adalah penting untuk fungsi sel normal dan pertumbuhan tisu. Diet wanita hamil yang kaya dengan folat akan mengurangkan risiko janin mendapat kecacatan tiub neural
  • 14 miligram vitamin K (19 peratus daripada keperluan harian): Vitamin K adalah penting untuk pembekuan darah, pembentukan protein dalam hati, dan perkembangan tulang yang sihat. Sekiranya bayi tidak mendapat vitamin K yang mencukupi dalam diet harian, mereka berisiko mengalami keadaan yang disebut sebagai pendarahan disebabkan kekurangan vitamin K di mana mereka tidak dapat sembuh daripada luka
  • 6 miligram vitamin C (12 peratus daripada keperluan harian): Vitamin C membantu menguatkan gusi, tulang, dan saluran darah bayi. Ia juga menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan penyerapan zat besi yang efektif
  • 343 miligram kalium (10 peratus daripada keperluan harian): Potassium atau kalium mengawal keseimbangan air tubuh, mengekalkan tekanan darah yang sihat dan dapat mengurangkan risiko osteoporosis serta batu karang dalam ginjal. Avokado mengandungi lebih banyak kalium daripada pisang, yang lebih terkenal sebagai makanan kaya kalium

3. Penyingkiran toksin

manfaat avocado

Selain daripada menyediakan pelbagai nutrien penting, avokado juga boleh berfungsi untuk menyingkirkan toksin dalam tubuh kerana ia mengandungi lebih banyak serat larut air dan bersifat antioksidan.

Jumlah serat yang tinggi menggalakkan pergerakan usus yang teratur sementara sebatian antioksidan dan antimikrob yang terdapat dalam avokado telah terbukti dapat meneutralkan dan menghapuskan radikal bebas serta bahan kimia beracun daripada tubuh manusia.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  • Avocado Benefits: The Most Nutrition-Packed Food on the Planet?. https://draxe.com/avocado-benefits/. Accessed January 14, 2017.
  • https://www.verywellfit.com/how-to-make-avocado-baby-food-284436#:~:text=
  • https://www.yummytoddlerfood.com/recipes/easy-avocado-puree/
  • https://www.parents.com/recipes/baby-food/how-to-make-avocado-puree/
  • https://wholesomebabyfood.momtastic.com/avocadobabyfoodrecipes.htm
Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 20/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x