backup og meta

Bayi Dah Mula Tumbuh Gigi? Ini 7 Perkara Penting Yang Perlu Ibu Beri Perhatian!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    Bayi Dah Mula Tumbuh Gigi? Ini 7 Perkara Penting Yang Perlu Ibu Beri Perhatian!

    Fakta yang mungkin anda tidak ketahui, gigi bayi sebenarnya sudah berkembang semasa mereka masih dalam kandungan. Ada 7 aspek berkaitan pertumbuhan gigi bayi yang perlu diberikan perhatian!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Pertumbuhan gigi bayi

    Bayi yang baru lahir mempunyai 20 gigi susu yang tersembunyi di bawah gusi mereka. Pertumbuhan ini sangat penting untuk kesihatan dan perkembangan anak. Ia membantu mereka untuk mengunyah, bercakap dan tersenyum. 

    Ia juga berfungsi untuk menahan ruang pada rahang bagi gigi kekal yang akan muncul di bawah gusi. 

    Sekiranya gigi susu ini hilang terlalu awal, terdapat kemungkinan akan menimbulkan masalah untuk proses pertumbuhan gigi kekal.

    Keadaan tersebut boleh mengakibatkan gigi menjadi jongang atau sesak. 

    Sebab itu penting memastikan si manja mendapat penjagaan oral yang baik untuk melindungi proses pertumbuhan gigi si manja untuk tempoh beberapa tahun akan datang. 

    Perkara penting berkaitan gigi bayi

    Berikut adalah 7 aspek penting yang perlu dititikberatkan berkaitan gigi bayi anda.

    #1. Pertumbuhan gigi bayi seawal 6 – 12 bulan

    Terdapat perbezaan tempoh masa untuk pertumbuhan gigi pertama. Bahkan si manja mungkin tidak akan mempunyai gigi sehinggalah ulang tahun yang pertama mereka!

    Sekitar usia 3 bulan, bayi akan mula meneroka mulut dengan memasukkan tangan. 

    Keadaan ini sering kali menimbulkan persoalan pada kebanyakan ibu bapa, adakah ia bermakna si manja akan tumbuh gigi.

    Biasanya gigi yang pertama akan muncul sekitar usia 6 bulan dan ia adalah gigi depan bahagian bawah. 

    Pertumbuhan gigi biasanya akan selesai apabila si manja berusia 3 tahun. 

    #2. Tambahan fluorida dalam diet pemakanan anak 6 bulan

    Fluorida adalah mineral yang membantu mencegah kerosakan gigi dengan mengeraskan enamel gigi.

    Anda disarankan untuk memasukkan beberapa auns fluorida apabila si manja mula mengambil makanan pejal – sekitar 6 bulan ke atas.

    Dapatkan rundingan pakar pediatrik untuk mengetahui sumber fluorida yang terbaik untuk diberikan kepada anak sebagai makanan tambahan.

    Baca juga:

    Pertumbuhan gigi bayi #3. Mengurut gusi yang sakit

    Proses pertumbuhan gigi jarang menyebabkan anak berasa tidak selesa. 

    Namun, bayi mungkin menunjukkan tanda ketidakselesaan apabila gusi di sekitarnya membengkak dan si manja mungkin mengeluarkan lebih banyak air liur daripada kebiasaan.

    Ibu bapa boleh bantu meredakan ketidakselesaan ini dengan mengurut gusi si kecil menggunakan kain atau jari yang bersih. 

    #4. Elak penggunaan ubat

    pertumbuhan gigi bayi

    Anda disarankan untuk tidak menggunakan sebarang ubat bagi mengatasi kesakitan akibat pertumbuhan gigi bayi. 

    Contohnya seperti racun tumbuhan belladonna dan gel dengan benzocaine

    Walaupun kedua-dua bahan tersebut dipasarkan untuk menghilangkan rasa sakit anak, Food and Drug Administration (FDA) telah mengeluarkan amaran kerana ia mungkin menyebabkan kesan sampingan. 

    #5. Gosok gigi anak 2x sehari dengan ubat gigi fluorida

    Sebaik sahaja anak sudah mempunyai gigi, anda harus memberusnya 2x sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida terutamanya selepas makan atau minum yang terakhir pada hari tersebut. 

    Pastikan anda tidak biarkan bayi tidur dengan botol susu, kerana ia cenderung menyebabkan kerosakan gigi. 

    Sebaik sahaja anak sudah mampu memberus gigi sendiri, ajarkan mereka cara untuk berkumur dan membuang lebihan ubat gigi dengan meludah. 

    Disarankan untuk menggunakan ubat gigi apabila anak mencecah usia sekitar 6 tahun.

    Anda juga perlu memantau dan membantu anak menggosok gigi sehingga mereka mencapai usia 7 atau 8 tahun. 

    #6. Bertanyakan pakar pediatrik

    Semasa pemeriksaan kesihatan bulanan, pakar pediatrik akan memeriksa gigi bayi dan gusi untuk memastikan ia berada dalam keadaan sihat.

    Mereka juga mungkin akan berkongsi cara dan langkah penjagaan yang betul.

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan doktor, okay?

    7. Pemeriksaan gigi buat pertama kali 

    Sebaiknya cuba untuk melakukan pemeriksaan gigi anak apabila ia mula tumbuh gigi pertama dan menjelang setahun kelahirannya.

    Doktor gigi pediatrik akan memastikan semua gigi tumbuh normal tanpa sebarang masalah.

    Mereka juga akan memberikan nasihat tentang aspek penjagaan gigi yang betul. 

    Pentingnya penjagaan gigi

    pertumbuhan gigi bayi

    Tidak dinafikan gigi susu hanya untuk tempoh sementara. Tetapi ia memainkan peranan penting untuk: 

    • Menyediakan ruang untuk gigi kekal 
    • Memberikan wajah penampilan normal
    • Membantu proses pertuturan dengan jelas
    • Bantu proses penyerapan nutrien – gigi rosak menyukarkan kunyahan sekali gus menyebabkan anak menolak makanan
    • Membantu memberikan permulaan yang sihat pada gigi kekal – kerosakan dan jangkitan ketika pertumbuhan gigi bayi boleh mengakibatkan kerosakan pada gigi kekal yang tumbuh di bawahnya

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan