Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa tip untuk memilih susu formula terbaik untuk si comel anda.
Berikut merupakan tip-tip tersebut:
#1. Kenali jenis-jenis susu formula untuk bayi
Perkara yang paling utama adalah anda perlu ketahui terlebih dahulu bahawa terdapat beberapa jenis susu formula yang anda boleh berikan kepada bayi.
Susu terbaik untuk bayi anda mungkin bergantung kepada jenis-jenis susu seperti:
- Susu lembu – Ia adalah yang paling banyak dan mudah dijumpai namun mungkin akan menimbulkan kesan alahan buat bayi yang tidak sesuai.
- Susu kambing – Kini, ia semakin popular kerana ia dipercayai lebih sesuai dan hampir sama dengan manfaat susu ibu.
- Susu soya – Buat bayi yang mengalami alahan terhadap sumber susu daripada haiwan, ini merupakan pilihan yang paling sesuai.
- Susu formula berkeperluan khas – Dalam sesetengah kes, contohnya bayi yang pramatang atau mempunyai alahan tertentu, mereka memerlukan susu formulasi khas seperti yang disarankan oleh doktor.
Jadi, pilih dengan bijak untuk mendapatkan susu formula paling sesuai untuk bayi anda.
#2. Pilih produk susu mengikut usia bayi

Mungkin masih ramai lagi ibu bapa yang tidak tahu bahawa terdapat penggolongan susu formula berdasarkan kepada usia dan kondisi sistem pencernaan si comel anda.
Jadi, ikutilah penggolongan ini berpandukan kepada label susu formula untuk mencari sumber susu formula yang paling bagus terutamanya jika mereka masih berusia bawah 6 bulan.
Baca juga:
#3. Baca label dengan teliti
Lantaran itu, anda perlu membaca label susu formula dengan sangat teliti.
Anda perlu tahu maksud sebenar prebiotik, probiotik, DHA, AA dan pelbagai lagi istilah yang lain bagi mengetahui apakah sebenarnya ia dan apakah manfaatnya terhadap si comel anda.
Pelajari ini sedikit sebanyak terlebih dahulu untuk mengetahui susu formula paling bagus untuk si manja anda.
#4. Cuba susu formula untuk bayi terlebih dahulu

Ya, memang agak sukar untuk ibu bapa menentukan susu formula paling sesuai bagi si kecil dalam 1 atau 2 kali percubaan sahaja.
Ini kerana mungkin ada susu formula yang tidak sesuai dan akan menyebabkan masalah lain kepada bayi anda seperti cirit-birit atau sembelit.
Atau, rasanya sahaja mungkin tidak disukai oleh si comel. Jadi, cuba sampel yang mungkin sudah dipakai oleh ibu bapa lain terlebih dahulu.
#5. Jangan berpandukan kepada harga sahaja

Akhir sekali, anda tidak perlu melihat kepada harga susu formula tersebut sahaja kerana mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus.
Sesetengah susu formula untuk bayi mungkin mahal kerana jenamanya sudah terkemuka sahaja.
Jadi, dapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memilih susu formula terbaik untuk anak anda!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen