Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Menyusu Anak Dengan Susu Badan Kurangkan Risiko Bayi Demam Selepas Vaksin? Ini Faktanya!
Seperti orang dewasa, bayi juga boleh mengalami demam selepas menerima suntikan imunisasi. Tetapi kajian menunjukkan jika ibu menyusu anak selepas suntikan, risikonya akan berkurang.
Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Menyusu anak dengan susu badan mengurangkan risiko demam selepas suntikan?
Kebanyakan bayi akan menjadi mudah meragam dan demam selepas suntikan vaksin – mengakibatkan kesukaran untuk tidur bagi seisi keluarga dan mungkin menyebabkan timbul kebimbangan bagi ibu bapa.
Ia adalah hasil penyelidikan yang dijalankan di pusat vaksinasi di Naples, Itali.
Kelebihan menyusu anak
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan menyusu badan secara eksklusif ini diteruskan untuk 6 bulan pertama kehidupan bayi dan sekurang-kurangnya meneruskan penyusuan bagi tempoh setahun yang pertama.
Ibu hamil perlu menyusukan bayi dalam setahun yang pertama mereka.
Kajian yang dilakukan
Dalam kajian tersebut, bayi diberikan dos 1 atau 2 suntikan imunisasi 6 dalam 1 untuk mencegah penyakit difteria, tetanus (kancing gigi), pertussis (batuk kokol), poliomyelitis, Hepatitis B dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis b bersama vaksin untuk melawan pneumokokus meningitis.
Ibu-ibu diajar cara mengambil suhu secara rektal dan perlu mengukur suhu pada waktu malam selepas suntikan selama 3 hari.
Daripada 460 bayi, peratusan jumlah bayi yang demam adalah seperti berikut:
25% bayi yang diberikan susu ibu secara eksklusif
31% bayi menyusu separa
53% bayi yang diberikan susu formula
Kesan perlindungan menyusu anak turut mengambil kira faktor risiko lain untuk demam seperti dos vaksin, ibu merokok, tahap pendidikan ibu dan kehadiran anak lain dalam rumah.
Secara tidak langsung, berdasarkan kajian dapat disimpulkan bahawa bayi yang mendapat susu ibu secara eksklusif kurang berisiko mengalami demam selepas vaksinasi.
Cara memilih susu terbaik untuk bayi.
Faktor menyusu anak mengurangkan risiko demam
Walau bagaimanapun, bagaimana menyusukan anak secara eksklusif dapat mengurangkan kemungkinan si manja mengalami demam selepas suntikan adalah tidak jelas.
Tetapi ia dipercayai kerana kandungan bahan antiradang tertentu dalam susu ibu yang berpotensi mengurangkan risiko demam tersebut.
Terdapat data dan penyelidikan menunjukkan antibodi ibu dipindahkan semasa penyusuan susu badan dan boleh melindungi si manja daripada jangkitan virus.
Ia juga mungkin disebabkan fakta bahawa bayi yang menyusu badan kurang berkemungkinan menolak penyusuan apabila tidak sihat kerana ia memberikan mereka keselesaan semasa sakit.
Umumnya, suntikan imunisasi boleh menimbulkan traumatik untuk bayi dan proses penyusuan dapat mengurangkan ketidakselesaan yang dialami.
Lebih baik lagi, menyusu anak juga meningkatkan keberkesanan imunisasi pada bayi.
Jenis-jenis suntikan imunisasi yang diperlukan bayi
Anda sudah sedia maklum penyusuan dapat meringankan komplikasi vaksin. Tetapi apakah vaksin yang perlu diambil si manja?
Berikut dikongsikan beberapa jenis vaksinasi bayi wajib di Malaysia di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan fungsinya, seperti:
#BCG
Tuberkulosis (TB) – Merupakan penyakit menular dan boleh membawa maut.
Tanpa suntikan imunisasi ini, si kecil berisiko untuk mengalami kerosakan paru-paru, meningitis TB dan penyakit tulang.
#DTap
Difteria – Boleh menyebabkan penyumbatan saluran udara dan boleh mengakibatkan kerosakan jantung dan otak.
Pertussis (Batuk berterusan) – Batuk yang teruk dan berpanjangan yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan otak.
Tetanus (Lockjaw) – Kekejangan otot yang teruk yang boleh menyebabkan kematian.
#Polio
Poliomyelitis (Polio) – Kelemahan otot kekal yang boleh menyebabkan kelumpuhan, terutama pada kaki.
#MMR
Campak – Sangat berjangkit, dicirikan oleh demam, batuk, hidung berair dan ruam.
Bayi perlu mendapatkan suntikan imunisasi untuk mengurangkan risiko penyakit.
Beguk – Sangat berjangkit, menyebabkan pembengkakan kelenjar di belakang rahang. Boleh mengakibatkan keradangan testis sehingga menyebabkan kemandulan.
Rubella (campak Jerman) – Boleh disebarkan oleh wanita hamil ke bayi dalam kandungan, yang mengakibatkan sindrom rubella kongenital.
#Hepatitis B
Berpunca daripada virus hepatitis B yang menyebabkan hati menjadi bengkak (radang).
Bagi sesetengah individu, virus boleh tinggal di dalam tubuh untuk tempoh lama dan mengakibatkan masalah hati serius termasuklah kanser hati.
#Haemophilus influenzae jenis b
Sering disebut sebagai Hib – jangkitan bakteria serius dan boleh menyebabkan meningitis – keradangan pada penutup luar otak.
Jika si manja tidak mendapat suntikan imunisasi ini, mereka berisiko mengalami kerosakan otak, pekak, epilepsi atau separa buta.
Ia juga boleh menyebabkan keradangan dan bengkak tekak, kesukaran menelan dan bernafas serta jangkitan yang boleh menjejaskan bahagian tubuh lain seperti darah, paru-paru, kulit, tulang dan sendi.
Jadi berdasarkan penyelidikan tersebut, ibu-ibu amat digalakkan untuk menyusukan si manja selepas vaksin bagi mengurangkan risiko mereka mengalami demam.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Breastfeeding and risk for fever after immunization. Pediatrics. 2010 Jun;125(6):e1448-52. doi: 10.1542/peds.2009-1911. Epub 2010 May 17. PMID: 20478932. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20478932/, Accessed on Nov 26, 2021
Kenyataan Akhbar KPK 15 Mei 2020 – Pemberian Perkhidmatan Imunisasi Kepada Murid Sekolah Di Klinik Kesihatan. https://kpkesihatan.com/2020/05/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-mei-2020-pemberian-perkhidmatan-imunisasi-kepada-murid-sekolah-di-klinik-kesihatan/, Accessed on Nov 26, 2021
A guide to immunisation for babies born on or after 1 January 2020. https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/990473/PHE_11490_IMM_Up_to_one_year_A5_booklet_April_2021.pdf, Accessed on Nov 26, 2021
6 Weeks. https://talkingaboutimmunisation.org.au/6-weeks, Accessed on Nov 26, 2021
How do I care for my child after vaccinations? https://www.health.act.gov.au/services-and-programs/immunisation/babies-and-children/how-do-i-care-my-child-after-vaccinations, Accessed on Nov 26, 2021
Versi Terbaru
17/01/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman