backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Panasonic

Kualiti Udara Dalam Rumah Boleh Jejaskan Kesihatan Keluarga? Ketahui Cara Lindunginya

Apabila bercakap tentang pencemaran udara, ramai yang membayangkan asap kenderaan, kilang atau jerebu di luar rumah. Namun hakikatnya, kesan pencemaran udara juga boleh berlaku di dalam rumah tanpa disedari.

Kualiti Udara Dalam Rumah Boleh Jejaskan Kesihatan Keluarga? Ketahui Cara Lindunginya

Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas, individu yang mengalami resdung atau mereka yang bekerja dari rumah, kualiti udara dalaman memainkan peranan penting terhadap kesihatan harian. 

Malah, kita menghabiskan sebahagian besar masa di dalam rumah, menjadikan udara yang dihirup setiap hari sama pentingnya dengan makanan yang dimakan atau air yang diminum.

Persoalannya, sejauh mana udara di dalam rumah anda benar-benar bersih?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Apa itu kualiti udara dalaman dan pencemaran udara dalam rumah?

Kualiti udara dalaman merujuk kepada keadaan udara di dalam rumah atau bangunan yang boleh mempengaruhi kesihatan dan keselesaan penghuni.1

Pencemaran udara dalaman pula berlaku apabila terdapat bahan pencemar yang terkumpul dalam ruang tertutup pada tahap yang berbahaya.2 3

Menariknya, banyak punca pencemaran udara sebenarnya datang daripada aktiviti harian yang biasa kita lakukan.

Antaranya punca pencemaran udara dalam rumah termasuk:

  • Habuk dan hama yang terkumpul pada perabot serta tilam
  • Asap dan wap daripada aktiviti memasak
  • Bulu serta kelemumur haiwan peliharaan
  • Kulapuk akibat kelembapan berlebihan
  • Bahan kimia daripada produk pembersihan rumah
  • Pewangi udara dan bahan beraroma tertentu

Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, faktor-faktor ini boleh menyumbang kepada kesan pencemaran udara kepada manusia, terutamanya apabila pendedahan berlaku secara berterusan.

Kesan pencemaran udara: mengapa kualiti udara yang buruk lebih berbahaya kepada kanak-kanak?

kesan pencemaran udara
Anak anda akan mudah terdedah kepada risiko resdung dan asma jika udara dalam rumah tidak bersih.

Kanak-kanak mempunyai sistem pernafasan yang masih berkembang. 

Mereka juga bernafas lebih laju berbanding orang dewasa, menyebabkan mereka menyedut lebih banyak udara berbanding saiz badan mereka.4

Sebab itu, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia sering memberi impak yang lebih besar kepada golongan kanak-kanak.

Kesan jangka pendek yang sering berlaku

Jika kualiti udara dalam rumah kurang baik, antara gejala yang mungkin dialami termasuk:

  • Sakit kepala
  • Bersin berulang kali
  • Mata pedih atau berair
  • Mudah letih
  • Batuk yang berpanjangan
  • Ketidakselesaan pada saluran pernafasan

Ramai ibu bapa menganggap simptom ini sebagai masalah biasa, sedangkan ia mungkin berkait rapat dengan kesan pencemaran udara di dalam rumah.

Risiko jangka panjang yang tidak wajar diabaikan

Pendedahan berpanjangan kepada udara dalaman yang tercemar boleh meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan seperti:5 6

  • Asma
  • Alahan pernafasan
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Penyakit paru-paru tertentu
  • Masalah kesihatan kardiovaskular

Atas sebab itu, memahami kesan pencemaran udara kepada manusia adalah langkah pertama untuk melindungi kesihatan keluarga dalam jangka masa panjang.

5 punca pencemaran udara dalam rumah yang paling lazim

Walaupun rumah sentiasa dibersihkan, terdapat beberapa bahan pencemar yang mudah terkumpul tanpa disedari.

#1. Habuk dan hama

Tilam, sofa, langsir dan permaidani merupakan tempat kegemaran hama habuk membiak. 

Ia boleh mencetuskan simptom alahan dan resdung.

#2. Kulapuk dan kelembapan

Kawasan yang lembap seperti bilik air atau ruang yang kurang pengudaraan boleh menjadi tempat pertumbuhan kulapuk.

#3. Asap dan wap memasak

Aktiviti memasak menghasilkan partikel halus dan asap yang boleh menjejaskan kualiti udara dalaman jika pengudaraan tidak mencukupi.

#4. Bahan kimia dalam rumah

Produk pembersihan, penyegar udara dan sesetengah bahan binaan boleh melepaskan bahan pencemar ke udara.

#5. Bulu haiwan peliharaan dan alergen

Bagi keluarga yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, bulu dan kelemumur haiwan boleh menjadi antara punca pencemaran udara yang utama di dalam rumah.

Cara mudah tingkatkan kualiti udara dalam rumah

kesan pencemaran udara
Gunakan penyaman udara untuk udara yang lebih segar, sejuk dan bersih.

Berita baiknya, terdapat beberapa langkah praktikal yang boleh membantu mengurangkan kesan pencemaran udara dalam ruang kediaman.

#1. Pastikan pengudaraan yang baik

Buka tingkap apabila keadaan cuaca mengizinkan bagi membolehkan pertukaran udara berlaku.

#2. Bersihkan kawasan yang mudah mengumpul habuk

Beri perhatian kepada tilam, sofa, langsir dan permaidani yang sering menjadi tempat pengumpulan habuk serta alergen.

#3. Kawal kelembapan dalam rumah

Pastikan ruang yang lembap mempunyai pengudaraan mencukupi bagi mengurangkan risiko pertumbuhan kulapuk.

#4. Gunakan peralatan yang membantu menjaga kualiti udara

Selain penapis udara dan humidifier, penyaman udara moden kini turut memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selesa dan kawalan udara dalaman yang berkualiti.7

Alat seperti ini dapat membantu mengurangkan kesan pencemaran udara dalam kediaman anda.

Udara bukan hanya sejuk, tetapi juga selamat! Kenali teknologi nanoe™ X Panasonic

Apabila bercakap tentang penyaman udara, kebanyakan pengguna hanya menilai keupayaannya menyejukkan ruang. 

Namun dalam dunia hari ini, udara yang bersih dan selesa juga menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Panasonic memperkenalkan teknologi nanoe™ X yang dibangunkan secara eksklusif hasil lebih 20 tahun penyelidikan. 

Teknologi ini menggunakan hydroxyl radicals yang terkandung dalam partikel air untuk membantu menghalang pelbagai jenis bahan pencemar di udara dan pada permukaan dalam rumah.

Apa yang menjadikan nanoe™ X berbeza?

  • Membantu menghalang bakteria, virus, kulat dan alergen tertentu
  • Membantu mengurangkan bau tidak menyenangkan dalam ruang kediaman
  • Membantu menghalang debunga dan bahan pencemar tertentu yang terdapat dalam udara

  • Partikel nano yang sangat kecil membolehkannya menembusi fabrik seperti langsir, kusyen dan sofa
  • Berfungsi pada udara dan juga permukaan dalam rumah, bukan sekadar melalui penapis
  • Tidak memerlukan penyelenggaraan atau penggantian khas untuk generator nanoe™ X
  • Menghasilkan hydroxyl radicals yang tersebar secara aktif ke seluruh ruang untuk membantu meningkatkan kualiti udara dalaman

Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, individu yang mengalami masalah resdung atau pemilik haiwan peliharaan, teknologi ini menawarkan nilai tambah yang melangkaui fungsi penyejukan biasa. 

Ia membantu mengurangkan risiko punca pencemaran udara dalam kediaman.

Kualiti udara lebih baik, kehidupan lebih selesa

Menjaga kualiti udara di dalam rumah bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan untuk kesejahteraan keluarga moden. 

Apabila anda sedar akan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia dan mengambil langkah yang sesuai, anda boleh membantu mewujudkan ruang kediaman yang lebih selesa setiap hari.

Panasonic Air Conditioning dengan teknologi nanoe™ X bukan sekadar memberikan udara yang sejuk, tetapi turut membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih menyenangkan untuk seisi keluarga.

Ketahui lebih lanjut tentang siri Panasonic Air Conditioning dengan nanoe™ X di sini dan rasai sendiri pengalaman udara yang lebih berkualiti.

#BeyondTheCool

#HidupMestiChill

Buatan Malaysia dengan lebih 50 tahun pengalaman serta kualiti Jepun yang dipercayai.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Indoor Air Quality. https://www.osha.gov/indoor-air-quality/faqs. Diakses Jun 16, 2026.
  2. Indoor Air Quality. https://www.research.ed.ac.uk/en/publications/indoor-air-quality/. Diakses Jun 16, 2026.
  3. Introduction to Indoor Air Quality. https://www.epa.gov/indoor-air-quality-iaq/introduction-indoor-air-quality. Diakses Jun 16, 2026.
  4. What you need to know about air pollution. https://www.unicef.org/parenting/emergencies/air-pollution. Diakses Jun 16, 2026.
  5. Raju, S., Siddharthan, T., & McCormack, M. C. (2020). Indoor Air Pollution and Respiratory Health. Clinics in chest medicine, 41(4), 825–843. https://doi.org/10.1016/j.ccm.2020.08.014. Diakses Jun 16, 2026.
  6. Behinaein, P., Hutchings, H., Knapp, T., & Okereke, I. C. (2023). The growing impact of air quality on lung-related illness: a narrative review. Journal of thoracic disease, 15(9), 5055–5063. https://doi.org/10.21037/jtd-23-544. Diakses Jun 16, 2026.
  7. Air Filters, Dehumidifiers, and Humidifiers. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/air-filters-dehumidifiers-and-humidifiers. Diakses Jun 16, 2026.

Versi Terbaru

01/07/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Panas, Lembap & Hujan Tak Henti? Ini Cara Aircond Rumah Lindungi Anda Dari Cuaca Ekstrem!

Rahsia Udara Bersih di Bilik Tidur Anak: Pilih Aircond Yang Betul!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan