backup og meta

Nak Sediakan Salmon Untuk Si Manja? Mama Ambil Tahu Dulu Cara Masak Yang Betul

Nak Sediakan Salmon Untuk Si Manja? Mama Ambil Tahu Dulu Cara Masak Yang Betul

Ingin cuba berikan hidangan salmon kepada si kecil yang sudah mula makan? Ini cara masak ikan salmon untuk bayi yang perlu anda ketahui, barulah selamat hidangkannya kepada si manja.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Selamatkah salmon untuk diberikan kepada bayi?

Sebelum mengetahui cara masak ikan salmon untuk bayi di rumah, pastinya ada yang mungkin ingin mengetahui sama ada jenis ikan ini selamat untuk diberikan kepada si kecil atau tidak.

Secara amnya, ya, salmon selamat untuk diberikan kepada bayi kerana ia rendah merkuri. Bahkan salmon menawarkan nutrien seperti vitamin D dan kalsium – diperlukan untuk perkembangan tulang yang sihat.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Selain itu, ia kaya dengan asid lemak omega-3 yang membantu dalam sistem saraf pusat (otak dan saraf) dan perkembangan mata.

Walaupun ikan merupakan antara alergen biasa, namun tidak bermakna anda perlu menangguhkan pengenalannya kepada bayi. 

Walau bagaimanapun, jika si kecil mempunyai alahan makanan lain atau mempunyai sejarah keluarga alahan ikan, berundinglah dengan pakar kanak-kanak sebelum memberikan sebarang jenis ikan kepada bayi, termasuklah salmon.

Bila bayi boleh mula makan salmon?

Salmon adalah finger food bayi yang sangat baik kerana mudah dipegang bayi kerana ia lembut dan flaky.

Ini bermakna salmon boleh dimasukkan ke dalam diet bayi selepas beberapa bulan memulakan makanan pepejal.

cara masak ikan salmon
Panduan pemakanan untuk bayi.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), anda harus membuang semua lemak, kulit dan tulang ikan sebelum dihidangkan kepada bayi.

Membuang kulit berlemak ikan salmon dapat mengurangkan pendedahan bayi kepada toksin seperti PCB – bifenil berklorin, adalah sebatian industri yang sangat toksik. Manakala tulang yang dikeluarkan merendahkan risiko tercekik.

Jadi, bagaimana pula cara masak salmon simple dan lazat untuk bayi anda?

Cara masak ikan salmon untuk bayi

Untuk salmon yang dibekukan, proses nyahbeku (thawing) di dalam peti sejuk semalaman adalah kaedah paling mudah dan selamat.

Jika terlupa, keluarkan ikan daripada bekas dan masukkan ke dalam plastik boleh ditutup semula (resealable plastic). Kemudian rendamkan di dalam mangkuk berisi air sejuk.

Periksa keadaan ikan selepas 30 minit dan pastikan anda menukar air setiap 10 minit atau lebih untuk memastikan suhu air kekal di bawah 40°C setiap masa.

cara masak ikan salmon
Ikan salmon yang segar dan telah dipotong.

Walaupun pada awal tadi dinyatakan cara masak ikan salmon untuk bayi adalah perlu dibuang kulit, tetapi semasa proses memasak, biarkannya. 

Ini kerana kulit tersebut akan membantu mengekalkan jus dan bentuk kepingan ikan, sekali gus membolehkan ia dimasak lebih sekata.

Selepas selesai proses memasak, proses mengasingkan kulit akan menjadi lebih mudah.

Eh, kenapa ada benda putih di atas yang keluar semasa salmon dimasak?

Bertenang, ia adalah protein yang terdapat di dalam salmon – disebut sebagai albumin – yang memejal apabila dipanaskan.

Untuk meminimumkan lapisan putih tersebut, biarkan ikan salmon dalam suhu bilik sebelum dimasak dan elakkan memasak pada suhu tinggi.

Cara masak ikan salmon: Resipi enak untuk dicuba

Berikut ialah beberapa cara masak salmon simple, lazat dan sesuai dengan usia untuk bayi:

Resepi ikan salmon masakan Melayu: Bubur salmon

Bahan-bahan: 

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Brokoli – potong kecil
  • Isi salmon
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Basil
  • Minyak zaitun
  • Beras 
  • Secawan air

Cara penyediaan:

  1. Tumiskan bawang dengan halia sampai naik bau wangi.
  2. Kemudian masukkan brokoli dan isi ikan salmon. Tumis dan biarkan seketika.
  3. Masukkan beras, dan tumis sekali lagi.
  4. Apabila beras menjadi keperangan, masukkan secawan air dan buka api besar.
  5. Masukkan sedikit serbuk lada putih, lada hitam dan basil.
  6. Biarkan sehingga bubur mencapai tekstur dan konsistensi yang diingini, barulah api ditutup.
  7. Sedia untuk diberikan kepada si manja.

Cara masak ikan salmon bakar

cara masak ikan salmon
Menu ikan salmon bakar.

Bahan-bahan: 

  • Filet ikan salmon

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar hingga 180°C.
  2. Masukkan salmon ke dalam pinggan kalis ketuhar dan bakar selama kira-kira 20 minit.
  3. Selepas itu, periksa sama ada ikan telah masak dan biarkan ia sejuk.
  4. Sebelum dihidangkan, periksa sama ada ikan mempunyai tulang dan keluarkan.
  5. Pecahkan satu perempat daripada salmon ke dalam mangkuk menggunakan garpu bersih dan hidangkan kepada bayi.

Tambah sedikit jus lemon pada hidangan ini untuk meningkatkan rasa. Selain itu, vitamin C dalam jus lemon boleh membantu menyerap zat besi dengan lebih baik dalam ikan. 

Resepi ikan salmon masakan Melayu: Puri labu dan salmon

Bahan-bahan: 

  • ½ cawan labu – dimasak dan dilenyekkan
  • ¼ cawan filet salmon tanpa kulit dan tanpa tulang – dibakar
  • ½ biji bawang merah – dihiris
  • ¼ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak zaitun

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar dengan baik sehingga menjadi puri halus – pastikan tiada ketulan.
  2. Tambah sedikit air jika puri kelihatan terlalu pekat.
  3. Kemudian, tuangkan puri ke dalam mangkuk dan berikan bayi makan.
  4. Anda boleh menambah ¼ teh jus lemon untuk meningkatkan rasa hidangan.

Mudah bukan cara masak ikan salmon yang dikongsikan di atas? Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Healthy Fish Choices for Kids. https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/all-around/Pages/Protecting-Your-Children-From-Contaminated-Fish.aspx, Accessed on Jan 30, 2023
  2. 15-Minute Salmon (for Parents). https://kidshealth.org/en/parents/salmon.html, Accessed on Jan 30, 2023
  3. 4 Salmon Benefits for Babies. https://komira.co.id/site/article/read/816/20/4-Salmon-Benefits-for-Babies, Accessed on Jan 30, 2023
  4. Fill Up on Fish for a Brainier Baby! https://www.health4mom.org/fill-fish-brainier-baby/, Accessed on Jan 30, 2023
  5. 6 Reasons Why Your Child Should Be Eating Salmon. https://www.bigsams.in/2019/06/24/6-reasons-why-your-child-should-be-eating-salmon/, Accessed on Jan 30, 2023
  6. American Academy of Pediatrics Says US Children Are Not Eating Enough Seafood.https://www.healthychildren.org/English/news/Pages/AAP-Says-US-Children-Not-Eating-Enough-Seafood.aspx, Accessed on Jan 30, 2023
  7. Essential Fatty Acids. https://lpi.oregonstate.edu/mic/other-nutrients/essential-fatty-acids, Accessed on Jan 30, 2023
  8. Starting Solid Foods. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/Starting-Solid-Foods.aspx, Accessed on Jan 30, 2023
  9. Reduce Exposure to Contaminants in Fish. https://doh.wa.gov/community-and-environment/food/fish/reduce-contaminant-exposure,Accessed on Jan 30, 2023 

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Bayi 6 Bulan Makan Berapa Kali Sehari? Ini Cara Nak Tahu Bayi Kenyang Atau Lapar!

Ini 8 Cara Sediakan Bekalan Makanan Baby 6 Bulan Kepada Pengasuh, Mudah! Senang Kerja Ibu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan