Myneni berkata, lebih baik berhenti merokok berbanding menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan setiap hari.
Walau bagaimanapun, tidak mengapa jika perokok berniat untuk berhenti merokok dengan amalan makan bawang putih.
5 khasiat bawang putih mentah

Selain dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru, bawang putih juga mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya ialah:
1. Dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Bawang putih mempunyai impak yang positif terhadap tekanan darah kita. Oleh sebab itu, pesakit tekanan darah tinggi boleh cuba mengambil lebih banyak bawang putih untuk merendahkan tekanan darah.
2. Rambut dan kulit lebih sihat dengan bawang putih
Sifat antioksidan pada bawang putih boleh membuatkan kulit lebih sihat dan bebas jerawat. Malah, ada kajian yang menunjukkan bahawa amalan menyapu bawang putih pada jerawat boleh membuatkannya hilang dengan lebih cepat!
Walau bagaimanapun, hati-hati ketika menggunakan bawang putih sebagai rawatan. Ia boleh menyebabkan kulit rasa pedih dan sakit.
3. Bawang putih dapat melindungi makanan
Sifat antibakteria yang sama juga boleh membunuh bakteria dalam makanan yang menyebabkan keracunan makanan, termasuklah salmonella dan E.coli!
4. Berfungsi sebagai bahan anti-inflamasi
Kajian menunjukkan, minyak bawang putih amat berkesan untuk sakit otot atau sakit sendi. Oleh sebab itu, jika anda sering rasa sakit, cuba gunakan minyak bawang putih.
Malah, The Arthritis Foundation juga amat menggalakkan penggunaan minyak bawang putih untuk menghalang kerosakan tulang rawan dalam kalangan pesakit arthritis.
5. Meningkatkan imuniti badan
Ini merupakan khasiat bawang putih mentah yang paling popular dan diketahui ramai.
Malah, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal American Journal of Epidemiology, mereka yang makan lebih banyak bawang putih, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai 35% risiko yang lebih rendah untuk mengalami kanser kolon!
Kesimpulan
Tidak salah lagi, mereka yang gemar makan bawang putih kurang berisiko untuk mengalami kanser paru-paru.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi khasiat bawang putih mentah yang boleh membuatkan pengamalnya lebih sihat dan bertenaga.
Oleh sebab itu, tidak ada salahnya jika anda ingin makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua ulas seminggu. Malah, amalan ini mungkin dapat membantu mencegah kanser pada masa hadapan!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen