backup og meta

Sudah Masuk Trimester Ketiga? Syukur Tapi Ibu Kena Sentiasa Pantau 17 Simptom Ini Ya..

Sudah Masuk Trimester Ketiga? Syukur Tapi Ibu Kena Sentiasa Pantau 17 Simptom Ini Ya..

Apa yang perlu anda ketahui mengenai perkembangan janin trimester 3 ya? Baca artikel ini untuk lebih memahami tentang tumbesaran janin serta simptom perubahan tubuh yang perlu bakal ibu perhatikan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Perkembangan janin trimester 3

Memasuki fasa tumbesaran janin trimester ketiga, si manja akan mula membuka mata, menambah berat badan dan bersedia untuk dilahirkan

Peringkat ini juga rahim menjadi tempat paling sibuk.

Seperkara ingin diingatkan, segala ukuran adalah anggaran semata-mata.

Tumbesaran janin minggu ke 28 & 29 – Mata terbuka separuh dan bayi mula menendang & meregang

Pada minggu ke-28 tempoh kehamilan, kelopak mata bayi boleh terbuka separuh dan bulu mata telah terbentuk.

Sistem saraf pusat dapat mengawal pergerakan nafas dan suhu badan.

Bayi anda sekarang dianggarkan sepanjang 250 mm dengan berat sekitar 1 kg.

Manakala pada minggu ke-29, si manja sudah mula menendang, meregangkan badan dan mencengkam.

perkembangan janin trimester 3

Perkembangan janin trimester 3 – Rambut mula tumbuh & pertambahan berat bayi pada minggu 30 & 31

Mata bayi dalam kandungan sudah dapat terbuka luas ketika berusia 30 minggu.

Rambut mereka juga berkemungkinan tumbuh pada minggu ini. Sel darah merah terbentuk di sumsum tulang bayi.

Panjang bayi juga bertambah melebihi 270 mm dengan berat 1.3 kg.

Menjelang usia 31 minggu kehamilan, sebahagian besar proses tumbesaran janin telah selesai. Kini masanya untuk mereka menambah berat lebih banyak!

Bayi belajar bernafas dan mengesan cahaya pada usia kehamilan 32 & 33

Pada minggu ke-32 kehamilan, kuku kaki bayi mula kelihatan. Rambut halus dan lembut yang menutupi kulit bayi – lanugo – mulai gugur minggu ini.

Pada perkembangan janin trimester 3, bayi dalam kandungan dianggarkan seberat 1.7 kg dengan kepanjangan 280 mm.

Minggu seterusnya, anak mata si kecil akan berubah saiz sebagai tindak balas terhadap rangsangan cahaya.  

Tulang mereka semakin mengeras. Namun, bahagian tengkorak masih lembut dan fleksibel.

perkembangan janin trimester 3

Perkembangan janin trimester 3 – Kuku mula tumbuh & kulit bayi menjadi licin pada minggu ke 34 & 35

Kuku si kecil mula tumbuh sampai ke hujung jari ketika berusia 34 minggu.

Kepanjangan bayi pada usia ini dianggarkan sekitar 300 mm dengan berat lebih daripada 2.1 kg.

Kulit bayi akan menjadi licin pada minggu ke-35 kehamilan. Tubuh mereka semakin berisi dan lebih jelas kelihatan seperti bayi comel.

Minggu 36 & 37, bayi semakin membesar dan posisi kepala turun ke bawah

Memasuki minggu ke-36, keadaan dalam rahim akan semakin sesak dan menyukarkan bayi untuk menendang.

Tapi jangan risau, ibu berkemungkinan masih berpeluang merasai pergerakan dan tendangan manja si kecil!

Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, kepala bayi pada minggu ke-37 ini mula turun ke pelvis.

Sekiranya kedudukan bayi dalam keadaan songsang, doktor akan cuba membantu mengatasi situasi ini. 

Baca juga:

Perkembangan janin trimester 3 – Tumbuh kuku kaki dan persediaan tarikh bersalin menjelang minggu 38, 39 & 40 kehamilan

Ukur lilit kepala bayi dan perutnya pada usia kehamilan 38 minggu ini adalah hampir sama.

Kuku jari kaki juga sudah tumbuh dan kebanyakan rambut lanugo pada bayi sudah gugur semuanya.

Berat si kecil boleh mencapai sekitar 2.9 kg.

Pada minggu ke-39, dada bayi semakin menonjol. Bagi bayi lelaki, testis mula turun ke skrotum. 

Lemak pada badan semakin bertambah bagi membantu mengawal suhu badan selepas kelahiran.

Memasuki minggu akhir kehamilan, panjang bayi dianggarkan sekitar 360 mm dengan berat 3.4 kg.

Jangan bimbang jika masih tidak muncul tanda-tanda akan bersalin.

Due date hanyalah anggaran untuk menjangkakan bila kehamilan anda akan berusia 40-minggu dan bukannya untuk tempoh bayi dilahirkan.

[embed-health-tool-due-date]

Perubahan simptom tubuh vs tumbesaran janin

Berikut adalah antara perubahan dan gejala yang mungkin dialami oleh seorang wanita hamil semasa trimester ketiga, merangkumi:

  1. Peningkatan suhu badan terutamanya apabila bayi juga mengeluarkan haba lalu menyebabkan ibu menjadi panas.
  2. Kerap kencing kerana pertambahan tekanan pada pundi kencing.perkembangan janin trimester 3
  3. Penurunan tekanan darah apabila janin menekan saluran utama yang menjadi aliran darah keluar masuk jantung.
  4. Mengalami bengkak kaki, tangan dan wajah dikenali sebagai edema kerana pertambahan simpanan cecair dalam badan ibu.
  5. Pertumbuhan rambut pada lengan, kaki dan wajah disebabkan peningkatan rangsangan hormon folikel rambut. Tekstur rambut juga mungkin lebih kasar.
  6. Kekejangan kaki mungkin menjadi lebih kerap.
  7. Kontraksi Braxton-Hicks (kontraksi palsu) mungkin mula berlaku pada selang waktu yang tidak teratur sebagai persediaan untuk melahirkan anak.
  8. Tanda regangan mula muncul di perut, payudara, paha dan punggung.
  9. Kolostrum mungkin mengalir keluar daripada puting susu.
  10. Masalah Kulit kering dan gatal mungkin berterusan di bahagian perut kerana kulit meregang.
  11. Libido wanita (dorongan seksual) boleh menurun.
  12. Pigmentasi kulit boleh menjadi lebih jelas iaitu tompok kulit yang gelap di wajah.
  13. Masalah sembelit dan pedih ulu hati boleh berterusan.
  14. Peningkatan keputihan berwarna putih (leukorrhea) yang mungkin mengandungi lebih banyak lendir.
  15. Sakit belakang mungkin berterusan dan peningkatan intensiti.
  16. Masalah buasir boleh berterusan dan bertambah teruk.
  17. Urat varikos pada kaki boleh berterusan dan semakin teruk.

Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on July 7, 2021

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/fetal-development/art-20045997 

https://www.acog.org/Patients/FAQs/Prenatal-Development-How-Your-Baby-Grows-During-Pregnancy

https://www.womenshealth.gov/pregnancy/youre-pregnant-now-what/stages-pregnancy

https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=third-trimester-85-P01242

https://ldh.la.gov/index.cfm/page/1059

https://www.summahealth.org/medicalservices/womens/aboutourservices/maternity-services/pregnancy-overview/third-trimester

https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=101070

Versi Terbaru

23/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

4 Perkara Penting Perlu Kalian Tahu & Buat Ketika Dalam Fasa Kehamilan!

Ambil Perhatian! 7 Perkara Ini Akan Berlaku Kepada Ibu Hamil Sewaktu Memasuki Trimester Ketiga


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan