Terbeliak mata si ibu hamil keseronokan di saat anak di dalam kandungan membuat tendangan pertama.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Terbeliak mata si ibu hamil keseronokan di saat anak di dalam kandungan membuat tendangan pertama.
Rasa, terkejut, gemuruh, riang bercampur aduk terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali hamil.
Memang normal bagi setiap bayi untuk membuat tendangan pertama sekitar 18 hingga 25 minggu kehamilan.
Bagi yang sudah hamil beberapa kali, mereka mungkin lebih cekap mengesan tendangan bayi buat kali pertama.
Mungkin ada yang anggap remeh, namun tendangan tersebut boleh memberikan maklumat berharga kepada ibu dan pegawai kesihatan yang memantau.
Oleh sebab itulah kiraan tendangan bayi perlu dibuat dengan betul terutamanya ketika trimester ketiga kehamilan.
Pada tahun 2018, satu kajian yang diterbitkan di laman jurnal Nature menunjukkan kaitan yang kuat di antara aktiviti tendangan bayi dengan perkembangan deria.
Subjek kajian melibatkan bayi yang lahir di antara 31 hingga 42 minggu (campuran kelahiran pramatang dan matang).
Usia bayi dikira berdasarkan kepada kematangan mereka semasa dilahirkan.
Jika mereka dilahirkan pramatang, maka usia mereka akan dikira seperti bayi yang masih di dalam kandungan sehingga mencapai usia matang (37 minggu dan ke atas).
Sebagai contoh, bayi pramatang berusia 1 minggu yang lahir pada minggu ke 32 kehamilan, akan dikira sebagai bayi yang sama perkembangan dengan janin di dalam kandungan yang berusia 33 minggu.
Hanya jika mereka mencapai usia matang (37 minggu) kiraan usia akan mengikut kepada taraf bayi yang baru lahir.
Contohnya, bayi berusia 1 minggu yang lahir pada minggu ke 40 kehamilan akan dianggap berusia 1 minggu.
Pengkaji memberi tumpuan kepada gelombang perkembangan otak yang terhasil semasa bayi tidur di dalam fasa rapid eye movement (REM).
Setiap kali mereka menggerakkan anggota badan, sebagai contoh tangan, hemisfera otak akan memproses deria sentuh pada tangan terlibat.
Fenomena perkembangan deria ini sangat memberangsangkan bagi subjek bayi pramatang.
Apabila bayi matang sudah mencecah beberapa minggu, perkembangan deria itu hilang.
Setiap anggota yang bergerak ketika bayi sedang tidur di dalam kandungan akan mengalami perkembangan deria badan.
Ia merupakan satu bentuk pemetaan saraf yang terhasil kesan daripada aktiviti biologi dan faktor persekitaran di dalam rahim ibu.
Kajian dalam subjek haiwan seperti tikus turut menunjukkan dapatan yang serupa.
Tendangan bayi ketika di dalam perut bukan sahaja penting untuk kita tahu anak di dalam kandungan sihat malah perkembangan mereka ketika berada di dalam perut.
Oleh sebab itulah tidur dianggap sebagai satu komponen penting dalam perkembangan janin di dalam kandungan.
Kajian sebegini boleh menyumbang kepada aspek penjagaan bayi pramatang.
Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk ibu mengira dengan tepat jumlah pergerakan bayi dalam masa sehari untuk dibandingkan dengan hari esok.
Kadangkala sukar untuk mereka pastikan sama ada tendangan bayi itu hanya sekadar pergerakan atau perasaan mereka semata-mata.
Oleh itu, cara pengiraan yang betul perlu ditekankan kepada golongan ibu hamil untuk kemudahan mereka.
Anda mungkin berminat:
Terdapat pelbagai cara untuk kita mengira jumlah pergerakan bayi.
Panduan yang dikeluarkan oleh Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) memberi penekanan kepada aspek tendangan dan pergerakan bayi.
Namun, untuk kemudahan pembaca, mari kita beri tumpuan kepada tendangan bayi sahaja:
Jika anda masih tidak yakin dengan langkah untuk mengira tendangan bayi, usulkan pertanyaan kepada doktor anda.
Amat penting bagi ibu untuk tahu cara yang betul bagi mengira tendangan di dalam kandungan.
Kalau pergerakan bayi pada hari tersebut luar biasa (terlalu cepat atau terlalu lambat), buat pemeriksaan di hospital berdekatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen