backup og meta

Persediaan Untuk Hamil Bukan Hanya Ambil Asid Folik, Semak 9 Checklist Ini!

Persediaan Untuk Hamil Bukan Hanya Ambil Asid Folik, Semak 9 Checklist Ini!

Sebenarnya, terdapat beberapa perkara dalam senarai semak persediaan untuk hamil dan ia bukannya hanya ambil asid folik!

Persoalannya, apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk hamil?

Tenang, di sini kami akan nyatakan sekali gus huraikan apa yang perlu pasangan suami isteri buat sebagai persediaan sebelum hamil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Cubaan Hamil, sila dapatkannya di sini. 

Checklist persediaan untuk hamil

Sebagai persediaan sebelum hamil, anda dan pasangan perlu tangguhkan memilih nama dan meneka jantina anak terlebih dahulu.

Jadikan ia antara perkara terakhir yang harus dibuat kerana keutamaan perlu diberikan dalam teknik mencuba dan merancang untuk hamil.

Ini dia perkara yang perlu diberi perhatian khusus di dalam persediaan untuk hamil:

#1. Hentikan kontraseptif

Pasangan suami isteri terutamanya yang masih muda cenderung untuk merancang keluarga dengan pelbagai kaedah kontraseptif.

Berikut antara cara paling popular dalam usaha perancangan keluarga:

Apabila sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, hentikan segala penggunaan kontraseptif ini dan lakukan hubungan seks.

Sesetengah pasangan mengambil pil perancang bagi mengelakkan kehamilan.
Sesetengah pasangan mengambil pil perancang bagi mengelakkan kehamilan.

Jika merancang untuk hamil #2. seks

Bagaimana untuk hamil jika penetrasi zakar ke dalam faraj tidak dilaksanakan? Jadi, sila lakukan seks dengan kerap!

Namun ada satu perkara yang kalian perlu cakna mengenainya iaitu ‘timing’ untuk berasmara dengan pasangan perlu tepat.

Caranya adalah dengan mengetahui waktu subur wanita yang bergantung kepada proses ovulasi. Gunakan tip berikut:

  • Alat pengesan proses ovulasi
  • Pengiraan kalendar ovulasi
  • Peningkatan suhu badan
  • Perubahan mukus serviks

#3. Amalkan diet yang seimbang

Wanita yang sudah bersedia untuk hamil perlu mengambil lebih banyak kalsium, protein, serat, zat besi dan asid lemak Omega-3.

Ini bertujuan bagi menyediakan tubuh badan wanita tersebut agar menjadi lebih sihat dan kuat untuk proses kehamilan kelak.

Namun ini juga tertakhluk kepada lelaki bagi membolehkan mereka menghasilkan sperma yang lebih berkuantiti dan berkualiti.

#4. Tambahkan suplemen asid folik

Disarankan wanita yang merancang untuk hamil agar mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 400 mikrogram sehari.

Vitamin yang turut dikenali dengan nama B9 ini perlu diambil untuk mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida dan anencephaly berlaku.

Sebagai alternatif, kalian juga boleh mendapatkannya dari makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan sitrus, kekacang dan bijirin.

Persediaan sebelum hamil #5. Peka dengan perubahan

Perubahan yang dimaksudkan ini adalah fokus pada tubuh badan untuk mengetahui langkah seterusnya.

Jika anda mula mengalami morning sickness, ketahuilah ia mungkin petanda awal kehamilan yang paling ketara.

Kemudian, segera lakukan ujian kehamilan di rumah atau berjumpa doktor untuk lebih kepastian.

#6. Dapatkan rehat yang cukup

Tubuh badan memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi agar ia mampu berfungsi dengan sempurna pada hari esok.

Sebagai persediaan untuk hamil, seorang wanita itu perlu mendapatkan rehat dan tidur  yang cukup yakni sekitar 8 jam sehari.

Ini bertujuan bagi memastikan hormon kesuburan wanita berada pada tahap yang tinggi. Berikut adalah jenis hormon penting yang dinyatakan:

  • Leptin
  • Prolaktin
  • Estrogen
  • Progesterin
  • Leteinizing hormone (LH)
  • Follicle stimulating hormone (FSH)

Jika merancang untuk hamil #7. Yoga

Yoga adalah satu teknik senaman terbaik yang boleh diamalkan oleh individu termasuklah wanita yang merancang untuk hamil.

Meskipun tidak terdapat bukti saintifik yang berjaya mengaitkan yoga dengan kesuburan, namun ia masih boleh membantu.

Ini kerana senaman ini terbukti boleh menghilangkan stres bagi wanita yang bersedia untuk hamil.

Kenali tanda-tanda subur wanita bagi meningkatkan kecenderungan untuk hamil.
Kenali tanda-tanda subur wanita bagi meningkatkan kecenderungan untuk hamil.

#8. Jauhi tabiat buruk

Mungkin ramai individu yang belum sedar dan masih buat tabiat buruk seperti menghisap rokok, tidak bersenam serta mengambil alkohol dan kafein.

Apabila sudah bersedia untuk mengandung, tabiat-tabiat buruk ini perlu dijauhi oleh wanita dan lelaki untuk memudahkan proses kehamilan terjadi.

Di samping itu, anda dan pasangan juga pasti tidak mahu berlaku sebarang kecacatan pada janin yang boleh terjadi akibat tabiat buruk ini.

#9. Jalani hidup sihat

Akhir sekali, pasangan suami isteri yang sedang dalam persediaan sebelum hamil wajar menjalani hidup yang lebih sihat dan sejahtera.

Usah bebankan fikiran kalian dengan memikirkan kos kelahiran atau penjagaan bayi. Sebaliknya nikmati perjalanan proses ini.

Jalani hidup yang lebih sihat dengan kurangkan berfikir serta banyakkan bersenam agar mental dan fizikal anda siap untuk hamil kelak.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cdc.gov/preconception/planning.html
  2. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000513.htm
  3. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/getting-ready-for-pregnancy-preconception-health.aspx
  4. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/preconception/art-20046664
  5. https://www.womans.org/our-services/mother-and-baby/trying-to-get-pregnant/prepare-for-your-pregnancy

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Ada Masalah Untuk Hamil Secara Natural? Boleh Cuba Kaedah Pembekuan Telur

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan