backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

4 Perkara Penting Perlu Kalian Tahu & Buat Ketika Dalam Fasa Kehamilan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2021

4 Perkara Penting Perlu Kalian Tahu & Buat Ketika Dalam Fasa Kehamilan!

Ketika dalam fasa kehamilan, anda tidak seharusnya hanya memikirkan tentang jantina dan nama bayi sahaja.

Ini kerana terdapat beberapa perkara penting perlu kalian tahu dan buat bagi memastikan proses kehamilan yang sihat serta sempurna.

Apakah perkara-perkara penting dalam peringkat kehamilan tersebut? Ayuh bersama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kehamilan sihat

Bagi yang baru pertama kali mengandung atau baru hamil seminggu, mungkin anda akan terfikir dan tertanya perkara apa yang perlu dititikberatkan ketika sedang hamil.

Mudah sahaja, kalian perlu pastikan 3 perkara penting ini dilaksanakan:

Rehat dengan cukup

Di saat wanita disahkan hamil seminggu, kurang atau lebih, doktor mungkin akan menyarankan untuk berehat dengan cukup.

Bahkan ada juga wanita yang disarankan untuk menjalani bed rest, keadaan di mana anda hanya perlu duduk di kerusi atau baring di katil sepanjang hari.

Ketika ini, anda hanya perlu bangun untuk pergi ke bilik air dan ditegah dari melakukan kerja rumah ataupun mengangkat barangan yang berat.

Terapi bed rest ini adalah sangat disarankan terutamanya buat wanita yang mengalami masalah pada setiap peringkat kehamilan.

Makan dengan sihat

Tidak kira dalam fasa kehamilan awal, pertengahan atau lewat, si ibu perlu untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Ini bermakna anda perlu mengawal setiap pengambilan makanan dan minuman bagi mendapatkan nutrisi penting untuk anda dan bayi.

Dalam pada itu, adalah sangat penting untuk kalian mengambil suplemen pranatal seperti asid folik untuk mengelakkan kecacatan janin.

Sementara itu, elakkan dari mengambil minuman beralkohol dan berkafein yang ternyata tidak bagus untuk ibu mengandung.

Fasa kehamilan

Kawal berat badan

Mempunyai berat badan yang stabil semasa hamil adalah sangat penting bagi memudahkan proses kehamilan.

Pun begitu, mungkin masih ramai yang keliru tentang berat badan paling ideal buat mereka ketika  sedang mengandung.

Sebenarnya, anda tidak boleh sewenang-wenangnya menambah atau mengurangkan sendiri berat badan anda.

Sebaliknya, cuba guna kalkulator berat badan ketika hamil kami ini ya? Pautan: Kalkulator Tambah Berat Badan Ketika Hamil

Ujian darah kehamilan

Ketika sedang dalam fasa kehamilan awal contohnya baru hamil seminggu, anda mungkin perlu membuat ujian darah bagi beberapa tujuan utama termasuklah:

  • Mengetahui kumpulan darah
  • Mengesan jangkitan
  • Mengesan penyakit

Ia sangat penting bagi menentukan sama ada anda menghidapi keadaan kesihatan kronik seperti HIV, anemia, praeklampsia, hepatitis, sifilis dan lain-lain.

Dalam pada itu, ujian darah ini juga perlu dibuat bagi mengesan kewujudan kondisi diabetes gestasi yang mungkin berlaku kepada ibu hamil.

Dengan ini, doktor dapat lebih bersedia dengan memberikan ubatan dan rawatan awal bagi memastikan keselamatan dan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.

Ujian ultrabunyi

Selain ujian darah, terdapat beberapa lagi ujian penting perlu dibuat ibu mengandung seperti ujian swab, urin serta ultrabunyi.

Ujian ultrabunyi kebiasaannya perlu dibuat pada minggu ke-12, minggu ke-20 serta minggu ke-30 kehamilan bersama doktor.

Fasa kehamilan

Ujian ultrabunyi trimester pertama

  • Untuk mengetahui jumlah janin dalam kandungan
  • Untuk mengetahui jantina dan tarikh jangka bersalin
  • Untuk mengetahui kondisi kromosom janin

Ujian ultrabunyi trimester kedua

  • Untuk mengetahui pertumbuhan janin
  • Untuk mengetahui posisi plasenta si ibu
  • Untuk mengetahui tahap kesihatan dan kesempurnaan janin

Ujian ultrabunyi trimester ketiga

  • Untuk mengetahui perkembangan janin
  • Untuk mengetahui posisi plasenta si ibu
  • Untuk mengetahui tahap kesihatan dan kesempurnaan janin
  • Ujian ini akan dilakukan dengan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi melalui alat dan mesin di pusat perubatan.

    Gelombang ini kemudiannya mampu untuk ditukarkan menjadi imej 2 atau 3 dimensi untuk mengetahui keadaan janin dalam perut.

    Namun diagnosis kadangkala tidak tepat ekoran imej yang tidak berkualiti tinggi namun ia masih perlu dibuat sebagai langkah persediaan awal.

    Komplikasi

    Melalui ujian-ujian yang perlu dilakukan ketika fasa kehamilan, doktor mungkin akan dapat menjangka jika berlaku komplikasi kelak.

    Antara faktor risiko yang mungkin akan meningkatkan komplikasi kehamilan:

    • Jangkitan
    • Penyakit
    • Usia hamil terlalu lewat
    • Usia hamil terlalu muda
    • Penyalahgunaan dadah
    • Pengambilan alkohol & kafein berlebihan
    • Sejarah keguguran & kelahiran pramatang
    • Kehamilan kembar

    Namun apakah antara komplikasi yang biasa berlaku ketika peringkat kehamilan? Ia bukan sekadar keguguran dan kelahiran pramatang!

    Fasa kehamilan

    #1. Infeksi

    Infeksi akibat bakteria, virus atau parasit mungkin akan merumitkan proses kehamilan dan juga bahaya buat si ibu serta bayi.

    Untuk mengelakkan ia berlaku, sila jaga kebersihan, kesihatan dan ambil vaksinasi seperti mana yang direncanakan doktor.

    #2. Anemia

    Kondisi sel darah merah kurang dalam tubuh badan akan membuat si ibu lebih cenderung berasa lemah dan lesu berbanding biasa.

    Disebabkan itu, pengambilan zat besi serta asid folik adalah penting untuk memastikan jumlah sel darah merah stabil dan ideal.

    #3. Praeklampsia

    Kondisi ini mungkin boleh berlaku pada sekitar minggu ke-20 kehamilan dan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain.

    Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubatan dan rawatan selain terpaksa menahan anda di wad hospital untuk dipantau.

    Selain itu, wujud juga beberapa komplikasi lain yang mungkin boleh berlaku kepada si ibu ketika dalam peringkat kehamilan.

    Oleh itu, sila berhubung dengan doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda dan bayi ketika sedang hamil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan