backup og meta

Tahniah, Anda Sudah Memasuki Trimester Ke-2! Ini Perkembangan Si Kembar Perlu Ibu Ketahui

Tahniah, Anda Sudah Memasuki Trimester Ke-2! Ini Perkembangan Si Kembar Perlu Ibu Ketahui

Perut wanita mengandung kembar pada trimester kedua pastinya lebih mudah dikesan. Tetapi adakah bakal ibu mengetahui mengenai perkembangan janin kembar pada tempoh kehamilan ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Trimester kedua perkembangan janin kembar

Trimester kedua kehamilan berlangsung bermula minggu ke 13 hingga 27 atau bulan 4, 5 dan 6.

Ia merupakan fasa pertengahan kehamilan, di mana baby bump mula kelihatan dan pergerakan bayi akan dapat dirasai.

Memasuki peringkat ini, masalah mual dan mabuk pagi semakin berkurangan. 

Perkembangan janin kembar minggu 13 & 14

Bayi kembar anda pada usia 13-minggu adalah sebesar sebiji lemon dan mempunyai berat sekitar 23 gram.

Mereka sudah mempunyai cap jari. Manakala saluran darah dan organ mereka jelas kelihatan melalui kulit.

Memasuki minggu ke-14, berat mereka akan bertambah kepada 42 gram dengan saiz sebesar buah pic.

Pada usia ini, isyarat otak si kembar mula berkembang dan mereka sudah mampu menggunakan otot muka. Organ buah pinggang mereka juga sudah mula berfungsi.

perkembangan janin kembar

Minggu 15 & 16

Ibu yang mengandung kembar harus menyedari, anak dalam kandungan anda kini seberat 70 gram setiap seorang dan sebesar buah oren navel pada minggu ke-15.

Meskipun kelopak mata anak tertutup rapat, namun mereka boleh berasakan kehadiran cahaya. 

Bakal ibu dan ayah yang ingin mengetahui jantina bayi boleh melakukan pemeriksaan ultrabunyi

Namun, adakalanya pada tempoh ini masih terlalu awal untuk dikenal pasti.

Pada perkembangan janin kembar minggu ke-16, anggaran berat mereka masing-masing adalah sekitar 99 gram, ukuran saiz sebesar avokado.

Walaupun masih belum mempunyai rambut, tetapi jalur rambut janin mula kelihatan. Organ kaki juga sudah mula berkembang dan telinga berada pada tahap akhir perkembangan.

Perkembangan janin kembar usia 17 & 18 minggu 

Pada usia 17 minggu, anak kembar anda masing-masing mempunyai berat kira-kira 170 gram, dengan saiz ukuran seperti sebiji buah delima.

Mereka kini sudah boleh menggerakkan sendi dan rangka serta tulang rawan lembut semakin mengeras. Tali pusat lebih kuat dan tebal.

Melangkah masuk ke minggu ke-18 pula, kandungan ibu yang mengandung kembar akan seberat sekitar 190 gram, dengan saiz sebesar articok.

Pergerakan bayi kembar dijangka semakin aktif apabila mereka sudah mampu melenturkan lengan dan kaki. 

Lapisan pelindung myelin sudah terbentuk sekitar saraf yang berfungsi sebagai penebat, seperti lapisan pelindung wayar. Ia dapat mempercepatkan penghantaran isyarat elektrik sepanjang neuron.

Baca juga:

Minggu 19 & 20

Berat anak kembar pada minggu-19 adalah sekitar 240 gram, setiap seorang, hampir sebesar biji mangga.

Deria seperti bau, penglihatan, sentuhan, rasa dan pendengar – semakin berkembang dan mereka mungkin dapat mendengar suara ibu.

Ibu mengandung kembar kini membawa perut seberat lebih ½ kilogram, kerana berat bayi kembar masing-masing pada minggu ke-20 adalah sekitar 290 gram bersamaan ukuran sebiji pisang.

Perkembangan janin kembar kini berada pada tahap sudah boleh menelan dan sistem pencernaan mereka sudah menghasilkan mekonium iaitu najis bayi paling awal.

Minggu 21 & 22

Memasuki minggu ke-21, berat bayi kembar masing-masing adalah sekitar 360 gram.

Daripada pergerakan flutter, kini mereka mula melakukan tendangan penuh dan tolakan pada dinding rahim.

Pada minggu ke-22, berat median bayi adalah sekitar 510 gram dan semakin aktif melakukan pergerakan dalam rahim ibu.

Perkembangan janin kembar usia 23 & 24 minggu

Pada usia kehamilan 23 minggu, berat bayi adalah 600 gram.

Telinga mereka semakin berkembang. Selepas lahir, si manja kembar anda mungkin dapat mengenal pasti beberapa bunyi yang kerap didengar semasa di dalam rahim.

Pada minggu ke-24, berat median bayi mencecah hampir 700 gram. Kulit mereka masih nipis dan lut sinar tetapi sedang dalam proses untuk berubah.

perkembangan janin kembar

Perkembangan janin kembar usia 25, 26 & 27 minggu

Ibu yang mengandung kembar harus menyedari berat median bayi kini adalah sekitar 800 gram pada usia 25 minggu.

Kulit anak mula dipenuhi lemak dan kini hampir menyerupai wajah seorang bayi baru lahir. Rambut mula tumbuh dengan warna dan tekstur tersendiri.

Pada minggu ke-26, anggaran berat median bayi dalam kandungan adalah lebih 900 gram.

Bayi kembar anda kini menyedut dan menghembuskan cecair ketuban untuk membantu mengembangkan paru-paru mereka.

Ia dianggap sebagai latihan pernafasan yang baik untuk menghirup udara selepas dilahirkan nanti.

Memasuki minggu ke-27, berat median bayi kembar adalah sekitar 1 kg 50 gram.

Yeay! Anda kini berada diambang trimester ketiga. Anak kembar anda sekarang mempunyai otak yang sangat aktif.

Secara amnya, paru-paru mereka tidak terbentuk dengan sepenuhnya.

Tetapi jika berlaku kelahiran kecemasan dan anak kembar anda dilahirkan sebagai bayi pramatang awal, mereka mampu untuk bernafas di luar rahim dengan bantuan perubatan.

Tip ibu mengandung kembar untuk trimester kedua

perkembangan janin kembar

Berikut adalah beberapa perkara boleh dicuba:

  • Pakai tali pinggang kehamilan untuk membantu mengurangkan rasa sakit kesan bebanan perut yang semakin membesar
  • Berehat dan tidurlah jika perlu, kerana anda menggunakan tenaga 10% lebih banyak berbanding wanita dengan kehamilan tunggal
  • Amat disarankan untuk tidur pada posisi mengiring dan lutut dibengkok. Ia dikatakan posisi paling selesa buat ibu hamil

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on July 7, 2021

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-second-trimester

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/staying-healthy-during-pregnancy/twin-pregnancy-answers-from-maternal-fetal-medicine-specialist

https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/multiple-pregnancy-and-birth-twins-triplets-and-high-order-multiples-booklet/

https://www.acog.org/womens-health/faqs/multiple-pregnancy

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/twin-pregnancy/art-20048161

https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/multiples/vanishing-twin-syndrome-71060/

https://www.publichealth.org/public-awareness/prenatal-care/second-trimester/

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Yang Akan Berlaku Pada Janin Anda Sepanjang Minggu 1 hingga 12 Kehamilan

Trimester Kedua Kehamilan - Ada 9 Perubahan Yang Perlu Anda Perhatikan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan