Adakah anda peka dengan tanda bayi meninggal dalam kandungan? Ini apa yang patut anda tahu, ibu.
Adakah anda peka dengan tanda bayi meninggal dalam kandungan? Ini apa yang patut anda tahu, ibu.

Alangkah hibanya hati seorang ibu mengandung jika bayi meninggal dalam kandungan, ia sudah tentu merupakan perkara paling ditakuti wanita hamil.
Untuk pengetahuan anda, kondisi yang lebih dikenali sebagai stillbirth ini mungkin boleh terjadi kepada semua wanita terutamanya yang berisiko tinggi.
Meskipun belum ada cara yang kukuh untuk elak ia berlaku, lebih banyak pengetahuan tentangnya mungkin dapat menurunkan risiko anda.
Untuk lebih banyak info tentang Kehamilan, dapatkannya di sini.
Mungkin masih ada yang keliru di antara kejadian stillbirth (kelahiran mati) dengan miscarriage (keguguran janin), ia adalah dua perkara yang berbeza.
Keguguran janin itu bermaksud proses kehamilan yang berakhir dengan sendirinya dalam tempoh 20 minggu awal kehamilan.
Kelahiran mati pula bermaksud janin yang terbentuk meninggal dunia di dalam kandungan ibunya selepas 20 minggu kehamilan.
Sebenarnya, kejadian ini boleh berlaku kepada setiap wanita tanpa diduga terutamanya buat mereka yang berisiko tinggi.
Kebanyakan wanita yang pernah mengalaminya pula masih boleh mengandung secara sihat pada masa yang akan datang.
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, sesiapa sahaja boleh mengalaminya, namun ia sangat bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan bayi itu sendiri.

Kelahiran mati dalam kandungan mungkin disebabkan oleh beberapa masalah berkaitan si ibu, bayi, plasenta atau tali pusat termasuklah:
Walaupun masalah-masalah tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun ada keadaan tertentu yang mungkin menyebabkan ibu hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan peningkatan risiko berlakunya kejadian bayi meninggal dalam kandungan si ibu:
Meskipun dengan kemajuan teknologi perubatan pada masa kini, adalah masih sukar bagi doktor untuk meramal dan mencegah semua kes kelahiran mati.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan risiko dan tanda bayi meninggal dalam kandungan dengan cara:
Semasa trimester terakhir, wanita perlu lebih memberi perhatian dan mengira tendangan bayi pada waktu sama setiap hari apabila bayi sedang aktif.

Sebenarnya, cara untuk memastikan tanda bayi meninggal dalam kandungan yang paling mudah adalah dengan membuat pemeriksaan doktor.
Namun mungkin semasa hamil, adalah agak mustahil untuk kalian berjumpa doktor setiap hari ekoran keadaan anda ketika itu.
Jadi, adalah sangat penting untuk ibu hamil tahu dan peka dengan tanda bayi meninggal dalam kandungan dengan menghitung tendangan bayi anda.
Untuk pengetahuan anda, tendangan bayi mungkin boleh menjadi penanda aras yang sangat penting mengenai keadaan kesihatan mereka.
Dari minggu ke-28, anda harus mula mengira pergerakan bayi seperti tendangan, berpusing, bergolek atau sebarang pergerakan ringan.
Ini mungkin dapat membantu anda mengenali masalah dengan lebih awal lagi dan mengikuti arahan di bawah ini:

Sekiranya anda tidak dapat merasai 10 tendangan dari bayi dalam tempoh dua jam, ia mungkin tanda bayi meninggal dalam kandungan.
Jadi, sila berhubung dan berjumpa doktor segera.
Tidak dinafikan bahawa ia akan mengambil masa untuk si ibu pulih semula secara fizikal dan mental selepas kejadian bayi meninggal dalam kandungan.
Namun, hidup masih perlu diteruskan dan janin tersebut masih harus dikeluarkan daripada perut anda. Bagaimana untuk melahirkan bayi meninggal dalam kandungan tersebut?
Caranya adalah doktor akan memulakan proses kelahiran tersebut dengan memberikan ubatan tertentu untuk memudahkan prosedur.
Selain bersalin secara biasa, wujud juga prosedur alternatif yang mungkin boleh kalian lakukan iaitu D&E (dilation and evacuation).
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
30/05/2025
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Annes Nadia