backup og meta

Selalu Sangat Terkena Sampai Merana, Cubalah 6 Ubat Gastrik Terbaik Di Farmasi Ini!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Apabila terjadi sahaja masalah ini, perut anda tentu sahaja akan terasa sangat tidak selesa. Jadi, apa yang anda boleh buat? Tentu sahaja dengan membeli dan mengambil ubat gastrik terbaik di farmasi!

Selalu Sangat Terkena Sampai Merana, Cubalah 6 Ubat Gastrik Terbaik Di Farmasi Ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa maksud, punca dan kesan gastrik?

Untuk pengetahuan anda semua, gastrik atau gastritis merupakan keadaan kesihatan di mana individu akan rasa sakit atau tidak selesa pada perut gara-gara keradangan di dalam organ ini.

Sebenarnya, keradangan itu bukanlah disebabkan oleh angin atau gas seperti ramai percaya, tetapi ada sebab lain!

Ketahuilah bahawa lapisan di dalam organ perut anda akan menghasilkan sejenis asid bagi memecahkan setiap nutrien daripada makanan yang telah diambil dan dihadam oleh masing-masing.

Dalam masa yang sama, tubuh badan akan mengeluarkan lendir untuk melindungi perut daripada asid itu tadi. Tanpa kewujudan lendir ini, maka asid itu boleh meradangkan organ perut anda.

ubat gastrik

Apabila perut anda mula meradang, maka kondisi gastrik mungkin akan terjadi. Persoalannya, bagaimana untuk anda mencari dan memilih jenis-jenis ubat gastrik yang terbaik di pasaran?

Ini antara ubat gastrik terbaik di farmasi!

Di saat terkena gastritis, baru teringat untuk mula jaga makan dan minum bukan? Tidak wujud istilah terlambat, anda masih boleh mencuba untuk merawat kondisi ini hanya di rumah sahaja.

Bagaimana? Caranya adalah dengan menggunakan ubat gastrik terbaik yang terjual di farmasi seperti senarai ini:

#1. HIMALAYA Digestive Wellness

Pertama, ada satu produk daripada jenama gergasi di Malaysia iaitu Himalaya yang mampu membantu anda merawat kondisi gastrik dengan cara paling mudah dan dalam kadar paling pantas.

Produk ini bukan sahaja baik untuk melegakan kerengsaan dan keradangan pada organ perut malah mempercepatkan lagi proses pemulihan ulser perut yang juga menyebabkan ketidakselesaan.

Diperbuat daripada ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra, ia merupakan produk semula jadi yang sihat dan selamat bagi menyembuhkan segala masalah yang berkaitan dengan perut dan sistem pencernaan.

#2. GastroRelief Antacid Chewable Tablet

Kedua, wujud juga produk berperisa pudina yang mampu melegakan gastrik dengan segera daripada GastroRelief. Ia dikatakan turut bagus untuk masalah ulser, gas, asid refluks, pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

Terhasil daripada gabungan ramuan seperti aluminium hidroksida, magnesium hidroksida, simethicone dan lain-lain, produk ini boleh digunakan oleh segenap masyarakat daripada kanak-kanak sehingga warga emas.

#3. Alucid Tablet V.1

Ketiga, produk yang bernama Alucid ini turut menawarkan tindak balas untuk menyembuhkan masalah gastrik selain pedih ulu hati, ketidakhadaman serta tahap keasidan apabila ia terlalu tinggi di dalam organ perut.

Sama seperti kebanyakan produk lain, ia juga diperbuat daripada bahan aluminium hidroksida, magnesium hidroksida, simethicone dan banyak lagi yang akan mampu mengimbangkan kadar pH di dalam perut individu.

Ubat gastrik #4. Gastotac Suspension

Seterusnya, produk daripada Gastotac ini mampu meneutralkan kembali asid di dalam perut yang semua sudah tahu menyebabkan masalah seperti gastrik, pedih ulu hati, ketidakhadaman serta lain-lain.

Kandungan dua bahan hidroksida iaitu aluminium dan magnesium di dalamnya ternyata sangat bagus untuk masalah perut terutama jika anda ambil ubat ini selepas waktu makan dan sebelum masuk tidur.

Agar ia lebih berkesan, disarankan untuk produk ini diambil bersama makanan, minuman atau suplemen probiotik!

#5. Metabolic + Relievve Gastric Discomfort

Produk ini merupakan iktihar yang amat bagus untuk kesihatan dan keseimbangan sistem pencernaan. Ini kerana ia dikatakan mampu melegakan masalah seperti gastrik seawal 15 minit sahaja.

Diformulasikan khas dengan falsafah Gastro-AD yang terbukti secara klinikal, ia turut mengandungi hampir 30 jenis vitamin dan mineral yang kesemuanya memberi manfaat positif kepada perut.

Ekstrak Fenugreek di dalam produk ini juga membantu menambah selera makan yang hilang akibat masalah perut.

Suplemen gastrik #6. Maalox Plus

Terakhir, senarai ini tidak akan lengkap tanpa produk Maalox yang juga mampu menurunkan kadar asid dalam perut apabila ia sudah terlalu tinggi lantas menyebabkan masalah seperti gastritis itu terjadi.

Selain mengandungi dua bahan hidroksida utama, produk ini menawarkan perisa krim lemon swiss yang tidak sahaja akan menyegarkan bahkan akan melegakan segala ketidakselesaan di dalam perut anda.

Menariknya, ia turut hadir di dalam dua bentuk iaitu tablet dan cecair yang akan memberi kalian lebih banyak pilihan!

Konklusinya, memang ada banyak ubatan atau rawatan untuk kondisi gastrik termasuk senarai di atas. Pun begitu, ia mungkin akan berkesan atau tidak bergantung kepada banyak faktor lain.

Adalah lebih baik jika anda mendapatkan maklumat dan nasihat daripada pakar terlebih dahulu agar soalan termasuk makan ubat gastrik sebelum atau selepas makan itu boleh terjawab.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gastritis, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10349-gastritis, Accessed Aug 9 2023.
  2. Gastritis Information, https://www.mountsinai.org/health-library/condition/gastritis, Accessed Aug 9 2023.
  3. GASTRIC PROBLEM: CAUSES, SYMPTOMS & TREATMENT, https://www.narayanahealth.org/blog/gastric-problem-causes-symptoms-treatment/, Accessed Aug 9 2023.
  4. What Is Gastritis and How Is It Treated?, https://simhcottumwa.org/what-is-gastritis-and-how-is-it-treated/, Accessed Aug 9 2023.
  5. A How-to Guide: 5 Ways to Cure Gastric Problem Permanently, https://www.sitarambhartia.org/blog/internal-medicine/how-to-cure-gastric-problem-permanently/, Accessed Aug 9 2023.

Versi Terbaru

14/04/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sakit Perut Akibat Masalah Gastrik Angin? Ikut 8 Cara Mudah Ini Untuk Atasinya!

Elak Sakit Perut Gastrik Dengan Patuhi 6 PANTANG LARANG Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 5 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan