backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Vitagen

Bukan Sekadar Untuk Perut! Kesihatan Usus Turut Mempengaruhi Imuniti & Emosi

Ramai yang mengambil minuman probiotik untuk membantu menjaga kesihatan usus. Namun, adakah anda benar-benar memahami kebaikan probiotic dan peranannya terhadap kesihatan keseluruhan?

Bukan Sekadar Untuk Perut! Kesihatan Usus Turut Mempengaruhi Imuniti & Emosi

Hakikatnya, kesihatan usus bukan sahaja berkait rapat dengan sistem penghadaman, malah turut mempengaruhi sistem imun dan kesejahteraan harian1,2. Sebab itu, semakin ramai individu mula memberi perhatian kepada pengambilan probiotik sebagai sebahagian daripada rutin gaya hidup sihat1.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Adakah anda tahu berkenaan probiotik?

Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi1.

Di dalam usus manusia terdapat trilion bakteria yang membentuk komuniti mikrobiom usus1. Mikrobiom ini terdiri daripada bakteria baik dan bakteria yang berpotensi memberi kesan negatif jika tidak dikawal dengan baik1.

Apabila keseimbangan bakteria dalam usus terganggu, ia boleh menjejaskan fungsi penghadaman dan kesejahteraan tubuh secara keseluruhan1,3. Secara ideal, keseimbangan mikrobiom usus yang sihat terdiri daripada kira-kira 85% bakteria baik dan 15% bakteria yang berpotensi memberi kesan negatif.

Antara peranan bakteria baik dalam usus termasuk:

  • Membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiom usus1
  • Menyokong fungsi penghadaman1
  • Membantu penyerapan nutrien1
  • Menyokong sistem pertahanan semula jadi badan1
  • Membantu mengekalkan kesihatan usus1,4

Sebab itu, memahami kebaikan probiotic penting bagi membantu anda menjaga kesihatan usus dengan lebih baik1.

3 kebaikan probiotic yang perlu anda tahu

Kesihatan usus sering dianggap sebagai asas kepada kesejahteraan tubuh. Berikut merupakan antara kebaikan probiotik  yang sering dikaitkan dengan kesihatan harian.

Membantu menyokong sistem imun

Tahukah anda bahawa sekitar 70% hingga 80% sel imun badan berada di dalam usus? Oleh sebab itu, kesihatan usus memainkan peranan penting dalam menyokong sistem pertahanan semula jadi badan.1

Apabila keseimbangan mikrobiom usus terpelihara, bakteria baik membantu mengekalkan persekitaran usus yang sihat dan menyokong fungsi imun1,4.

Sebab itu, pengambilan probiotik secara konsisten sering dikaitkan dengan usaha membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus, sekali gus menyokong fungsi imun dan kesihatan secara keseluruhan¹.

Menyokong kesihatan penghadaman

Salah satu kebaikan probiotic yang paling dikenali ialah keupayaannya membantu menyokong sistem penghadaman.

Probiotik membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus yang penting untuk menyokong fungsi penghadaman harian1,4. Apabila keseimbangan mikrobiom berada dalam keadaan baik, sistem penghadaman juga dapat berfungsi dengan lebih optimum4.

kebaikan probiotic
Kesihatan penghadaman bermula dengan keseimbangan mikrobiom usus.

Menyokong kesejahteraan harian

Selain penghadaman dan imuniti, usus juga sering dirujuk sebagai “otak kedua” badan2.

Ini kerana kira-kira 95% serotonin atau hormon gembira (happy hormone) badan dihasilkan di dalam usus2.

Sebab itu, kesihatan usus yang baik turut dikaitkan dengan kesejahteraan harian secara keseluruhan2,5,6.

Probiotik vs prebiotik: Apa bezanya?

Ramai yang masih keliru mengenai probiotik vs prebiotik. Walaupun kedua-duanya penting untuk kesihatan usus, fungsi mereka sebenarnya berbeza1.

kebaikan probiotic
Perbezaan antara probiotik memainkan peranan berbeza dalam kesihatan usus.

Ringkasnya, probiotik vs prebiotik bukanlah soal memilih salah satu. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi.

Probiotik membekalkan bakteria baik, manakala prebiotik menjadi sumber makanan kepada bakteria tersebut untuk membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiom usus1.

Bagaimana memilih minuman probiotik yang sesuai?

Apabila memilih minuman probiotik, bukan semua produk mempunyai ciri yang sama. Selain mengamalkan pengambilan secara konsisten, pengguna juga disarankan memilih minuman probiotik yang mengandungi bakteria hidup serta strain probiotik yang dikenal pasti dan disokong oleh kajian saintifik¹

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ketika memilih minuman probiotik termasuk:

  • Mengandungi bakteria hidup (live probiotics)
  • Mengandungi strain probiotik yang dikenal pasti dengan jelas
  • Disokong oleh kajian klinikal atau penyelidikan saintifik
  • Mudah diamalkan sebagai sebahagian daripada rutin harian

Walaupun ramai mencari bila waktu sesuai makan probiotik, perkara yang tidak kurang penting ialah memilih minuman probiotik yang berkualiti dan menjadikannya sebahagian daripada amalan harian secara konsisten3,4.

Jadikan VITAGEN sebahagian daripada rutin harian anda

Apabila memilih minuman probiotik, antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah sama ada produk tersebut mengandungi strain probiotik yang dikenal pasti dengan jelas serta disokong oleh kajian klinikal atau penyelidikan saintifik.

VITAGEN merupakan minuman susu kultur yang kaya dengan kebaikan probiotic. Ia diformulasikan dengan dua strain probiotik yang terbukti secara klinikal, iaitu Lactobacillus acidophilus (LA-5) dan Lactobacillus paracasei (CASEI-01).

Keberkesanannya turut disokong oleh beberapa kajian klinikal yang dijalankan oleh GUT Research Group, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sekali gus menjadikannya antara minuman susu kultur yang dipercayai untuk menyokong kesihatan usus2,4,5.

Antara keistimewaan VITAGEN:

  • Mengandungi berbilion probiotik hidup dalam setiap botol
  • Diformulasikan dengan dua strain probiotik yang banyak dikaji dalam penyelidikan saintifik iaitu Lactobacillus acidophilus (LA-5) dan Lactobacillus paracasei (CASEI-01)2,4
  • Membantu menyokong keseimbangan mikrobiom usus3,4
  • Formulasi kurang gula tanpa menjejaskan rasa yang digemari ramai
  • Mudah didapati dan diamalkan setiap hari
  • Hampir 50 tahun menjadi jenama minuman susu kultur yang dipercayai rakyat Malaysia

kebaikan probiotic
VITAGEN mengandungi berbilion probiotik hidup untuk menyokong kesihatan usus setiap hari.

Dengan pengambilan secara konsisten sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat, anda boleh mengambil langkah kecil setiap hari untuk menyokong kesihatan usus, sistem imun dan kesejahteraan harian1,2,4.

Ingin membeli VITAGEN secara online?

Beli VITAGEN melalui platform online rasmi di https://vitagen.com.my/shop/ dan gunakan kod promosi V-HelloDoktor untuk menikmati promosi eksklusif:

  • Beli 5 pek VITAGEN, percuma 1 cooler bag
  • Penghantaran percuma

Promosi sah dari __ Julai 2026 hingga 30 September 2026.

Kesimpulan

Kesihatan usus memainkan peranan penting dalam kesejahteraan harian.

Daripada menyokong sistem penghadaman dan imuniti hinggalah kepada kesejahteraan emosi, kebaikan probiotic menjadikan ia antara komponen penting dalam gaya hidup sihat.

Dengan menjadikan VITAGEN sebahagian daripada rutin harian, anda boleh mengambil langkah mudah untuk menyokong kesihatan dari dalam ke luar.

Kerana apabila usus sihat, anda juga akan berasa lebih baik setiap hari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Nutrition Society of Malaysia. (2018). Probiotics: The Friendly Gut Bacteria for Your Health. Diakses pada Jun 18, 2026. 

Sarkawi, M., Raja Ali, R. A., Abdul Wahab, N., Mohd Rathi, N. D., & Mokhtar, N. M. (2024). A randomized, double-blinded, placebo-controlled clinical trial on Lactobacillus-containing cultured milk drink as adjuvant therapy for depression in irritable bowel syndrome. Scientific Reports, 14, 9478. https://doi.org/10.1038/s41598-024-60029-2. Diakses pada Jun 18, 2026.

Mokhtar, N., Md Jaafar, N., Chan, S. N., Abdul Rani, R., Zaharuddin, L., & Mohd Rathi, N. D. (2018). Modulation of intestinal dysbiosis in patients with constipation-predominant irritable bowel syndrome using Lactobacillus-containing cultured milk drink. Gut, 67(Suppl. 1). https://doi.org/10.1136/gutjnl-2018-IDDFabstracts.152. Diakses pada Jun 18, 2026.

Mokhtar, N. M., Jaafar, N. M., Alfian, E., Mohd Rathi, N. D., Abdul Rani, R., & Raja Ali, R. A. (2021). Clinical assessment and cytokines level in constipation-predominant irritable bowel syndrome participants treated with Lactobacillus-containing cultured milk drink. Journal of Gastroenterology and Hepatology, 36(Suppl. 2), 247. https://doi.org/10.51821/84.4.009. Diakses pada Jun 18, 2026.

Mokhtar, N. M., Bahrudin, M. F., Abd Ghani, N., Abdul Rani, R., & Raja Ali, R. A. (2020). Prevalence of subthreshold depression among constipation-predominant irritable bowel syndrome patients. Frontiers in Psychology, 11, 1936. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2020.01936. Diakses pada Jun 18, 2026.

Sarkawi, M., Ali, R. A. R., Wahab, N. A., & Mokhtar, N. M. (2021). Influence of Lactobacillus containing cultured milk drink to depression scores in irritable bowel syndrome subjects. Journal of Gastroenterology and Hepatology, 36(Suppl. 2), 247. https://doi.org/10.1111/jgh.15607. Diakses pada Jun 18, 2026.

Versi Terbaru

21/07/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!

Nak Usus Sihat Sepanjang Puasa? Amalkan Tabiat Pemakanan Ini, No. 5 Paling Penting!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 45 minit lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan